CHAPTER 19 ~ DINNER

760 32 0
                                    

Aku duduk tegak dan menyuap makanan ke mulut dengan sopan. Cehh, mestilah nak kena cover. Bakal tunang depan mata katakan.

"Adrian, tambah lagi nasi ni. Makanlah," kata mak pada Ian. Ian mengangguk dan tersenyum.

"Tak pe, mak cik. Saya dah kenyang," jawabnya sambil tersenyum.

Hari ini, Adrian makan di rumahku. Selepas dia propose aku di depan rumah, mak abah menepuk tangan bersorak melihat ke kami. Bapak malu aku masa tu. Rasa nak lilit keseluruhan muka dengan shawl pun ade jugak. Tak sangka mak abah aku sporting macam ni. Yang tak boleh blah, Adrian rileks je buat muka bangga sambil tersenyum. Ceh, menyampah pulak aku.

Lepas tu, abah mengajak Adrian makan malam bersama kami. Dia balik sekejap untuk menukar baju dan selepas maghrib, dia datang lagi.

"Mak cik ke yang masak nasi ayam ni?" Soalnya.

"Haah, kenapa?"

"Sedapnya, mak cik. Pandai mak cik buat nasi ayam. Saya memang suka makan nasi ayam. Tapi dalam banyak-banyak nasi ayam yang pernah saya makan, mak cik punya paling sedap," pujinya melambung-lambung. Mak tersenyum mendengar pujian Ian itu.

"Ada-ada je kamu ni. Memandai ajelah," mak tersenyum sipu. Hehe, malu ke mak?

"Aisy," panggilnya separuh berbisik. Aku mengangkat muka dan membulatkan mata.

"Awak pandai tak masak nasi ayam macam ni?" Soalnya separuh berbisik. Hurmm, tak payah bisik sangatlah, macamlah mak dan abah tak boleh dengar.

"Kak Aisy tak pandai buat nasi ayam. Dia tak tahu masak pun Abang Adrian. Dia tahu masak megi je," tetiba Anis menyampuk. Allah, budak ni. Mukaku merona merah. Nak aje aku cubit2 pipi dia yang tengah ketawa besar tu.

"Iyeke, Aisy? Takpe, jangan risau. Saya tetap sayang awak," katanya. Aku menjeling ke mak dan abah yang tengah tersenyum-senyum mendengar kata-kata Adrian, memberi signal 'mak abah ada kat sini lagi awak'.

"Taklah, Abang Ian. Akak pandai masak sebenarnya. Dia masak sedap sangat. Akak suka masak tomyam. Abang kena cuba," kata Anis sambil ketawa lagi.

"Haah, Aisy suka makan tomyam. Sampai pak cik jemu asyik kena makan tomyam je hari-hari," kata abah pulak. Aku tersenyum je, malu nak berkata apa-apa. Hurmm, pandai si Anis ni uji Abang Ian dia.

"Iyeke? Saya pun suka tomyam jugak," jawab Ian sambil tersenyum memandang aku. Aku tersenyum dan menunduk.

"Kakak ni kenapa? Diam je. Selalu bising kalau tengah makan. Suka berebut peha ayam dengan Anis," kata Anis lagi yang duduk di sebelahku.  Aku terus mencubit pipi dia yang gebu itu. Dia menjerit sakit.

"Diamlah, bising ajelah," balasku. Mak, abah dan Ian ketawa.

"Kakak malula tu, sebab ada Ian depan dia," usik mak. Mak ni lagi tadi usik aku. Merajuk kang.

"Mana ada. Kita biasa ajelah," jawabku.

"Eh, akak tak tambah nasi lagi ke? Akak kan kuat makan," kata Anis lagi. Aku tak tahulah ayat dia tu kategori soalan atau perli. Ya Allah, bantulah aku untuk meningkatkan kesabaranku. Mak, abah dan Ian ketawa lagi.

"Dahla, Anis. Makan," kataku sambil mengambil peha ayam dari pinggan lauk ke pinggannya. Dia terus menyambar dan mengunyah peha ayam itu.

"Pak cik, mak cik. Saya nak mintak izin pak cik dan mak cik untuk bawa Aisy berjumpa dengan ibu ayah saya. Boleh tak?" Soalnya. Mak dan abah cuma tersenyum.

"Boleh, Adrian. Bila tu?" Tanya abah.

"Kalau hujung minggu ni boleh tak? Tapi bonda dan ayah saya tak duduk sini. Mereka duduk dekat Selangor. Jadi mungkin Aisy terpaksa bermalam kat sana semalaman," katanya lagi.

Aku tersentak mendengar kata-katanya. Seriously? Malunya aku kalau terpaksa bermalam kat rumah orang tua Ian. Aduhaiii...

"Tapi, keadaan saya masih macam ni lagi. Tak nak tunggu saya sembuh dulu ke?" Aku bersuara.

