POV ADRIAN
Hurmm.... Manalah buah hati pengarang jantung pisang aku ni? Kata pergi jumpa saudara-mara. Tapi tak de pulak dekat sini.
Aku menjenguk- jenguk di balik para tetamu yang ada. Manalah tahu sayang aku ni main celup-celup ba menyorok belakang tetamu. Dia tu bukan boleh percaya sangat. Kalau dah time angin budak-budak ribena dia datang, kat sini pun boleh jadi. Pulak tu dia dahlah kecik comel molek je, senang nak sembunyi kat mana-mana.
Aku melihat kelibat Fiona bersama grup rakannya. Mereka sedang berbual sambil bergelak ketawa. Eh, bukan tadi Fiona yang bawak sayang aku pergi jumpa saudara-mara ke? Kenapa dia kat sini pulak dengan geng dia?
Aku memerhati setiap satu antara mereka. Masih berfikir yang sayang aku sedang main celup-celup ba dengan aku. Tapi memang takde. Nak kena sayang ni! Main sembunyi-sembunyi pulak.
"Excuse me. Sorry you all. I nak cakap dengan Fiona kejap boleh tak. Fiona, I nak cakap dengan you kejap," aku menegur geng Fiona.
"Eh, you ni Adrian kan?"
"Haah. I Adrian," aku tersenyum. Wahh... Popular gak aku ni.
"Seriously you Adrian. Handsomenya you. I tak sangka you lagi handsome dari yang Fiona cerita," sambung perempuan itu lagi. Hahaha.... Aku ketawa kekok sambil menggosok tengkuk dengan telapak tangan.
"Hahaha. You tak boleh nak seduce dia Lara pasal dia dah bertunang dah. Hahaha... You lambatlah. Sama macam I, terlambat," Fiona berseloroh. Semua kawannya tertawa.
"Alah, baru tunang kan. Maknanya I masih boleh caras lagi. Betul tak Ian?"
K, aku dah mula kekok dengan diorang ni. Tujuan aku ke sini pun nak tanya pasal sayang aku, bukan nak bual kosong dengan diorang.
"Sorrylah Ian. Kawan I memang macam ni. You tak yah layan dia."
"Hahaha. Haahlah. I gurau jelah Ian. I tak bermaksud apa-apa pun," kata kawan Fiona lagi. Fuhh... Lega hati aku. Aku tersenyum dan tertawa kecil, nak sedapkan hati diorang.
"Anyway, you nak jumpa I kenapa?" soal Fiona selepas kami bergerak menjauhi rakan-rakannya.
"Tadi Aisy dengan you kan? Aisy kat mana sekarang?"
"Aisy? Hurmmm.... Tadi dia dapat call from someone and dia cakap dia ada hal nak jumpa orang. Kitorang tak jumpa pun saudara-mara sebab dia busy kan. So, I tak tahu dia kat mana," balas Fiona. Aku mengerut dahi. Jumpa orang? Siapa pulak yang dia jumpa kat sini?
"Iyeke? Tapi setahu I dia takde saudara-mara kat sini. And lagi satu, mesti dia bagitahu I dulu kalau dia nak pergi mana-mana."
"Ha... Tu yang I pelik jugak tu. Dia jumpa siapa je kat sini. Tapi maybe kawan masa kuliah dia ke... Kan?"
Aku berfikir lagi. Hurmmm... Siapa je kawan dia kat sini? Kenapa dia tak bagitahu aku dulu kalau dia nak pergi mana-mana? Boleh je aku hantarkan.
"Kejap, I try call dia."
Aku mendail nombor phone milik Aisy. Tapi dia matikan phonenya.
"Dia off phonelah."
"Iyeke? Cuba dail lagi?"
Aku mendail sekali lagi. Tetap tak berhasil.
"Ha, tak boleh jugak."
"Ala Ian. Dia tak ke mana tu. Mesti ada punya. Maybe phone dia habis battery ke. Nanti apa-apa dia call you punya," Fiona cuba menenangkan aku.
Aku bukan apa. Risau kot. Dia dahlah tak pernah datang Ipoh. Kalau ada apa-apa berlaku kat dia, aku takkan maafkan diri aku.
Aku berusaha lagi mendail nombornya. Tapi hampa, memang tak dapat.
"Ian... Jangan risau sangatlah. Dia kan dah besar, tahulah dia jaga diri."
"I bukan apa, dia tak pernah datang sini. Takut dia sesat ke, apa ke. Tapi mintak-mintak, tak de apa-apalah yang berlaku."
"It's okay. Takde apa-apa punya. Oh ya. Tadi I jumpa Dato' Khalid. Dia cakap dia ada benda nak cakap dengan you."
"Iyeke?"
"Ya. Jom."
⛄⛄⛄⛄⛄⛄⛄⛄
Majlis telah habis sejam yang lalu, tapi sampai sekarang batang hidung Aisy masih tak nampak-nampak lagi. Aku dah risau separuh mati dah ni. Ke mana dia pergi ni?
Aku mengambil keputusan untuk balik semula ke bilik hotel. Mungkin dia tak sihat dan balik ke bilik hotel dulu. Adoiii.... Apesallah tak fikir dari tadi oi otak.
Sesampai aku di depan pintu biliknya, aku mengetuk beberapa kali. Tapi masih jugak tak berjawab. K, aku dah cuak nak mati ni.
Tak boleh jadi. Aku mesti cari dia sekarang jugak. Mesti! Hati aku tak sedap sangat ni.
Aku terus masuk semula ke bilik yang berada cuma bersebelahan dengan bilik Aisy dan mencapai kunci kereta di meja kecil.
Ya Allah, aku harap takde apa-apa yang terjadi pada Aisy. Tolonglah.
9.59 am.
Sabtu, 18/3/2017
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomantikAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...