"Jadi kau nak kata yang kau kena rogollah. Gitu?"
Aku terlopong seketika. Betulke apa yang aku dengar ni. Kenapa Abang Ian kata macam tu kat aku.
"Abang saya tak kenal dia pun. Sumpah saya tak kenal dia langsung. Saya tak tahu macam mana dia boleh ada dalam bilik saya. Abang... Tolong percaya saya. Percaya saya."
"Percaya? Bila bukti dah jelas kat mata aku? Cctv dah rakam yang kau berpeluk-pelukan, bercium depan bilik, lepas tu masuk dalam bilik dengan jantan tak guna ni. Kau nak aku percaya cakap kau?!" Abang Ian menengking kuat.
"Tak... Tak..."
"Apa yang tak? Memang tu hakikatnya. Tembelang kau dah pecah. Aisy, aku tak sangka. Cinta yang aku bagi, setia yang aku harapkan tapi racun yang kau sumbat kat mulut aku. Selama ni aku fikir kau bidadari yang aku dambakan, tapi rupanya kau cuma kaca yang melukakan. Terima kasih. Terima kasih banyak- banyak."
"Abang. Bukan macam tu. Abang dengar dulu apa yang nak jelaskan." Aku menarik tangannya dan minta dikasihani.
"Dan sekarang, aku nak kau keluar dari hotel ni, dan jangan muncul depan aku lagi sebab aku dah jijik nak tengok muka kau." Tanganku ditolak kasar sehingga aku terjatuh ke bawah.
Aku segera memeluk kakinya.
"Abang. Abang dengar dulu saya cakap. Semua tu tak betul. Saya diperangkap. Saya tak kenal dia langsung. Dia yang buat... Dia yang buat tak baik pada saya. Saya tak tahu apa-apa. Sumpah abang. Sumpah!"
"Ahhh... Lepaslah!" tanganku ditarik dari memeluk kakinya.
"Abang, jangan buat saya macam ni. Saya tak salah. Abang... Tolong jangan pergi. Abang...."
"Aku kata lepas!" badanku ditendang ke tepi dan aku terus tersungkur mencium lantai.
"Aku tak nak dengar apa-apa pun dari mulut kau dan jangan muncul depan mata aku lagi. Faham?!" Abang Ian terus berlalu pergi dan meninggalkan aku sendirian terjelopok di lantai. Dato' Ismail, bonda, Aunty Faridah dan Fiona turut berlalu pergi dari situ.
"Bonda. Saya tak salah. Ni semua perangkap dia je. Saya tak salah apa-apa. Tolong dengar penjelasan saya dulu, bonda," aku memeluk kaki bonda pula. Apa yang aku harapkanbhanyalah secebis ihsan bonda untuk aku jelaskan semuanya.
Tapi bonda hanya diam kaku.
"Kenapa Aisy buat macam ni? Kenapa Aisy malukan keluarga bonda? Kalau Aisy sakitkan hati Ian bermakna Aisy sakitkan hati bonda juga," kata bonda mendatar.
"Tak bonda. Aisy tak buat apa-apa. Aisy terperangkap. Tolong Aisy bonda."
Tanganku dilepaskan perlaham daripada memaut kakinya. Bonda beredar pergi mengikuti mereka.
"Bonda. Bonda."
"Hah. Tak guna kau menangis. Hahahaha..."
Lelaki setan yang separuh nyawa akibat dibelasah itu mengelap darah yang mengalir di bibirnya. Dia ketawa sinis.
"Aku pergi dulu. Bye," dia terua berlalu meninggalkan aku sendirian. Dan aku cuma mampu melihat dirinya yang sedikit demi sedikit hilang dari pandangan.
Aku tak berdaya untuk bangkit. Jauh sekali untuk mengejar dia. Lelaki yang dah hancurkan masa depan aku. Aku tak mampu nak berteriak dan bagitahu semua orang yang lelaki tu yang hancurkan aku. Gelapkan dunia aku. Ragut mahkota kawanitaan aku. Aku tak berdaya.
Apa yang aku mampu hanyalah menangis di tepi pintu sambil duduk memeluk lutut. Sesekali aku libas-libas tubuhku yang terasa kotor dan jijik. Ingin saja aku koyak-koyak kulit ini, daging ini dan seluruh urat saraf ini dan menukarnya dengan yang lain.
Ya Allah, cubaan apakah ini. Dugaan apakah yang aku tanggung ini. Aku diperkosa Ya Allah. Dan aku dituduh melakukan hal terkutuk tu.
Ya Allah, aku sayang Abang Ian. Jangan pisahkan dia dari aku, Tuhan. Aku perlukan dia sekarang ni. Sangat- sangat perlukan dia. Dia kekuatanku sekarang ni. Tolong berikan dia pada aku. Aku perlukan dia sangat-sangat sekarang ni.
💖💖💖💖💖💖💖💖💖
**chapter selepas ini akan ada POV AISY dan POV IAN dan beberapa orang.
Semoga terhibur😊😊😊
3.52 pm
Isnin, 13/3/2017
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...