"Kak Aisy, ceritalah dengan Sha macam mana first time akak jumpa abang tu?" Soalnya selepas menarik aku duduk di birai katil. Aku tersenyum.
"Hurmm...nak cerita macam mana ye," aku mula terfikir-fikir. Sebab tak tahu nak mula dari mana.
"Betulke abang first time kenal Kak Aisy masa abang langgar Kak Aisy haritu?" Soalnya. Matanya tertumpu pada tanganku yang masih berbalut.
"Abang kamu tak langgar akak pun. Hampir-hampir je terlanggar. Tapi akak sempat elak."
"Owh..iyeke? Lepastu macam mana?"
"Sejak haritu, abang kamu selalu lawat akak kat wad. Dia selalu belikan akak makanan macam-macam. Dari situlah kot kami berkenalan," ujarku sambil tersenyum. Tapi aku tak bercerita yang dia sebenarnya dah lama suka kat aku. Hurmmm, rasa lain macam pulak kalau cerita macam tu. Rasa macam...masuk lif tekan sendiri.
"Wahhh, seronoknya. Dari insiden macam tu pun, boleh ada rasa cinta kan kak."
"Huhuhu... tak tahulah Sha. Akak pun sebenarnya kalau boleh nak lebih mengenali Abang Ian kamu. Sebab akak kenal dia cuma sebulan lebih. Akak pun nak tahu macam mana sebenarnya sifat dia, sikap dia, apa dia suka, apa dia tak suka," kataku sambil tersenyum.
"Ha, kejap." Sha menuju ke meja belajarnya. Dia mencari sesuatu di dalam laci di kiri mejanya dan dia mengeluarkan satu buku photo album.
"Haaa...ni lah Abang Ian masa kecik," ucapnya sambil menunjuk ke gambar seorang budak lelaki dalam lingkungan 5 tahun yang sedang memegang aiskrim. Di sebelahnya, ada seorang lelaki sedikit rendah dariny yang sedang memegang basikal. Kedua-duanya tersenyum ceria sambil berpegangan tangan.
"Yang ni, siapa?"
"Yang nilah Abang Zahril, anak nombor dua. Dia ni cuma beza setahun je dengan Abang Ian. Macam kembar, kan?"
Aku melihat sekali lagi wajah mereka berdua. Ya, macam kembar. Wajahnya sama. Rambutnya sama. Cuma Abang Ian lebih tinggi sedikit darinya. Aku mengangguk setuju.
"Ha, yang ni ayah," ucap Sha sambil menunjuk ke arah gambar seorang lelaki yang sedang menggendong Abang Ian sambil tersenyum. Seterusnya, gambar seluruh ahli keluarga yang duduk bersama. Abang Ian duduk di sebelah bondanya, Zahril duduk di sebelah ayahnya manakala seorang bayi perempuan duduk di riba bondanya. Mereka tersenyum bahagia. Nampak sangat, mereka memang keluarga bahagia.
Mataku tertancap pada satu gambar seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan meniup lilin di kek bersama.
"Yang ni Abang Ian, kan? Yang budak perempuan ni siapa?"
"Owh, yang ni Kak Fiona. Sepupu kami. Dia dengan abang sama umur," jelas Sha. Aku mengangguk faham.
Satu-persatu gambar mereka bersama mengisi di setiap helaian di album. Kalau tak satu gambar di satu helaian, akan ada gambar mereka bersama di helaian selepasnya. Nampak seolah-olah, mereka dah rapat sejak kecil. Setiap kali meningkatnya umur Abang Ian di dalam photo album itu, mereka akan ada mengambil gambar bersama.
Kali ini, Sha menyelak halaman yang menunjukkan Abang Ian memegang tangan Sha sambil melihat ke pantai. Mungkin gambar mereka bercuti bersama. Usianya mungkin dalam lingkungan 16-17 tahun.
"Ni.... Kak Fiona tadi, kan?" Soalku.
"Haah. Abang memang rapat dengan Kak Fiona sejak kecil. Diorang pun sekolah kat tempat yang sama. Setiap kali kitorang pergi bercuti, Kak Fiona selalu ikut kitorang. Dulu... Kak Fiona selalu datang rumah ni."
"Sekarang?"
"Sekarang dah tak dah. Sha pun tak tahu kenapa," balasnya. Aku mengangguk perlahan.
Sedikit demi sedikit, aku tahu tentang Abang Ian. Tahu tentang keluarganya, tahu tentang zaman kecilnya.
Mataku tertancap pula pada sebuah gambar yang sangat kelakar. Ia adalah gambar Abang Ian yang muka dan badannya penuh dengan tepung yang aku agak dah dicampurkan dengan telur. Beberapa gambar lain juga turut ada dan menggambarkan suasana meriah itu.
"Hahaha. Ni gambar bila?"
"Ni gambar waktu nak sambut birthday abang. Waktu tu, kitorang buat prank kat abang. Masa tu tengah malam. Ayah dengan bonda ada hal kat luar dan tinggal kitorang tiga beradik je. Abang tengah buat kerja kat ruang tamu sebelah belakang. Diam-diam Sha dengan Abang Zahril tutup semua lampu. Abang Ian menjerit kuat gila. Dia gelabah semacam. Waktu dia meraba-raba berjalan ke dapur, Abang Zahril menyamar jadi hantu nak takutkan Abang Ian. Hahaha, memang menjerit sampai bergegar satu rumahlah jawabnya. Dia hampir je nak pengsan sebab takut. Lepastu, baru Sha, Mak Kalsum dengan Kak Zainab bawak kek masuk dapur and bukak lampu. Mula-mula, Abang Ian nak mengamuk jugak sebab kena prank. Lepas kitorang tunjukkan kek, dia macam nak nangis je sebab ingat kitorang lupa birthday dia. Lepastu, kitorang main baling-baling tepung sama-sama," cerita Sha panjang lebar. Aku ketawa mendengar ceritanya. Boleh tahan diorang ni. Kalau aku kena prank macam tu, mahu demam seminggu aku.
Aku meneliti gambar tersebut. Jelas nampak bahagia dan rapatnya mereka adik-beradik. Tiba-tiba, aku dapat satu idea.
"Sha..."
"Iye, kak."
"Akak mintak gambar ni boleh?"
"Hahaha. Akak nak buat apa?"
"Adalah," ucapku sambil tersenyum.
1.37 p.m
Sabtu, 5/11/2016
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...