CHAPTER 45~ MAJLIS PERTUNANGAN

579 34 2
                                    

Esok, majlis pertunangan akan berlangsung dirumahku. Fuh, debar dia jangan cakaplah wei! Kalah debar time nak ambik result SPM dulu. Mana taknya, aku ni dahlah teruk add math. Tapi bila ambik coarse diploma, boleh pulak ambik science actuary. Apekah kejadahnya?

Baju kebaya berona kuning cair aku gantung di dalam almari setelah siap di-iron. Abang Ian kata, warna kuning sesuai dengan kulit aku. Dia yang pilih warna ni. Aku ikutkan jelah, malas nak cakap lebih-lebih. Semua barang pertunangan aku dan kakak dah siapkan. Selamatlah kakak pandai menghias dulang hantaran. Jadi tak payahlah aku susah-susah mintak orang lain buatkan.

Barang-barang pun, aku dan Abang Ian beli dua hari lepas. Lambat betul! Beli lambat sebab dia asyik sibuk je. Iyelah, dia terpaksa berhenti jadi lecturer dengan tiba-tiba dan bekerja dicompany ayahnya. Gila tak sibuk. Orang gila pun tak sibuk macam dia. Macam-macam jugak kena uruskan. Aku tumpang kesian jelah yang mampu.

"Sayang, semalam abang mimpi rumah terbakar tu lagi," Abang Ian membuka cerita ketika kami sama-sama lunch di Pizza Hut. Suapan lasagna terhenti di mulutku dengan kedua bola mata membulat.

"Mimpi lagi pasal hal tu?"

"Abang tak tahu kenapa. Hurmm... pelik betullah." Dia menggaru kepalanya.

"Abang... saya nak tanya sikit." Aku menyedut air minuman seketika sebelum mengelap mulut yang terasa comot.

"Apa dia?"

"Abang kenal tak Dang Sakti?"

Abang Ian mengecilkan matanya. Dua keningnya bertaut rapat.

"Siapa tu?"

"Iskandar?"

"Iskandar? Siapa tu? Abang tak de kawan nama Dang Sakti atau Iskandar. Dang Sakti, macam pelik je nama tu." Dia menunjuk muka blur.

"Masa abang mimpi rumah terbakar tu, abang ada perasan orang lain tak dalam mimpi tu?" Soalannya aku jawab dengan soalan juga.

"Tak, tak de orang lain. Cuma rumah terbakar je."

"Sebenarnya, itu pun mimpi saya selama beberapa tahun ni," luahku tiba-tiba.  Aku mengeluh perlahan.

Hakikatnya, aku dah tak sanggup untuk diamkan perkara ni terus-menerus. Aku rasa, Abang Ian harus tahu. Entahlah kenapa, sebab aku rasa, dia pun ada kaitan dengan mimpi ni juga. Buktinya, dia pun mimpi pasal rumah terbakar tu jugakkan.

"Maksud sayang, sayang pun mimpi pasal rumah terbakar tu jugak ke?"

"Lebih dari tu, bang."

"Maksud sayang?"

"Rumah tu, sebenarnya... milik Dang Sakti," aku mula membuka cerita.

Aku bercerita tentang mimpiku mengenai Dang Sakti. Bagaimana aku mimpikan dia selama ni. Bagaimana aku mimpikan Iskandar. Bermimpi Iskandar dulu sebelum aku berjumpa dengannya. Sehingga aku menyangka bahawa dia adalah Iskandar ketika dia bertemu aku di hospital dahulu.

"Patutlah sayang panggil abang Iskandar waktu tu," katanya. Aku mengangguk perlahan. Memang itu sebabnya.

"Kenapa sayang mimpi macam tu?"

"Tak tahulah. Sampai mak abah bawa saya pergi ruqyah."

"Kenapa?"

Aku menceritakan tentang kisahku waktu aku masih kecil dahulu. Tentang aku bermain dengan Dang Sakti. Tentang kehilangan aku beberapa hari sewaktu berumur 8 tahun.

"Serius, sayang?" Soalnya seakan tak percaya. Aku mengangguk beberapa kali.

"Takkanlah saya nak buat cerita pulak."

