"Sayang rasa, kita nak ikat pertunangan berapa lama?" Soalnya. Aku berfikir seketika. Hurmm...berapa lama ye?
"Tapi, bang. Saya baru habis diploma. Degree pun tak habis lagi. Macam mana pun, saya nak habiskan degree saya. Boleh, kan?"
"Mestilah boleh. Pelajaran penting untuk zaman sekarang. Abang pun tak nak sayang cuma ada diploma je. Abang nak yang terbaik untuk masa depan sayang," katanya sambil tersenyum. Aku tersengih. Mestilah dia fikir semua tu sebab dia pun lecturer.
"Jadinya, kita ikat sampai saya habis degree la eh?" Soalku. Dia daripada sedang menyuap makanan, terus tercengang melihat aku. Dia terdiam.
"Sayang nak ikat berapa tahun ni?"
"Tiga tahun ke? Sampai saya habis degree. Boleh?"
Dia terdiam memandangku. Mukanya seakan tak percaya. Aku tersengih sambil menyuap makanan lagi.
"Sayang...."
"Kenapa?"
"Betulke sayang?"
Aku ketawa melihat dia. Hahaha... muka dia betul-betul berubah.
"Kenapa abang?"
"Sayang....kita kahwin ajelah lepas tunang. Ikat dalam 6 bulan ke, lepas tu kita kahwinlah. Abang takutlah lepaskan sayang masuk U nanti," ucapnya separuh memujuk. Aku ketawa melihat dia bersikap begitu. Hahaha...nampak comel sangat!
"Habis tu, nanti kalau kita kahwin, kita kena pisahlah, kan? Abang kerja kat sini, saya pulak entah kena campak kat mana. Lagi saya tak sanggup."
"Kira sayang nak terus duduk dengan abanglah eh kalau kita kahwin nanti?" Dia tersengih. Dah kenapa sengih macam tu.
"Iyelah. Habistu? Lelaki ni bukan boleh tinggal lama-lama. Bahaya. Panjang langkah dia nanti," aku balas selamba. Tapi dia masih dengan sengihannya.
"Sayang ni...mesti sayang abang sungguh-sungguh, kan? Sampai tak nak berpisah dengan abang."
"Eiii...tak delah. Saya cakap je, tapi kalau abang tak kesah, saya pun tak kesah," aku menghirup apple juice selamba. Dia ketawa memandangku.
"Sayang, kita ikat 6 bulan ajelah. Lepas tu, kita terus kahwin. Sayang tetap akan sambung pelajaran, lepastu yang lain, abang uruskan. Abang tahulah nak buat macam mana nanti," katanya sambil tersenyum.
"Abang nak buat apa?"
"Abang tahulah nanti. Semua abang akan arrange," ucapnya sambil tersenyum. Aku tersengih.
Aku rasa, aku nak tanya sesuatulah...
"Abang, saya nak tanya sikitlah."
"Tanya apa?"
Aku menyedut apple juice seketika sebelum menyambung perbualan.
"Abang pernah tak mimpi pelik-pelik selama ni?"
"Maksud sayang?"
"Mimpi macam.... benda yang tak masuk akallah."
"Hantu?"
"Bukan macam tu," jawabku. Haihh, susah nak bercakap tentang hal ni.
"Habis tu, macam mana?"
"Sebelum abang jumpa saya, abang ada tak...macam...mimpi tentang saya ke. Ape ke?" Soalku. Dia ketawa halus.
"Mestilah tak pernah. Takkanlah abang mimpi orang yang abang tak kenal lagi," jawabnya. Aku tersengih dan mengangguk. Rasa malulah pulak.
Maksudnya, aku sorang je yang alami mimpi macam ni. Kenapa aku sorang? Kenapa dia tak?
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...