"Maaf, encik. Tapi kami tak nampak pun dia ni keluar dari sini. Ataupun mungkin kami tak perasan," kata receptionist tatkala aku menunjukkan gambar Aisy dalam handphoneku.
Aku mengeluh berat. Risau sangat ni. Macam mana kalau ada apa-apa yang terjadi pada Aisy? Aku tak boleh maafkan diri aku kalau sesuatu yang tak baik menimpa dia.
"Ayah, Ian fikir baik kita lapor polis," cadangku.
"Buat apa nak lapor polis. Kalau dah memang dia keluar dengan lelaki lain. Kamu ni pun."
Haihh... Sakit pulak hati aku dengar ayah cakap macam tu.
Aku tahu, ayah sejak dulu memang tak suka Aisy. Dia izinkan aku tunang dengan Aisy pun sebab aku nak kembali bekerja dengan dia. Kalau tak, memang haram nak bagi.
"You, apa kata kita tengok cctv yg ada kat depan bilik Aisy. Maybe dia ada masuk bilik dia. Lepastu kita tengok ke mana dia pergi dan dengan siapa dia jumpa. Maybe kita boleh jumpa apa-apa dari cctv tu," cadang Fiona.
Aku berfikir sejenak. Adoii, kenapalah aku tak fikir macam yang dia fikir. Lembap betullah otak aku ni.
Hakikatnya, kepala otak aku memang tak boleh loading sekarang ni. 'wifi' slow!
"Okey, jom. Kita pergi ruangan security."
⛄⛄⛄⛄⛄⛄
Kami memasuki ruangan security yang mempunyai banyak kamera-kemera cctv. Memang tak sangka, semua aku boleh lihat dari kamera tu.
Ehemm, tapi cctv dalam bilik hotel tak de okay.
Aku meminta ketua security di situ untuk mainkan rakaman cctv di ruangan depan pintu bilik Aisy.
Kami memerhatikan setiap orang yang lalu lalang di situ. Hanya beberapa tetamu hotel sahaja yang kelihatan. Tapi Aisy masih tak muncul-muncul lagi.
"Eh, tu bukan Kak Aisy ke?" tegur Sha.
"Mana?"
"Tadi... perempuan yang pakai baju merah tu." Ketua security mengundurkan rakaman ke beberapa saat.
Dari kamera cctv, aku melihat seorang perempuan berbaju merah sedang berpimpin tangan bersama seorang lelaki berjalan ke arah pintu bilik. Mereka ketawa sambil berbual mesra. Sesampai di depan pintu bilik, lelaki itu sempat memeluk dia dan mereka berkucupan sebelum masuk ke dalam bilik hotel.
Aku tergamam. Aku rasakan ibarat seluruh urat sarafku pecah ketika itu. Tak mungkin... Tak mungkin Aisy curang belakang aku dan buat hal terkutuk tu belakang aku!
Sha menekup mata dan berpusing ke belakang. Dia tak sanggup melihat kejadian tu. Zahril pun sama. Dia cuma menunduk dan terdiam. Bonda dan ayah turut terdiam melihat sketsa yang menghancurkan hati aku tu. Dan aku, mata aku hampir pecah melihat mereka berdua berkucupan di depan pintu bilik.
"Mainkan lagi," kataku pada ketua security, ingin mencari kepastian.
Aku melihat jam di cctv. Waktu menunjukkan pukul 11 malam. Waktu aku keluar mencari dia sekeliling Ipoh.
Rupanya, dia ada je kat hotel ni. Dan bersama lelaki lain.
Shit! Sakitnya hati aku! Tolonglah cakap, yang tu bukan Aisy. Tolonglah!
"I thought, that man yang dia nak jumpa tu tak? Tengok, bukan main mesra lagi," kata Fiona sinis.
"Tak guna punya perempuan. Ian, perempuan macam tu yang kamu nak jadikan bini. Dahlah curang belakang kamu. Bawak lelaki masuk bilik hotel ni pulak tu. Ayah tak nak keturunan kita ni nanti pun ikut sama dengan perangai dia. Kotor!"
"Maybe diorang nak rasa tidur kat hotel 5 bintang kot uncle," kata Fiona sinis.
Aku memejam mata mendengar kata-kata ayah dan kata-kata sinis Fiona. Terlalu perit untuk aku dengar. Apatah lagi untuk aku menerima realiti ini.
Aisy, kenapa buat abang macam ni sayang? Kenapa duakan abang? Kenapa buat kerja terkutuk tu?
Ya Allah, buntunya otak aku. Apa patut aku buat, Tuhan?
"Ian nak pergi mana tu, nak?" tanya bonda apabila melihat aku terus saja keluar dari bilik cctv.
Tak boleh jadik, aku kena jumpa diorang sekarang jugak. Aku nak kerjakan lelaki tak guna tu cukup-cukup. Dasar binatang!
"Ian. Tunggu, nak," jerit bonda dari jauh dan aku sudah berlari ke bilik Aisy.
⛄⛄⛄⛄⛄⛄
Aku mengetuk pintu bilik Aisy sekuat hati. Kalau diorang tak keluar jugak, memang aku jahanamkan pintu bilik ni.
"Abang..." Aisy keluar bersama tangisan. Dia keluar dalam keadaan tak terurus dan darah di dahinya. Tangannya dan badannya menggeletar kuat.
Tapi aku tak boleh nak lihat dia dengan kasihan. Sebab aku terlalu marah, terlalu bengang.
"Abang... Tolong saya..." lenganku dipegangnya kuat hingga aku dapat merasakan getaran dari tubuhnya. Dia nampak takut. Tapi aku tak tahu, dia tengah berlakon ke atau betul.
Seketika kemudian, rakaman cctv tadi bermain di fikiran aku. Buatkan kepala aku rasa nak meletup. Buat aku rasa, aku tak boleh nak pandang dia.
Selepas itu, lelaki yang aku nampak di cctv itu keluar dari bilik dengan selamba.
"Binatang!" Aku menumbuk pipi kanannya sekuat hati aku. Dia terus rebah ke bumi. Aku terus terjun ke badannya dan menumbuknya beberapa kali lagi.
Aku puas melihat mukanya berlumuran darah. Mungkin keluar dari mulutnya, mungkin jugak hidungnya.
Ahhh, lantaklah. Kesah pulak aku. Memang tu makan dia! Such an asshole!
"Tumbuk dia lagi, bang. Tumbuk dia lagi," jerit Aisy sambil menangis-nangis.
Terbayang babak-babak yang aku lihat dari cctv tadi.
Itu apa yang aku lihat dekat cctv. Belum lagi apa yang berlaku kat dalam bilik.
Aku makin naik gila. Aku tumbuk dan terajang si tak guna tu berkali-kali lagi.
Dalam masa yang sama, meluat aku pada Aisy makin bertambah-tambah. Dia dah buat drama belakang aku, sekarang dia nak buat drama pulak depan aku. Nak tunjuk yang dia tu innocentlah konon. Ingat aku nak percaya dengan air mata dia.
Perempuan tak guna!
"Kau nak cakap yang dia rogol kau ke? Padahal kau yang bawak dia masuk bilik?"
6.50 p.m
Rabu, 22/3/2017
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...