Aku tersentak apabila disergah oleh adikku terlebih active ni. Haih, habis tertumpah air milo yang kutuang ke dalam cawan.
"Ishh, Anis ni. Janganlah terkejutkan kakak. Kang dah tumpah," marahku perlahan.
"Aisy, Aisy ok tak ni?" Tanya mak sambil melihat tanganku yang terpercik air milo panas. Dahlah sebelah berbalut, sebelah lagi terkena air panas. Kesian aku....
"Tak de bendela, mak. Sikit je ni," jawabku.
"Anis, lainkali jangan kacau angah macam tu. Hishh budak ni. Tengok, sampai terkejut angah tu tau," marah mak. Si budak Anis tu cuma tahu tersengih sambil tangannya mencapai sandwich di atas meja dan berlari keluar rumah.
"Anis! Sarapan dulu. Lepas sarapan baru main!" Jerit mak, yang sedikit membingitkan telingaku. Haaa, haram berjawab. Anak dara kecilnya itu dah menghilang entah ke mana.
"Hishhh, budak ni." Mak mengeleng-gelengkan kepalanya. Hahaha, pening agaknya tengok anak hyperactivenya tu. Aku yang jadi kak ngah pun pening dibuatnya.
"Mak, mak bahasakan kakak, along. Pastu mak panggil kite, Aisy pulak. Kenapa, mak? Pelikla, mak," Tanyaku.
"Apa yang nak dipelikkan? Mak mulanya memang panggil kau angah. Tapi bila mak panggil gitu, kau tak nak menyahut. Bila panggil Aisy baru menyahut. Tu yang melekat nama tu," jelas mak.
"Habis tu mak panggil adik, Anis. Mak nak bagi adik baru lagi eh?" Soalku sambil tersengih. Pakk, satu tamparan mengena ke bahuku. Mengadoi aku. Dahla baru nak sembuh.
"Ke situ pulak budak ni. Anis tu tak nak mak panggil adik. Macam budak kecik katanya. Perasan dah besar la tu," jawab mak.
"Pagi, mak." Along mencium dahi mak lalu duduk di sebelahku. Dia sudah siap beruniform nurse untuk kerja.
"Hai, kak. Hari minggu kerja gak ke," tegurku.
"Nak macam mana. Along ni kerja shift. Kerja shift tak macam orang lain. Terpaksalah korbankan weekend along ni ha," balas along sambil mencapai sandwich.
"Abah mana, mak?" Sambung along.
"Abah kau pergi masjid dari sebelum subuh sampai ke sekarang tak balik-balik lagi. Mana entah dia pergi. Dah pukul berapa tak balik-balik lagi," jawab mak.
"Ade kuliah lepas subuh kot mak," jangkaanku. Emak mengangguk mengiyakan telahanku.
"Agaknya lah, kot. Sekarang ni, masjid kat taman kita ni makin bagus. Selalu ada kelas agama. Kalau dulu, sebulan tak sekali nak ada."
Tiba-tiba 1 deringan dari handphoneku kedengaran dari dalam bilik. Aku segera mencapai tongkat dan bergerak mendapatkan phone. Selamatlah bilik aku tak jauh dari ruang tamu, cuma beberapa labgkah je. Ape? Bilik orang gaji? Ehh...taklah!
"Hello, assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam," jawab si pemanggil. Aik, suara lelaki? Pada mulanya aku ingat si Farah. Tu yang aku tak tengok nama pemanggil.
"Siapa ya ni?"
"Aik, tak kenal saya ke?"
"Siapa ya?" Aku mula berfikir. Idham ke? Roslan? Kalau tak silap aku, dua mamat ni je yang aku kira kenal rapat, sabab diorang ni kawan aku sejak sekolah menengah dan groupmate aku masa kat uni dulu. (Ecewah, dulu. Macam lama sangat). Bila pulak diorang tukar no. Phone. Lagipun, suara diorang tak macam ni. Selalunya takde mukadimah atau pembuka bicara terus "Wei, kau kat mana?". Atau "Wei, ape cite sekarang?". Ni semua sebab terkenankan perangai Farah yang selalu wei sana, wei sini tu. Ni sempat bagi salam lagi.
"Saya Ian lah. Takkan tak ingat kot," katanya.
