Aku memarkir kereta di tepi pokok depan sekolah Anis, Sekolah Kebangsaan Seri Makmur. Aku menoleh ke tepi. Ya Allah, budak ni membuta lagi!
"Anis, bangun. Kita dah sampai dah," ucapku perlahan sambil mengelus pipinya lembut. Sesekali aku menepuk-nepuk pipinya supaya dia bangun.
"Anis, bangun sayang. Kita dah sampai sekolah dah ni," ucapku lagi. Setelah agak beberapa minit usahaku tak berhasil. Hah, ni memang perlukan formula lain ni. Aku tersengih.
"Anis, Meow datang kejar Anis!" Aku menjerit. Dia cepat-cepat bangun dan pandang sekeliling. Sempat lagi tu dia melompat naik ke atas riba aku. Cehh...budak takut kucing. Muka nampak gangster..tapi takut kucing. Piirah..
"Mana, kak? Mana, mana?" Katanya. Aku tersengih sinis.
"Akak tipu Anis??" Dia menjerit geram. Perghh, dah pandai menjerit dengan aku dah budak ni.
"Dah, pergi masuk sekolah sana. Kau dah lambat dah ni."
"Kakak tipu Anis semata-mata nak kejut Anis bangun pergi sekolah? Kakak tahu tak, besar taw dosa menipu. Ustazah Anis kata, menipu tu berdosa taw. Mula-mula menipu, lepastu mencuri. Lepastu..tak tahulah nak jadi apa. Kakak ni nak jadi apa, Anis sedih tengok kakak macam ni," dia mula membebel, plus berlakon cerita sedih. Ehh..sejak bila budak kecik ni pandai membebel. Tak lain tak bukan, ni mesti sebab terlebih gen mak aku ni.
"Dah..kau tak payah nak buat drama kat sini. Tak lut dengan akak kau ni. Daripada akak tarik Anis masuk kelas, baik Anis jalan sendiri. Nah, bekal dengan beg. Pergi masuk kelas," aku mencapai bekal dan beg di tempat duduk belakang. Dia mencebik melihat aku. Hurmm..dah macam mulut itik aku tengok.
"Tu, pengawas dah tunggu tu. Ayoo Anis, kena denda. Tuhla, akak suruh cepat kau tidur je," aku menakut-nakutkannya. Dia mencebik ke aku.
"Ala... pengawas macam tu. Takat bole catit nama je. Apa ade hal," dia membuka pintu kereta selamba selepas menyalam aku. Aku sempat ternganga sekejap, selepas mendengar dia cakap begitu. Seriuslah budak ni. Tak tahu takut betul dia ni. Adik aku ni baru umur 7 tahun kan? Aku ingat dia akan nangis lepas aku cakap macam tu.
Dari sisi yang lain, aku bangga dengan pencapaian minda adik aku sekarang ni. Taklah manja macam budak yang seumur dengan dia. Walaupun dia sedikit nakal, tapi dia lebih matang, tak kuat menangis, kalau suruh siapkan kerja sekolah pun, tak banyak ragam. Malahan, dia kira antara yang terpandai dikalangan rakan sekolahnya. Dia rajin membaca dan melukis. Aku harap dia akan terus menjadi begitu sampai dia besar nanti.
Tapi tengoklah, sepatah aku cakap, berpatah-patah dia balas. Naik pening kepala aku.
Aku menurunkan hand brake dan mula bergerak pergi dari depan sekolah selepas dia melintasi pagar sekolah. Dia sempat ditahan dan diambil nama. Dan selepas itu, dia terus meluru ke perhimpunan. Aku cuma mampu tersengih je tengok dia.
Haihh, betul-betul ikut aku. Teringat dulu waktu sekolah, aku pun antara yang selalu lambat ke sekolah. Tapi dulu lagi sedap, lambat 1 minit je pun, pagar dah kena kunci. Berdirilah kami para pelajar yang penuh dedikasi dan semangat cintakan ilmu di luar sekolah ibarat ikan masin yang dijemur sampailah cikgu disiplin sampai. Agak sejam jugaklah kitorang berjemur. Tak cukup dengan tu, kami dengan terpaksanya mendengar bebelan cikgu disiplin agak2 setengah jam dan rotan sedas dua. Then, barulah kami dapat masuk ke kelas masing-masing. Jadi jangan tanya aku kenapa dulu aku gelap, korang dah tahu jawapannya.
Sesampai di satu simpang, aku ternampak seorang perempuan tua duduk di tepi pokok menjual kuih-muih. Eh, sejak bila ada orang jual kuih kat tepi jalan tu? Hurmm...mungkin orang baru kot.
Aku pun menyinggah sebentar di situ. Nak buat apa lagi, kalau tak cari kuih karipap sardin. Haih, dah 3 hari tak rasa karipap, rasa tak sempurna hidup aku.
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomantikAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...