CHAPTER 7~ PINANGAN

1K 60 6
                                    

Aku berjalan di balik rimbauan pokok-pokok yang memayungi jalan sempit ini. Seorang dan sendiri. Tiada sesiapa pun yang berada di sini jugak.

"Dang," satu suara kedengaran dari belakangku. Aku cepat2 menoleh terkejut. Tapi tiada sesiapa langsung di belakangku. Aku sambung berjalan ke hadapan. Aku melihat rumah yang pernah terbakar itu lagi, tapi dalam keadaan masih elok. Di hadapan rumah tersebut, ada tanaman pokok melati yang tersusun cantik yang diapit 2 tangga besar.

Aku menaiki tangga itu. Beranda yang besar terbentang luas di hadapan pintu masuk kelihatan bersih dan kemas. Tiada apa-apa perabot yang diletak selain daripada satu meja kecil di hadapan pintu. Aku mengamati hiasan yang terukir di dinding dan juga di pintu. Sangat halus dan berseni. Aku yakin ukiran ni handmade kerana kehalusan seninya.
"Dang dah balik?" Ucap mak sambil menyambut 'kepulanganku'. Mak yang berpakaian baju kebaya labuh berwarna cream dan berkain batik serta kelihatan sungguh cantik. Mak yang biasa aku lihat hanya berbaju t-shirt berkain batik serta berambut pendek apabila di rumah, pun bagi aku dah nampak cantik bagi wanita yang berumur akhir 40-an, kini lebih cantik apabila rambutnya yang panjang itu disanggul dan dihias bunga2 putih.

"Saya....dah balik," ucapku. Aku pun tak tahu macam mana perkataan tu keluar dari bibirku.

"Deraman datang membawa pinangan untuk meminang Dang waktu Dang keluar tadi. Mak dan abah tunggu jawapan dari Dang je sebab mak tahu Dang pun sekarang berkawan dengan Iskandar. Dang terima ke tidak pinangan Deraman tu?" Soal mak. Aku terdiam. Siapa Deraman, dan Iskandar tu?

"Dang tak nak, mak. Dang tak suka Deraman tu. Dia selalu kacau Dang waktu Dang balik dari menari di istana," jawabku. Ya, aku pun tak tahu macam mana jawapan tu keluar dari mulut aku.

"Dang dah fikir masak-masak? Dang bukan tak tahu, Deraman tu Orang kaya kat kampung kita, nak. Orang kuat pulak tu. Dia ada ramai anak-anak buah dari kampung kita dan kampung seberang. Dia ada kuasa kat kampung ni. Mak takut sangat kalau kau diapa-apakan, nak."

"Tak pe. Dang pandai jaga diri. Lagipun, Dang memang tak suka dia. Benci tengok muka bengis dia tu."

"Kalau Dang dah cakap macam tu. Mak dan abah tolaklah pinangan dia tu."

"Iyela."

.............................................................

Aku terjaga dari tidur. Tertegun sekejap. Apa yang aku mimpi ni?

Tiba-tiba pintu dibuka. Mak mengucap salam sambil masuk ke dalam bilik. Aku meneliti tubuh mak yang berbeza dari tadi dari segi pakaian. Yang lain, semua sama. Sikit pun takde beza.

"Kenapa kau pandang mak macam tu sekali?" Tegur mak pelik. Iyela, tak penah anak dia usyar macam tu sekali. Takut anaknya tersampuk kot.

"Tak de apape. Mak, nak tanya sikit, boleh?"

"Apa dia?"

"Mak pernah pakai baju kebaya tak?"

"Dululah, waktu muda2. Sekarang malaslah nak pakai. Badan dah lari inch. Entah rupa macam mana kalau mak pakai," jawab mak.

"Tapi, kalau mak pakai, mesti cantik," jawabku.

"Iyeke?" Mata mak bersinar-sinar. Hehehe...

