Aku sedang sibuk menunduk sambil melahap makanan tengah hariku. Cuma berlauk ayam kicap, sayur kobis dan buah tembikai potong, tapi cukup membuka seleraku. Tak kesahlah orang nak cakap makanan hospital sedap ke tidak, tapi bagi aku, takde makanan yang tak sedap kat dunia ni. Asal halal, bersih, semua aku makan je.
Harini mak tak boleh nak datang sebab dari pagi mak pergi check kesihatan di hospital. Abah pulak menemaninya. Kakak pulak yang memang sibuk bekerja sebagai nurse di sebuah hospital swasta tu, hurmmm...susah benar nak tengok batang hidung dia. Nak2, dia tu memang kerja shift. Lagilah payah. Nak cemana, terlebih rajin bekerja. Kengkadang, sampai 2 shift dia tibai dalam sehari. Balik rumah, memang tidurla keje dia. Seolah2 tak nak bangun dah.
Tukk..tukk...pintu diketuk. Aku mendongak melihat ke arah pintu.
"Assalamualaikum," sapa Ian yang terjongol di muka pintu sambil menghadiahkan sekuntum senyuman di bibirnya.
"Waalaikumussalam," jawabku sambil mengelap sedikit kuah kicap di tepi bibir. Alamakkk time2 camni pulak dia datang. Wrong timingla dia ni. Dahla aku tengah serabai beruk time ni, dengan tudung yang berkedut seribu. Dengan muka yang macam tak mandi setahun. Bagilah aku make up sikit, pakai bedak ke, pakai lip balm ke. Ehh, aku cakap je macam. Pagi2 tadi aku dah bangun untuk mandi, ok.
"Awak tengah makan ke?" Soalnya sambil menuju ke arahku.
"Haah. Kenapa?"
"Saya ada bawak makanan. Ingat nak makan dengan awak," katanya sambil membuat muka sedih. Alololo...ingat buat muka camtu, aku nak pujuk. Tapi kesianlah jugak tengok muka dia tu. Dahla comel. Eh...ape aku cakap ni?
"Laaa...iyeke? Kenapa tak cakap nak bawakkan makanan. Awak ni baik sangatlah," ucapku. Kalau dihitung, kali ni dah masuk 4 kali dah dia bawakkan aku makanan sepanjang aku duduk sini. Hurmm... aku pun tak tahu kenapa dia suka sangat bagi aku makan itu ini. Dia cuma bagi alasan yang dia akan bertanggungjawab pada aku selama aku berada di hospital. Jadi dia akan sentiasa pastikan kesihatan aku.
Auchh...hahaha...
"Saya risaula kalau awak tak lalu makan makanan hospital ni. Selalu orang sakit, hilang selera makan. Tu yang saya melawat dengan bawak makanan sekali," jelasnya. Hehehe...aku tersengih. Mungkin dalam banyak2 bende yang membezakan aku dengan pesakit2 lain, cuma 1 bende tu jelah. Dari segi selera.
"Takpelah. Saya pun baru nak mula makan. Jomlah makan sekali,"
pelawaku."Habis, nasi yang saya dah belikan ni?"
Aku berfikir seketika.."Takpelah, demi awak, nanti saya makan ok. Jangan risau," ujarku. Hahaha, senyum lebar dia.
"Oklah, jom makan. Saya tak bole lama ni, pukul 2 ada kelas."
Dia membuka bungkusan di hadapannya betul2 bertentangan denganku.
"Awak bila boleh keluar dari hospital?"
"Dalam 2, 3 hari lagi kot," jawabku. Dia memandangku lama. Aku terdiam. Matanya nampak redup dan terpalit sedikit kesedihan. Dah kenapa?
"Kenapa tanya?" Soalku.
"Kira lepas ni, kita tak jumpa lagi la eh?"soalnya sambil meneruskan makanan. Aku terdiam, tak tahu nak cakap apa. Rasa pelik dengan soalannya.