"Tak sangkanya macam ni. Abang ingat mimpi abang je yang pelik. Rupanya kisah sayang lagi pelik."

"Ntahlah kenapa,"aku bersandar ke kerusi. Melepaskan lelah di dada.

"Sayang...."

"Hurmm..."

"Mungkin memang takdir kita untuk bersama. Abang tak faham semua ni, tapi cukup abang simpulkan yang sayang memang tercipta untuk abang sejak azali lagi. Macam tu, kan?" Abang Ian mengulum senyuman manis. Lesung pipitnya berlekuk dipipi. Buat aku melting tahap cair meleleh. Aku tersenyum malu.

Dia ni kalau bab jual minyak, memang nombor satu. Selamatlah dia jual minyak cuma kat aku, kalaulah aku dapat tahu dia jual minyak dekat perempuan lain, memang aku ganyang-ganyang dia sampai lumat!

♡♡♡♡♡♡

Majlis pertunangan akan berlangsung tak lama lagi. Kak Nana sudah siap make-up kan aku dan tinggal untuk memakai tudung sahaja. Majlis ni cuma biasa-biasa je. Takdelah meriah mana, nak pasang khemah dan tempat bersanding bagai. Cuma ruang tamu aku dihias sikit untuk menyambut tetamu. Pihak lelaki yang datang pun cuma dua tiga kereta je. Abang Ian kata, cuma bonda, ayah, adik beradik dan saudara rapat sahaja yang akan hadir.

"Lagi 5 minit, kitorang sampai."

Abang Ian menghantar whatapps padaku. Aku terus sahaja tersenyum lebar dan memberitahu mak. Farah yang memang kaki menyakat, terus-menerus menyakat aku yang dah memang tersipu malu menahan debaran. Hurmm, masa nak nikah nanti, macam mana entah rasa debarannya.

Majlis berlangsung dengan lancar. Seketika kemudian, aku diminta keluar ke ruang tamu untuk majlis menyarung cincin pula.

Bonda menyarungkan cincin di jari manisku. Dan aku menyalam dan mencium kedua tangannya sebelum dia mencium dahiku. Setitik air mata bonda jatuh ke dahiku. Dia menangis kegembiraan.

"Bonda harap, kamu akan jaga Adrian anak bonda sebaik mungkin. Bonda yakin, kamu pilihan terbaik Adrian," kata bonda sambil tersenyum.

Selepas itu, aku bangun dan menyalam semua ahli saudara Abang Ian yang hadir. Bonda mengenalkan aku kepada setiap seorang demi seorang saudara mereka. Semuanya ramah dan baik macam bonda. Opss, tak lupa juga pada bakal ayah mertua aku. Sewaktu aku menyalam dia, dia tersenyum manis dan ramah. Tak seperti ketika aku berjumpa dia rumahnya haritu. Fuhh, lega hati aku.

Yang paling aku tak sangka, Fiona rupanya ikut datang dalam majlis ni. Dia masih dengan muka dingin membeku dia tu. Sewaktu aku menyalam dia, dia menghulur tangan macam nak tak nak je. Belum sempat menyalam keseluruh tangannya, dia dah tarik tangan dulu. Cehh, ingat aku heran. Pegi jalanlah!

Selepas itu, Abang Ian dijemput masuk untuk mengambil gambar bersama aku. Dia yang sudah siap memakai baju melayu berwarna kuning cair nampak segak dan tampan.

Haihh, tunang siapalah ni. Desis hatiku.

Tetiba, aku kembang sendiri. Dan tetiba, aku rasa insecure. Takut-takut kalau Fiona terkenan tengok tunang aku yang tampan ni. Perghh, cemburu gaban aku ni.

Setelah berbincang, pertunangan aku dan Abang Ian diikat selama 4 bulan. Maknanya, aku dan Abang Ian akan berkahwin sebelum aku sambung belajar lagi. Abang Ian suruh aku sambung belajar bulan 9. Bapak lama oi! Tapi aku tak kesah sangat sebab dia kata, dia ok je kalau aku nak belajar lagi. Dia tak kesah. Yang penting, kahwin tetap kahwin. Dan, bila aku fikir masak-masak, aku pun bersetuju dengan kehendaknya.


5.01 p.m
Isnin, 26/12/2016

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now