CHAPTER 24 ~ JANJI SETIA

699 35 15
                                    

Kami tiba di perkarangan Casuarin Hotel. Seorang penyambut tetamu membukakan pintu kereta untukku. Dan seorang lagi pergi ke arah Ian untuk mengambil kunci kereta untuk diletakkan di tempat parking.

"Thanks," ucapku pada penyambut tetamu tersebut sambil tersenyum. Dia mengangguk sambil membalas senyuman. Mereka kemudiannya beredar. Ian berada disampingku untuk berjalan bersama.

"Kita makan kat hotel ni? Seriously?"

"Yup! Kenapa? Awak tak suka ke?" Katanya sambil sedikit menunduk. OMG...tingginya dia! Aku yang dah memakai kasut tumit tinggi 4 inch ni pun, masih separas bawah telinganya!

"Takdelah. Urmm...suka," jawabku segan.

First time aku makan dekat hotel mewah macam ni. Dahlah gementar masa dalam kereta belum hilang lagi. Bayanglah, first time aku keluar berdua dengan seorang manusia bernama lelaki. Dan sekarang, aku bertambah gementar untuk makan bersama dia. Apatah lagi dekat hotel yang mewah seperti ini. Tapi, apa salahnya. Seumur hidup, dapat rasa sekali pun jadilah. Hehehe...

Kami masuk ke lif dan penyambut tetamu tersebut menekan butang 16. Sesampai di tingkat 16, aku terpukau dengan pemandangan yang mengasyikkan dari cermin tingkap yang menggantikan dinding konkrit untuk menutup pandangan dari tingkat 16 ini. Aku memandang keluar. Semuanya kelihatan kecil dan bercahaya. Terlampau indah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Selepas itu, aku dan Ian melangkah masuk menuju ke satu dewan makan yang ditunjukkan oleh penyambut tetamu itu.

Seusai penyambut tetamu itu membukakan pintu dewan untuk kami, kedengaran muzik klasik inggeris yang dimainkan menggunakan piano, violin dan beberapa alatan musik yang lain. Seorang penyanyi sedang menyanyikan lagu inggeris lama yang aku pun tak tahu apa tajuknya. Tapi, sangat sedap dan merdu suaranya.

Aku tergamam. Besar betul dewan itu! Dewan itu dihiasi dengan kuntuman red rose yang menaikkan lagi seri di dalam dewan itu. Haruman red rose tercium wangi di setiap pelusuk dewan itu. Ia dihias dengan hiasan ala inggeris moden yang serba-serbinya menggunakan warna putih dan pastel. Untuk membangkitkan mood romantik, lampu yang dipasang menggunakan lampu yang agak malap dan di setiap meja, diletakkan lilin, beberapa kuntum red rose beserta daisy yang diletak di dalam balang kaca dan taburan red rose di atas meja.

"Kita nak pergi makan ke, abang?"

"Makanlah."

"Dekat sini?"

"Iyelah. Habis kat mana, sayang?" soalnya kembali.

Aku tersengih. Hehehe, boleh tahan tak cerdik benar soalan aku. Lagi tadi soalan tak cerdik yang keluar dari mulut aku. Sabar ajelah dia menjawab. Hahaha.

Kelihatan beberapa pasangan sedang menikmati dinner mereka. Ada yang sedang bersuap, ada yang sedang bergurau ketawa, malah ada juga yang sedang menikmati pandangan dari tingkap. Tapi aku betul-betul tertarik dengan satu pasangan yang si lelakinya sedang melutut di hadapan seorang perempuan untuk melamar perempuan itu. Mereka berdiri agak tersorok dari ramai orang. Mungkin sedang menikmati pemandangan dna lelaki itu mengambil peluang untuk melamar kekasihnya. Aku tersengih melihat mereka. Teringat kisah semalam. Hihihi...

Tiba di satu tempat duduk, Ian menarikkan kerusi untukku. Aku terus melabuhkan punggung di kerusi yang ditariknya itu.

"Thanks."

"Welcome, honey."

Di menarik kerusi berhadapan denganku.

"Sayang, sayang suka tak kita makan kat sini? Kalau sayang rasa tak selesa kita pergi makan kat tempat lain?" Soalnya. Gila tak suka, ni lebih dari suka.

"Suka je. Saya suka sangat. Tapi, mesti mahalkan makan kat sini? Lain kali pergi makan kat tempat biasa pun takpe. Saya tak kesah makan kat mana-mana je."

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now