CHAPTER 34~ FIONA

604 30 3
                                    

"Sayang, kita makan kat sini dulu ya? Sayang mesti lapar, kan?" Ucapnya selepas berhenti di depan kedai mamak 24 jam. Aku cuma mengangguk dan tersenyum.

Kami keluar dari badan kereta dan jalan bersama. Selamatlah aku pakai baju sopan tadi. Kalau tak, malu jugak aku nak makan kat luar ni.

Abang Ian meminta aku memilih tempat yang patut kami duduk. Aku memilih tempat di depan tv 42 inci yang tergantung di dinding kedai. Siaran berita utama sedang menunjukkan seorang pesalah yang telah membunuh seorang lelaki berusia 40-an. Sejurus kami duduk, seorang pelayan lelaki datang ke arah kami untuk mengambil pesanan.

"Ya, bang. Nak order apa?" Soal lelaki itu.

"Sayang nak makan apa?"

"Ermmm...mee goreng mamak dengan orange juice ye," ucapku sambil melihat lelaki itu. Dia menulis apa yang aku pesan di buku kecilnya.

"Saya pulak nasi goreng ayam. Air, milo ais."

"Ok, terima kasih. Tunggu sekejap ya," lelaki itu beredar pergi. Abang Ian mengangguk dan tersenyum.

Abang Ian meraba-raba poketnya. Dia mencari sesuatu.

"Kenapa, bang?"

"Handphone abang, abang lupa nak bawak. Kesian pulak kalau bonda ada call ke apa ke nanti." Tangannya masih meraba-raba poket.

"Owh..iyeke? Saya pun tak bawak phone."

"Tak pelah. Sayang, lepas ni, kita balik rumah abang ya," balasnya. Aku terdiam. Seriuslah nak bawak aku balik, kalau aku kena lagi macam tadi...macam mana? Aku... tak sanggup.

"Saya takutlah, bang."

"Abang kan ada."

"Saya takut nak jumpa ayah abang."

"Hurmm...tak pelah. Kalau macam tu, kita balik lewat sikit. Biar ayah tidur dulu ye?"

Aku berfikir seketika. Hurmm... aku kena balik rumah tu jugak. Kalau tak, aku nak balik mana? Nak tidur hotel? Aku lagilah takut kalau tidur hotel sorang-sorang. Kalau mintak Abang Ian hantar aku malam ni jugak, kesian dia penat. Lagipun, apa kata Auntie Rozaina kalau aku terus balik. Dia tu... baik sangat dengan aku. Aku tak sanggup nak lukakan hati dia.

"Sayang, malam ni je sayang tidur rumah abang. Kalau sayang tak selesa, esok pagi-pagi kita balik ye?"

"Hurmm..." aku mengangguk perlahan.

Setelah makanan sampai, kami pun terus makan. Hurmmm... aku memang dah lapar sangat dah ni. Iyelah, last makan tengah hari tadi kat rumah. Lepastu tadi, nak makan pun tak seronok. Aku sempat makan sikit je. Ditambah pulak aku baru habis menangis, hurmmm...memang lapar gilalah aku.

Aku diam sambil menunduk makan.

"Banyak sangat kan makanan yang dia masak untuk kita ni?" Abang Ian menguis-nguis nasi di hadapannya. Aku melihat nasi yang menggunung di pinggannya. Hurmm, banyak sangat ke?

"Iyeke? Biaselah ni."

"Banyaklah, sayang. Abang tak boleh habis ni."

"Makanlah dulu, mana tahu habis."

"Sayang habis ke makan mee tu?" Soalnya. Dia melihat mee di pingganku yang dah habis setengah.

"Habislah. Kenapa?" Soalku kembali. Dah kenapa tanya macam tu dia ni?

"Hehehe, tak de apape."

"Kenapa? Nak cakap saya makan banyak ke?"

"Hahaha. Mana ada," katanya mengelak. Dia menyuap nasi ke mulut dan mengunyahnya.

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now