"Kenapa tak boleh?"
"Awak nak jumpa saya lagi ke?" Soalnya. Aku tertawa kecil, tak tahu kenapa, aku rasa soalan tu kelakar sangat.
"Kenapa awak ketawa?"
"Tak ade apa-apa. Kenapa pulak saya tak boleh jumpa awak? Nak kata, saya ni anak raja, saya ni anak Pak Cik Talib," selorohku. Giliran di pulak yang ketawa.
"Mana tahu, awak tak sudi nak jumpa saya lagi." Ecececehhh...menyampahlah pulak aku dengar.
"Hahaha... tak delah. Kitakan kawan."
"Kita kawan?"
"Kenapa? Kita bukan kawan ke?" Aku pulak yang sedih. Aku ingat selama ni dia anggap aku kawan. Perah santan kelapa rupanya aku ni.
"Hehehe, mestilah kita kawan. Bukan apa, mana tahu awak tak sudi berkawan dengan saya," mukanya keluar cahaya bersinar2.
"Hahaha, dah berapa kali jumpa, baru tanya saya sudi kawan dengan awak ke tak?"
"Hahaha... manalah tahu kan. Hati perempuan ni, susah nak diramal," ayat dia yang aku rasa poyo gila tu membuat aku mencebik. Tak payah nak hati perempuan sangatlah. Ni bukan drama bersiri 'Hati Perempuan' tu.
"So, it mean, we'll meet again, right?"
"Tengoklah cemane..." aku menyambung suapanku dan tidak mengendahkannya sedikit. Hahaha, saja nak menguji.
"Ape ni, Aisy. Sampai hati awak..." dia mula menarik muncung. Hahaha, lawaklah dia ni. Cepatnya merajuk!
"Yes, we'll met again. In shaa Allah," jawabku sambil tersenyum.
"Nanti, lepas awak keluar dari hospital. Kita jumpa lagi? Boleh?"
"Kenapa?"
"Saya nak jumpa awak."
"Perlu, ke?" Aku menguji lagi.
"Perlu. Dua tiga hari ni saya tak boleh datang lagi, sebab ada kursus kat luar. Jadi saya nak confirmkan yang saya boleh jumpa awak lagi."
Aku ketawa lagi. Walaupun pelik dengan sikap dia, tapi aku melayan je lagi. Padahal selalunya, lelaki yang bersikap 'pelik' dengan aku ni, malas aku nak melayan.
"Hurmmm....cemane ye nak confirmkan?"
"Saya nak nombor telefon awak?" Katanya yakin. Amboiiii direct betul pakcik ni. Biar betul dia ni?
"Awak ni playboy ke?" Tiba2 soalan yang patutnya keluar kat hati, terkeluar kat tubir bibirku yang bertahi lalat nasi ni sebelah kiri. Segera aku tutup mulut yang celupar itu. Kot ye pun nak celupar, janganlah direct sangat Cik Senah oi. Ian yang sedang mengunyah nasi terus terbatuk sekali dua dan menjengilkan mata terkejutnya padaku.
"Kenapa pulak? Saya macam playboy ke?" Soalnya terkejut.
"Hehehe...bukan. Iyela, tiba2 mintak no. Telefon?"
"Iyela?"
"Tak, maksud saya...'bukan', fullstop, 'iyela'. Ngerti ngak?" Tiba-tiba keluar bahasa jiran.
"Owwhhh..hahaha. Saya harap, saya dapat jumpa awak lagi. Lagipun kan motor awak tengah repair. Apa-apa perkembangan, senang saya nak bagitahu," katanya. Haaaa, baru sekarang nak cover. Apekah dia ni??
"Ok. Nanti saya bagi," ujarku. Lantas sekuntum senyuman dilayangnya kepadaku. Seusai datang berbondong-bondong semut mengerumuni wad aku, semuanya disahkan kena kencing manis. Ok, tu ayat hiperbola. Tak caya, pi tanya cikgu BM.
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...