"Lah, awak ke? Ingatkan siapa tadi. Manelah saya kenal suara awak."
"Awak tak save nombor phone saya eh?" Duganya. Hehehe, aku tersengih sendiri. Sebenarnya, aku terhilangkan kertas kecil bertulis nombor phone yang dia beri pada aku tempoh hari. Aku tak save terus sebab phoneku mati.
"Sorry awak. Kertas haritu hilang. Hehehe."
"Ok, takpe. Saya faham."
"Kenapa awak call saya pagi2 buta ni?" Tanyaku. Dia terdiam seketika. Sampai aku sempat menggaru-garu kepala seketika dan membetulkan ikatan rambut.
"Kenapa diam?"
"Hurmmm, saya baru balik dari kursus ni," jelas dia.
"Owhh, iyeke? Amacam? Best tak kursus kat Genting?"
"Biasa je. Macam, lebih kepada vacation pulak rasa."
"Lama jugak eh awak kursus?"
"Haah. Dah 5 hari jugakkan? Tapi saya rasa macam 5 tahun."
"Kenapa? Rindu mak ayah ke? Awak ni anak manja eh."
"Eh, taklah. Rindu..."
"Rindu sape?"soalku.
"Rindu.... tak de sapelah." Dia terdiam kembali.
"Hurmm...awak, kenapa call saya ni?" Dia diam lagi. Haih, aku pun tak faham kenapa.
"Awak macam mana sekarang? Dah sihat belum?"
"Alhamdulillah, makin sihat dah sekarang ni. Badan saya pun makin bertambah-tambah sihat. Asyik makan tido, makan tido je kat rumah," jawabku. Dia ketawa di talian.
"Awak dah sarapan?"
"Tengah sarapan tadi. Awak?"
"Hurmm...belum."
"La, kenapa tak sarapan lagj?"
"Tak de sape nak buatkan," jawabnya.
"Owh, awak duduk sorang ke?"
"Iya, ummi dan ayah tinggal kat Perak. Saya je sorang kat sini. Biaselah, kerja kan."
"Hahaha. Kena masak sendirila hari2 kalau macam tu."
"Tuhla pasal. Tapi masakan orang bujang ajela. Semua guna microwave. Kalau bole, nak masak rendang, ketupat, lemak cili api, guna microwave," ceritanya. Aku tergelak mendengarnya.
"Oklah tu, dari tak masak langsung."
"Haha, tapi selalu makan kat kedai ajelah. Malas nak masak, makan sorang je."
"Nak kene kawin cepatlah. Ade orang masakkan," aku mencucuk.
"Hahaha...siapa je nak saya ni. Dahlah tak hensem. Tak berharta pulak tu," jawabnya. Ecececeh, merendah diri pulak.
"Hahaha. Iyeke tak de. Ke awak yang memilih. Lecturer muda kot, mesti ramai student kejar. Betul tak?"
"Tak delah. Biase je," jawabnya. Dan perbualan terhenti lagi. Aku pun terdiam sama. Tak tahu kenapa, bila berdepan, elok je bercerita. Tapi bila OTP, rasa gugup pulak. Hilang idea apa semua.
Aku tak tahu nak bercerita tentang apa. Aku rasa, dia pun sama. Tak de bende nak diceritakan. Tapi, kenapa dia call aku?
"Awak, saya letak telefon dulula. Nanti bila-bila, kita cakap lagi."
"Ok, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Jawabnya. Aku meletakkan phone di tepi bantal dan merebahkan kepalaku ke bantal.
Tiba-tiba, aku teringat akan mimpiku malam tadi. Tentang Iskandar dan Dang Sakti. Apa sebenarnya maksud mimpi aku? Kenapa aku bermimpikan orang yang sama macam aku dan Ian? Siapa sebenarnya Iskandar dan Dang Sakti itu? Aku betul2 tak faham.
Selama ni, bila aku asyik bermimpi benda yang pelik-pelik, bukan-bukan, aku selalu cakap, "Mimpi je ni" untuk menyedapkan hati. Tapi makin lama, aku makin runsing dengan mimpi sendiri. Nak-nak bila Iskandar itu menjelma ke alam nyata sebagai Megat Adrian. Lagila otak aku makin pening.
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...