CHAPTER 2~ MALANG TAK BERBAU

1.6K 73 1
                                    

Aku menyarung stoking ke kaki. Sambil mengikat tali kasut, mak tak habis2 lagi membebel tentang aku yang jatuh katil tu. Yang jatuh katil tu aku, yang sakit tu punggung aku, tapi sekarang yang sakit telinga pun aku. Merebak2 sakit...hehehe...jangan marah mak. Muahh...

"Engkau ni Aish. Padahal mak dah pesan, jangan tido petang. Jangan tido petang. Tapi tengok, tak nak dengar cakap maknye. Tido jugak. Tu yang kedebak kedebuk jatuh katil la..apela.. itula..inila.. bahaya tido petang ni Aish, bole mewarisi penyakit gila. Penyakit gila dalam dunia ni ada banyak jenis. Tu yang kau sekarang gila tido. Asyik nak tido je. Tengok tu.. dah macam orang tua mak tengok, terbongkok2. Sakit pinggang sebab jatuh katilla tu," bebel mak panjang sambil menonton berita di tv.

"Iyela mak...tak tido lagi dah...udah2la tu mak. Aish nak pergi kerja ni. Kang tak jadi pergi kerja pulak"

"Hah..iyela... hati2 pergi kerja tu. Malam2 macam ni bahaya kalau anak dara jalan sorang2," pesan makku yang tersayang ni.

Hehehe...selepas habis sahaja diploma, aku dengan terpaksa dan relanya disuruh untuk mencari kerja. Iyela..takkanlah nak duduk rumah jadi penganggur terhormat hari2 tanam jagung je kan. Buat menghabiskan beras je. Jadinya...sementara menunggu tawaran untung sambung degree...aku pun kerjala jadi guru tusyen kat 1 pusat tusyen kat pekan berdekatan rumah aku tu. Tak jauh pun..15 minit kalo naik moto. Tapi dekat sejam gakla kalo jalan kaki.nak2..aku yang terkedek2 ni. Naik mengah der nak panjat bukit bukau untuk ke sane.

Hahaha....jadi cikgu tusyen pun...cikgu sejarah.. walaupun aku faham, memang biasanya budak2 ni memang akan mengantuk bila aku berceramah tentang sejarah ketamadunan, kisah2 peperangan, kengkadang terselit sejarah leluhur anak melayu, sejarah kebangkitan anak melayu ketika zaman penjajah, tapi memang itulah tugas yang harus dipikul sebagai guru pendidikan sejarah. Memartabatkan bangsa dan bahasa. Menaikkan semangat anak muda bangsa melayu. (Haha...dah kenapa pulak kuar mood patriotik ni). Jadi lantak kau la nak kalo kene cepuk sebab meleleh air liur basi akibat tertido wktu dengar cikgu kau ni mengajar.

Aku bergegas menyetart a.k.a menghidupkan enjin moto kesayanganku. Hurmm..memang nasib badan si budak renek, penat aku nak memanjangkan kaki untuk menyentuh ke bumi sambil terkial2 menghidupkan enjin. Agak dalam 2..3 minit aku panaskan enjin..mulalah sesi merempit untuk ke pekan. kene cepat, sebab pukul 8.15, kelas dah mula.

.....

Aku memecut motorku 90km/sejam. Hehehe...walaupun dekat...tapi seronok gak merempit kejap sebab jalan tengah lenggang. Tengah aku memecut laju tetiba ade seorang mamat ni dengan lenggangnye memandu keretanya datang dari arah depanku. Aku segera mengelak keretanya, menekan brek sekuat hati dan membelok ke kiri. Namun, malang tu memang tiada deria bau, aku terperosok masuk ke rimbunan semak samun dan hilang dalam gelap malam yang kelam.

Aku berusaha untuk bangun, tapi daya aku tak mampu untuk mengangkat motor yang menghempapku. setiap tubuh badanku merasa sakit. Aku merasa tangan kananku kebas dan tak boleh digerakkan. Ahhh...janganlah patah...huwaargghhh...aku merasa sesuatu bendalir hangat mengalir dari kepalaku. Aku mengelap cecair itu. Nampak segar warna merahnya. Ahh, daraaahhhh...

Badanku terasa ringan. Pandangan aku terus gelap.

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now