Aku membuka mata dan memandang sekeliling. Eh...aku kat mana ni? Kenapa aku sorang je ade kat sini? Mana semua orang? Aku berusaha bangun dari katil yang bercadar putih tu. Aku melihat tanganku yang berbandage dan meraba kepalaku yang juga berbungkus. Pelik, berbandage tetapi tak rasa sakit langsung. Malah, tangan aku boleh bergerak cam biasa. Yeayy...bermakna tangan aku tak patah.
Aku bangun dari katil dan keluar dari bilik itu. Suasana macam hospital, tapi tak de sesiapa pun. Doktor xde,nurse pun xde. Ape ni? Hospital ape ni? Seram pulak aku.
Aku berjalan menelusuri setiap wad yang kosong tanpa berpenghuni. Meneliti setiap sudut yang dah memang ternyata kosong. Iyela...kot-kot mane tahu ade yang menyorok..nak buat surprise ke...ape ke.
"Dang." Panggil satu suara. Dari mana aku pun tak pasti.
"Dang."
"Sape tu?" soalku.
Aku berlari ke semua tempat, mencari atah suara tu. Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berbaju putih sedang membelakangi aku. Aku berjalan ke arahnya cepat. Dengan pantas, aku menyentuh bahunya. Tapi aku merasa bahuku pulak yang disentuh seseorang dari belakang. Aku berpaling ke belakang.
"Dang."
"Saya bukan Dang."
"Tak. Awak Dang."
"Siapa awak?"
"Saya? Saya Iskandar."
Tiba-tiba badanku ditarik kebelakang oleh satu kuasa yang kuat. Aku rasa terjelopok kebelakang hingga aku tersedar...
.....
"Iskandar!!" Jeritku.
"Aisy...Aisy dah sedar, nak?" Tanya mak disisiku sambil memelukku. Aku membalas pelukan mak sambal matakut melilau ke kanan dan ke kiri. Mencari lelaki yang baru mengenalkan dirinya sebagai Iskandar itu. Mana dia? Macam mana mak bole tiba-tiba ade pulak? Kakak dan abahku segera menghampiriku dan memelukku.
"Mak, mana lelaki tadi?"soalku hairan.
"Lelaki mana pulak? Lagi tadi cuma mak, abah dengan kakak kau je ade kat sini. Takde orang lain pun," balas mak yang dua kali hairan.
"Betul. Tadi ada lelaki cakap dengan kite mak. Dia cakap nama dia...haaaa....nama dia Iskandar," jelasku sungguh2.
"Mana ade orang lain. Ishhh...Aisy ni...ngigau ke ape," celah along.
"Betul long. Janji. Tak tipu," ucapku sambil mengangkat tangan.
"Dahlah. Aisy ngigau ni. Dahlah. Asalkan sekarang Aisy dah sedar. Okla ni," kata abah pulak. Aku yang masih tercangung bingung ditepuk oleh mak perlahan.
"Aisy ni bawak motor laju sangat. Tengok apa dah jadi. Risau tau mak dengar kau dah kat hospital. Nak gugur jantung mak dengar. Lain kali hati-hatilah, bawak perlahan-lahan. Ni kerjanya nak merempit jeee...bla3"....mulalah sesi ceramah dari mak aku. Aku tak pastilah, aku dengar atau tak...atau aku dengar tapi tak melekat kat otak sebab aku tak habis pikir lagi tentang lelaki tu. Siapa dia? Iskandar? Aku kenal ke Iskandar? Aku pernah jumpa dia ke? Aku melihat balutan di tangan dan kepalaku. Ya, balutan yang sama. Cuma bezanya, tanganku memang jelas patah. Hurmmm... aku ingat bole guna lama tangan ni... hurmm..bersimen jugak dikau wahai tangan. Sorry sebab aku tak jaga kau baik2.
.....
"Abah dah setelkan dah dengan orang yang langgar kau haritu. Dia nak setel tepi je. Tak nak libatkan polis ape semua. Dia akan bayar segala pembiayaan hospital kau, betulkan motor kapcai kau tu sekali. Abah cakap, motor tu tak betulkan pun takpe, sebab dah teruk sangat rosaknya. Lagipun memang dari awal layak masuk muzium. Tapi dia beria-ia sangat nak betulkan. Jadi abah bagi ajelah. Terpulang dia nak buat ape."
Berdesing je telinga aku dengar abah aku cakap motor aku tu motor kapcai. Siap cakap motor aku tu layak masuk muzium. Huh... motor tula motor peninggalan arwah atuk kat aku, diwasiatkannya suruh aku jaga sepanjang hayat aku. Motor tula yang aku tunggang buat aku merempit sejak aku kenal apa itu motor kira-kira ketika berumur 10 tahun. Ape? Aku tak sembang eh. Betul taw. Aku adalah salah satu contoh dan bukti yang membuktikan bahawa ketinggian bukanlah penghalang untuk sebuah kejayaan. Huh...besar jasa beliau kat aku. Sampai ulang-alik uni dengan rumah sewa dulu masa diploma pun...haaa...motor tula yang aku tunggang.
"Abah ni....sampai hati mengumpat beliau depan Aisy. Aisy tak tahu cemane keadaan beliau sekarang ni. Risau Aisy. Pastu abah cakap camtu pulak. Bertambah-tambah rasa sedih Aisy," ucapku bernada sedih. Aku memandang bawah, mengutil2 hujung selimut sambil membuat muncung sedepa.
"Alaaaa....abah gurau je tadi. Alaaa....takkan merajuk kot anak kesayangan abah ni," abah mengusap2 kepalaku yang bersarung tudung. Diusapnya agak kuat sampai tak betul tudung aku.
"Abah...janganlah. Rosakla tudung. Tak comel nanti," kataku sambil membetulkan tudung. Abah menyeringai ketawa melihat aku membetulkan tudung bawalku sambil meniup-niup hujung tudung biar nampak muncung.
"Ehhh...anak abah selalu je comel. Anak abah paling comel kat mata abah," puji abahku. Hehehe...aku menyengih panjang. Haha...tahu takpe.
"Abah, jadi dia dah betulkanlah eh motor Aisy tu?" Soalku.
"Dia dah hantar bengkel dah. Repair. Katanya petang ni dia nak datang melawat Aisy. Nak mintak maaf sebab langgar Aisy haritu."
"Oooo..iyeke. Abaaaahhhh....nak tanya sikit."
"Apa dia?"
"Hehehe...hensem tak dia tu?"
Tukk..satu luku mengena di kepalaku. Aduhhhh...sakitnya. dahla kepala aku memang dah berbungkus sebab terhantuk ape ntah haritu. Selamat tak terkena tempat luka. Hehehe...luka pun kat dahi. Jauh dari tempat terkena luku.
"Abah,sakitlah!"
"Gatal anak abah eh," ucap abah. Hehehe....aku mampu menyengih je.
Tuk..tuk..tuk.. seseorang mengetuk pintu dan beberapa saat kemudian, seorang lelaki masuk sambil membawa buah tangan, iaitu beberapa jenis buah tempatan.
"Assalamualaikum,"ucapnya.
Aku meneliti dia. Dari atas....sampai bawah...ke atas balik. Berkali-kali. Dia.... Dia ni.... Bukankah dia....
"Iskandar?"
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...