CHAPTER 51- MENCARI AISY

650 17 0
                                    

Jam yang melingkar di tangan sudah menunjukkan hampir pukul 6 pagi tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa-jumpa lagi kelibat Aisy. Dah puas satu bandar Ipoh aku pusing, tapi tetap tak nampak dia. Mana aku nak cari dia ni? Sungguh aku buntu. Aku betul- betul tak boleh nak fikir sekarang ni.

Aku keluar dari pintu kereta dan meraup wajah beberapa kali. Penat dan mengantuk memang aku tak hiraukan dah. Yang penting sekarang ni cuma Aisy. Mana Aisy?

Allahuakbar, Allahuakbar.

Azan berkumandang dari masjid yang berdekatan. Hati aku terpanggil mendengar seruan tu.

Teringat waktu pertama kali aku berjumpa dengan dia sewaktu ditangga masjid. Dia menuruni tangga sambil membawa bekas-bekas makanan sampaikan kepala dia pun aku tak nampak. Hahaha, tunjuk kuat lah tu. Last2, dia terjatuh atas badan aku. Bukan dia je, dengan kuah-kuah kari semua jatuh menyimbah ke badan dan muka aku. Mandi kuah kari aku haritu.

Aku tak boleh lupa muka cuak gila dia. Comel sangat-sangat. Perasaan malu dia tu sampai buatkan pipi dia memerah macam tomato masak. Dan sejak tu aku tahu, dialah bidadari yang aku cari selama ni. Bidadari yang akan hidup selamanya dengan aku, dari dunia sampai akhirat.

Entah macam mana nanti muka anak-anak kitorang eh. Aku harap anak perempuan kami akan ada muka sebijik muka dia, comel macam dia, dan perangai macam dia. And of cause kalau anak lelaki, kena sebijik hensem macam aku. Hahaha...

Ok, aku dah menerawang jauh sangat ni.

Aku terus masuk semula ke kereta dan menuju ke masjid berdekatan.

⛄⛄⛄⛄⛄⛄⛄⛄

Handphoneku berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk. Aku terus mengangkat phone.

"Hello, Aisy ke? Aisy kat mana ni?" ucapku tanpa melihat nama pemanggil di skrin.

"Ian, ni bonda ni. Ian kat mana? Dari semalan bonda tak nampak Ian dengan Aisy. Korang berdua ni kat mana?" suara bonda ditalian.

"Oh, bonda. Ian tengah cari Aisy lah ni. Kata Fiona semalam dia keluar jumpa orang. Tapi bila Ian call, tak dapat. Tu yang Ian cari dia ni."

"Jadi dari malam tadilah Ian cari?"

"Haah. Ni Ian berhenti solat kejap kat masjid. Bonda, Ian risau sangat ni. Ian tak tahu mana Aisy pergi."

"Ian, balik dulu sayang. Kita bincang dulu "

"Tak boleh, bonda. Ian kena cari Aisy."

"Ya, bonda tahu. Tapi baliklah dulu. Mandi, tukar baju, sarapan. Lepas tu nanti kita bincang nak cari Aisy kat mana. Balik dulu ya?" kata bonda. Aku menghela nafas berat.

"Iyelah, Ian balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku meletakkan phone di tempat duduk sebelah. Yalah, baliklah dulu.

⛄⛄⛄⛄⛄⛄⛄⛄

Selepas mandi dan menukar baju, aku pergi ke cafeteria hotel untuk bersarapan pagi bersama keluarga aku. Aku sempat mengetuk pintu bilik Aisy beberapa kali tapi memang tiada jawapan.

"Mana Aisy pergi sebenarnya Ian? Takkan kamu tak tahu?" tanya bonda ketika kami makan bersama ayah, Sha, Zahril, Aunty Faridah dan Fiona.

"Ian tak tahu bonda. Tu yang Ian risau sangat ni. Dia tiba-tiba hilang. Pastu bila Ian call, tak dapat."

"Hurmm... Ian. I nak cakap sikit, tapi you jangan marah okey?"

"Apa dia?"

"Masa Aisy jawab call tu kan. I macam.... dengar...." Fiona teragak-agak untuk berkata.

"You dengar apa? Cakaplah."

"I macam dengar dia cakap dengan seorang lelaki. No, I tak maksudkan apa-apa. Mungkin abang dia kan. Kita tak tahu," kata-kata Fiona semakin mengundang kerisauan aku. Lelaki mana pulak? Aisy mana ada abang atau adik lelaki.

"Aisy tak de adik-beradik lelaki," ucapku mendatar.

"Oh iyeke? I see. But you know what, cara dia cakap tu macam diorang rapat je. She called that man, 'bae'."

Aku terdiam seketika. Bonda dan yang lain turut terdiam.

"Hurmm.... Agaknya kekasih dia. Tu yang pergi jumpa terus tak balik-balik tu," kata ayah mendatar. Matanya tak terkalih dari pinggan. Hanya mulut yanf bersuara.

"Ayah dah cakap, perempuan macam tu tak boleh percaya. Tapi Ian tetap tak nak dengar cakap ayah," sambung ayah lagi seraya menyuap nasi lemak ayam goreng ke dalam mulut.

Tak. Aisy... Dia tak macam tu.

"Taklah ayah. Aisy, takkan buat macam tu. Ian kenal dia. Mungkin kawan dia kan yang dia nak jumpa tu?" aku berusaha melegakan hati sendiri.

"Tengok tu, masih tak nak dengar lagi cakap ayah. Bukti dah terang dah, dia keluar dengan lelaki lain," kata-kata ayah amatlah mendesing di telinga aku. Jiwa lelaki aku rasa tercabar.

"Urmm... Apa kata kita tanya receptionist. Mana tahu dia ada nampak Aisy keluar dengan siapa-siapa ke dari hotel ni?" cadang Zahril.

"Haah, betul tu. Receptionist mesti nampak kalau Kak Aisy keluar," sokong Sha pula.

Dan aku cuma mampu menganggukkan kepala.


12.30 pm
Isnin, 20/3/2017


LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now