Mata Adrian beralih kepadaku, lebih tertuju ke tanganku. Dia mula berfikir.

"Tak pelah. Lagipun bonda dan ayah saya tahu pasal awak. Saya dah cerita semua tentang awak pada mereka. Macam mana pun, mereka mesti terima awak," kata Adrian.

Aku mengangguk. Hurmm, tak pe kot. Jumpa parent dia aje kan. Bukan buat ape pun.

"Okla, saya ikut je," jawabku. Dia tersenyum bahagia.

.............................................................

Aku membelek-belek gambar di album photo. Banyak sekali gambar aku ketika aku kecil. Hahaha, baru aku perasan yang aku ni nakal sangat sebenarnya waktu kecil dulu. Jadi tak peliklah kalau mak selalu marah dengan sikap aku yang nakal ni.

Gambar yang paling kelakar ialah gambar aku dekat atas pokok jambu. Hahaha, aku ingat lagi waktu tu, masa nak panjat pokok memang laju. Bila sampai kat atas, aku akan petik semua jambu dan jatuhkan ke bawah. Along dan kawan-kawan kami akan sambut setiap buah jambu yang aku jatuhkan itu. Walaupun waktu tu umur aku masih 8 tahun, tapi akulah hero memanjat.

Tapi yang sadisnya, aku selalu tak tahu nak turun dari pokok. Bukan tak tahu nak turun, tapi tak sampai. Jadi, aku akan selalu panggil Abang Sulaiman, jiran sebelah rumah yang tinggi lampai tu untuk sambut aku dari bawah.

Malangnya waktu tu, Abang Sulaiman tak de. Jadi aku punyalah lama tersangkut kat atas pokok sebab tak de orang nak sambut aku. Agak setengah jam jugaklah aku tersangkut, sampailah abah datang dan mengambil aku. Abah yang memang tenang tu, rileks ajelah ambil aku. Tapi bila balik, mulalah sesi ceramah dari mak untuk aku. Waktu abah ambil aku itulah, abah menangkap gambar aku yang tersangkut kat atas pokok tu.

Tiba-tiba aku terpandang gambar aku bersama perempuan berselindang kuning tetapi wajahnya ditutup. Dia memegang tangan aku dan berdiri menghadap gambar, tetapi wajahnya ditutup dengan selendang. Hurmmm, aku tak ingat bila gambar ni di ambil dan siapa perempuan itu. Aku berusaha untuk mengingat balik peristiwa itu.

Hurmm, memang tak boleh ingat. Agaknya sebab aku masih kecil kot waktu tu. Aku terus mendapatkan mak yang sedang leka menonton tv.

"Mak, siapa perempuan dalam gambar ni?" Soalku.

Mak mencapai foto yang berada di tanganku. Matanya membesar dan dia terkejut besar.

"Mana Aisy dapat gambar ni?"

"Ni, kat dalam album photo. Kenapa mak?"

Mak terus mencapai album photo di atas meja dan menyelak satu-persatu muka surat, seolah-olah mencari foto lain. Aku tergamam melihat tingkah laku mak.

"Fuh, selamat takde lagi," desis mak perlahan.

"Kenapa mak?"

Mak memandang aku dalam.

"Tak ada apape sayang. Dah, gambar ni mak ambil ok," kata mak dan terus pergi dari tempat duduknya. Aku tercengang.

"Mak, kenapa ni?"

Mak langsung tak mengendahkan soalan aku. Aku terus mengikuti mak yang menuju ke dapur.

"Mak nak buat apa dengan gambar tu?"

Mak mengambil lighter dan terus membakar gambar itu. Aku terkejut besar melihat tindakan mak. Hurmm, seriously aku betul-betul tak faham dengan tindakan mak sekarang.

"Mak, kenapa ni? Jawablah."

"Aisy, jangan tanya mak apa-apa pasal gambar ni lagi, okay. Faham?" Kata mak lembut dan separuh tegas. Aku tergamam. Mak terus pergi meninggalkan aku yang tengah tercengang tu.

Apa sebenarnya yang terjadi? Siapa sebenarnya perempuan tu? Kenapa mak terus berubah bila aku tunjuk foto tu pasa mak? Kenapa mak sembunyikan pasal perempuan tu dari aku?

Kalau tak silap aku, mungkin waktu tu... aku masih kecil lagi dan kami masih tinggal di kampung lagi. Sebab latar dia seolah-olah kampung aku dulu, bukan taman perumahan yang kami tinggal sekarang ni. Tapi aku betul-betul tak ingat kejadian tu.

Aku betul-betul nak tahu pasal perempuan tu. Kenapa nak disorok sangat? Tak pe, aku akan cari jawapan tu sendiri.

7.00 p.m.
Ahad, 9/10/2016

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now