POV ADRIAN
Siaran rancangan di tv langsung tak menarik minatku untuk menonton. Buah strawberry yang dihidang bersama coklat di hadapan meja dari Cameron Highland pun aku just tengok seimbas je. Tak de selera langsung untuk aku jamah.
Peristiwa tiga hari lepas masih lagi bermain-main dalam fikiranku. Benci, jijik, menyampah bergelora dalam hatiku. Aku tak boleh nak buang waima sebesar atom pun perasaan tu. Ibarat kena tikam dari belakang, macam tulah yang aku rasa!
"Ian," tegur bonda yang tiba-tiba je muncul. Datang dari mana entah, aku pun tak pasti.
"Kat sini rupanya kamu. Lagi tadi bonda cari tahu tak."
"Kenapa bonda?" soal aku malas-malas.
"Jom makan. Makanan dah siap dah ni."
"Malaslah. Nanti kalau lapar Ian cari sendiri."
"Hai.... Kenapa kamu ni?" bonda duduk di sebelahku.
"Tak de apa-apalah bonda," jawabku malas.
"Masih fikir tentang Aisy?"
Tiba-tiba amarahku menggelegak kembali. Sakit hati aku bila dengar orang sebut nama dia.
"Bonda, jangan sebut nama dia lagi. Nak pecah gegendang telinga Ian dengar."
"Kenapa marah-marah ni? Sabar, Ian. Setiap yang berlaku, mesti ada sebabnya," pujuk bonda lalu mengelus lembut rambutku.
"Ya, Tuhan memang nak lindung Ian dari perempuan macam dia. Sebab tu Tuhan tu tunjuk awal-awal lagi, dia tu jenis macam mana," kataku lagi. Geram k geram.
"Hurmm.... Bonda pun tak tahu nak cakap apa. Tapi Ian kena tahu, kadang apa yang berlaku tak semestinya sama dengan apa yang kita nampak."
"Maksud bonda?"
"Bonda tengok Aisy tu nampak baik, lembut, sopan-santun, pemalu pulak tu. Tu yang bonda pun tak faham macam mana dia boleh buat semua tu. Apatah lagi dekat luar bilik macam tu. Kalau bonda tak nampak semua tu, bonda tak percaya yang tu Aisy," kata bonda.
"Biasalah bonda. Orang macam tu pandai berlakon. Depan orang baik, belakang orang kita tak tahu," celahku dengan nada menyampah. Memang, tulah yang aku kenal dia selama ni. Nampak baik, nampak sopan je, tapi hakikatnyaa... Urghhh!
"Tapi bila bonda fikir-fikir balik, bonda tak rasa Aisy jenis perempuan macam tu," sangkal bonda. Aku mengeluh perlahan. Bonda ni baik sangat! Orang dah buat taik pun masih pandang baik lagi. Gumam hatiku.
"Masa Aisy peluk kaki bonda, tak kasi bonda pergi, mata dia nampak sedih sangat. Seolah-olah dia rasa sakit sangat masa tu. Kamu tak rasa ke waktu Aisy peluk kaki kamu?"
Aku termenung seketika. Sekali imbas, wajahnya menerpa ke ingatanku. Aku masih teringat lagi waktu dia menangis dan menjerit-jerit padaku. Dia macam takut sangat. Dia macam meminta pada aku supaya lindungi dia dan tenangkan dia. Malah, dia yang menangis-nangis mintak aku pukul lelaki tak guna tu.
Kalau betul lelaki tu kekasih dia, takkanlah dia mintak aku tumbuk lelaki tu pulak. Mestilah dia defend lelaki tu, kan?
Aku menggaru- garu kepala kuat. Ahhh, kusut!
"Ian... Kita tak nampak wajah Aisy betul-betul kat cctv tu, kan? Kita cuma nampak perempuan yang pakai baju macam dia. Betul tak?" soal bonda perlahan.
Aku memandang wajah bonda. Dan aku mengingat kembali rakaman cctv tu.
Ya, kami cuma nampak perempuan pakai baju merah, mirip sangat macam dia. Susuk tubuh dia, pun sama. Tapi wajah dia terlindung oleh kepala dan badan lelaki tu. Iyelah, Aisy cuma separas dada lelaki tu je.
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...