"Betul. Tak tipu. Badan mak kan masih macam anak dara lagi," aku enjek lagi. Mak mula menjenguk2 badannya, membalik-balikkan tubuhnya kekiri dan kekanan smabil melihat baju kurung yang terbalut di badannya. Sungguh, mak memang masih cantik lagi. Manakan tidak, macam-macam jenis jamu, ulam, herba dia makan untuk jaga badan. Dengan aku sekali pun kene paksa makan jugak. Katanya, anak dara kene selalu nampak cantik. Kalau dah kahwin, lagilah kene nampak cantik. Kalau tak reti nak jaga badan, jangan nak mengamuk pulak kalau laki  tengok anak dara orang.

Disebabkan anak dara dia ni jenis kuat makan, memang selalulah aku kene hempuk sebab suruh berhenti makan. Sampai hati, kan. Kecik ulu hati, limpa, jantung pisang aku. Kadang-kadang tengah syok2 makan nasi berlauk telur mata dadar sambil layan movie tengah2 malam, mak aku keluar bilik lepastu rebut pinggan dari tangan aku. Memang menjeritla aku menangis mintak pinggan balik. Haram tak dibaginya. Huh!

"Iyeke, Aisy? Kau rasa kalau mak pakai baju kebaya, cantik lagi ke?" Tanya mak lagi sambil berpusing-pusing depan mata aku.

"Cantik, mak. Kalau tengok mak ni, kan, rasa-rasa mesti 36-24-36. Betul tak mak?" Enjek aku lagi

"Engkau ni sembangla lebih. Mana ada mak macam tu."

"Iye, mak."

"Tak naklah mak. Kang abah kau tu cakap mak ni buang tebiat pulak. Tak pernah2 sejak menua ni nak pakai kebaya," balas mak. Hahaha, aku berusaha simpan ketawa, tapi tak boleh.

"Pakai boleh, mak. Tapi cari yang loose. Kang kalo pakai yang fit, orang ingat mak umur 20-an."

"Malaslah. Abah kau tu bukan boleh nampak mak melawa sikit, merajuk nanti. Cemburu buta abah kau tu, tahu tak," balas mak. Aku ketawa lagi. Abah memang macam tu. Sebenarnya dia nak jaga anak bini dia. Kami pun, dia tak bagi pakai baju yang bukan- bukan. Contoh macam baju fit yang nampak lekuk2 badan tu. Abah cakap, perempuan yang baik bukanlah perempuan yang melihat dan dilihat, menonton dan ditonton, memperhatikan dan diperhatikan.

"Kau dah sembahyang Zuhur belum? Kalau belum, mak tolong kau amek air sembahyang."

"Dah tadi. Lepas makan tengah hari, terus solat."

"Ha..camtula. Jangan nak lambat2kan solat tu. Ibarat kau nak pergi dating, tapi asyik datang lambat je, mestilah pakwe kau marah kan. Kalau tak datang dating, lagilah dia marah, kan? Camtula jugak solat. Lambat solat pun berdosa. Apatah lagi kalau tinggal solat, dosa besar tahu tak," ujar mak lagi. Betul tu, aku sokong 100%.

Cuma aku tak faham 1 benda. Kebanyakan pesakit yang berada di hospital rasa seolah ibadat solat tu menjadi keringanan apabila mereka menjadi pesakit. Sedangkan sakit tu tiket bagi dia menebus dosa. Tapi kalau tak solat, macam mana dosa nak terhapus, der. Sebab solat tu takde kelupusan wajibnya, cuma keringanan je yang ada. Kalau tak larat nak berdiri, duduk. Tak larat duduk, berbaring. Keringanan solat ni sampailah dengan hanya kerdipan mata sahaja. Nampak tak betapa pentingnya solat sampai hanya dengan mata pun, kita boleh solat lagi.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamualaikum dan hai, semua. Apa khabar? Sihat? Tengah buat apa tu?

Saya mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang sudi baca novel saya ni. Saya rasa terharu sangaaattt (sob, sob, sob). Sebenarnya novel ni saya buat terus tanpa ada perancangan atau rangka cerita. Jadi, saya mintak maaf sangat-sangat kalau cerita ni tak teratur atau nampak boring. Hehehe...

Ok, teruslah membaca cerita ni. Kalau rasa nak komen atau nak tambah apa-apa, just komen je. Huhuhu...

Ok, bye uolss. Muahhh...♥♥♥

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now