Aku berbaring2 malas di atas katil. Haaaa, ni la yang aku malas nak masuk hospital ni. Boring namatey wei. Tak ada ape yang boleh aku buat selain dari makan, tidur, makan, tidur. Padahal baru 4 hari duduk wad, maksudnya baru 3 hari aku mencelikkan mata. Tapi boring dia macam dah bertahun aku duduk dalam wad ni.
Aku mula bukak wassap. Si Farah ni janji nak datang melawat aku. Dahla sejak aku masuk wad, dia tak datang2 lawat. Ya, aku tahu dia sibuk sebab kerja. Bila ahad camni je dia ade waktu nak melawat aku.
Aku dah pesan awal2 kat dia supaya bawakkan komik2 anime aku. Hurmmm, pesan kat mak, abah dengan kakak, manjang terlupa. Malah tambah mak lagi "Aisy tu dah besar. Tak payah nak baca komik budak kecik lagi. Adik tu bolehlah baca. Ni dah mengalahkan adiknya pulak".
"Farah, bila nak datang ni. Aku boring gila ni" mesejku.
Aku mencampakkan telefon ke kiri. Hurmmm...nak jalan2, dengan kaki yang terhencot-hencot sebab retak ni. Memang taklah jawab dia. Kalo kaki ni ok, aku dah round semua pelusuk hospital ni. Pegi melawat orang sakit. Bagus melawat orang sakit ni, banyak kelebihannya. Antaranya bole mengingatkatkan kite supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah Allah bagi. Kalau kita memang sihat, kenelah bersyukur kerana Allah beri nikmat sihat tu pada kita. Kalau kita menanggung sakit, hakikatnya ada orang lain yang lebih sakit dari kita. Pun kene bersyukur jugak.
Knock.. bunyi ketukan pintu kedengaran. Bukan pintu wad yang aku duduki, tapi bunyi dari handphone yang menandakan ade whatsapp masuk. Hihihi...
"Aku datang. Tapi lambat sikit."
Haaa...lega aku. Partner in crime aku ni datang jugak. Kalau ade mak jemah sorang ni, tak dela boring sangat hidup aku. Melayan perangai dia yang tak serupa manusia sihat tu, dengan lawak bodoh yang sebenarnya tak lawak pun, mendengar cecehan dia yang kebiasaannya xjumpa fullstop tu. Berserila sikit hari aku ni. Takdela hambar sangat.
"Bila nak datang? Lambat benar..." balasku.
"Aku lawat petangla. Tengah hari ni tak bole.. kenapa? Dah rindu aku?"
"Haha...xde maknenye nak rindu kau. Jangan lupa singgah rumah aku, bawakkan komik aku."
"Ok bohhh"
...............................
"Assalamualaikum," satu suara memecah kesunyian di ruangan bilik. Aku yang tengah duk merenung masa depan cepat2 bangun dari baring setelah telinga menghantar impuls ke otak untuk men-detect, suara siapakah itu. Dan dengan segera otak menghantar pesanan bahawa itu suara si mak jemah. Aku terus tersengih melihat dia membonjolkan kepalanya di muka pintu umpama kura2 yang menyorok di balik cangkerang itu.
"Waalaikumussalam. Faraaaahhhhh...masuklaaaa" ujarku riang. Ditangannya sarat dengan pelbagai bungkusan dari plastik beg dan paper beg.
"Wei, kau cemane sekarang? Kau dah sihat belum? Aku risau sangat2 bile dengar kau accident," ucapnya sambil memeluk aku.
"Aku ok je. Tak de apape la. Sihat je."
"Ya Allah, tengok ni. Sampai berbalut sana-sini. Ni kaki kau ni patah ke retak? Tangan sume ni. Weiii kau ni. Ni kau cakap sihat je wei. Aku tengok dah macam rupa langgar kerbau je, bukan langgar pokok masuk semak." Hahaha, aku tertawa. Haah, macam teruk sangat. Sebenarnya, kaki aku retak sebab terkena batu besar dan terhempap moto yang bapak berat tu. Tangan aku ni pun sama. Semua gara2 nak mengelak kereta, aku terlanggar pokok dan terjatuh kat semak samun yang tanahnya berbatu- bata. Tu yang kepala aku pun terhentak kat batu tu. Selamat tak hilang ingatan je. Luka dia jangan cakapla. Berparut sana sini. Parut2 ni semua kene sorok dari bakal mak mertua ni, kang tak memasal kurang harga hantaran kahwin aku.
"Taklah, kaki ni retak je. Ok je ni. Tangan ni je patah. Yang lain ok je. Cukup lagi tangan, kaki, jari."
"Tuhla. Kau ni tak hati-hatilah wei. Lagipun kat situ, jalan memang gelap. Aku tak tahulah apa susah sangat ke wei nak pasang lampu jalan kat situ. Dahla simpang tiga ada corner baring, tapi takde lampu. Bukan kau sorang excident situ wei, ramai dah wei," katanya lagi. Si mak jemah ni... aku tak faham satu je. Tak habis2 dengan perkataan wei. Wei tu, wei ni. Wei jom makan wei. Wei nak pegi mana wei. Ironinya, adakah wei tu ganti diri nama kedua atau sejenis binatang tunggangan berkaki 4?
"Aku kan elak dari kene langgar kereta mamat sorang. Tengah aku dok nak mngelak tu, termasuk dalam semak pulak, berlanggar dengan pokok. Nak cemane. Tapi aku tak tahulah nasib aku kalau betul2 kene langgar dengan kereta. Dahla dia bawak laju. Agaknye, lagu teruk keadaan aku dari sekarang," jelasku.
"Kau kenal tak dia? Ade datang sini tak?"
"Ada. Semalam."
"Cemane? Hehe...hensem tak?" Soalnya sambil matanya mengeluarkan cahaya bersinar2. Ehhhh, gatal.
"Biase je. Macam orang lain jugak, ade dua mata, satu hidung, satu mulut. Takde yang terlebih," balasku malas sambil berbaring semula.
"Iyeke? Eleh, kau tu sebenarnya yang tak tahu tahap ukuran kehenseman seseorang lelaki. Semua laki kau cakap sama, tak de yang hensem," balasnya sambil mencebik. Hurmm...malas aku nak melayan. Bab-bab komen pasal lelaki ni, aku tak amik port sangat. Tak de kerja nak cakap pasal lelaki.
Hehehe, cuma lelaki yang ni, satu je beza dia. Senyuman dia yang aku rasa terlebih gula. Hurmm... kalau hari2 tengok, boleh kencing manis aku.
"Eh, kau bawak tak komik aku?"
"Astagfirullah..lupa pulak nak keluarkan. Bawak. Ha, aku ada bawak makanan sikit. Mana tahu kau lapar ke, tak selera makan makanan hospital ke. Kau dah makan tak? Pastu aku ada belikan sekali jajan. Bolela buat kunyah2 sambil baring. Bosan kan duk wad macam ni," ujarnya sambil mengeluarkan bungkusan berisi makanan. Wahhhh, aku cepat2 bangun dan duduk bersila menunggu dia menghidangkan makanan di depanku. Rezeki, beb. Tak baik tolak rezeki.
"Amboii...kau bab makan, cepat sokmo," tempelaknya. Hehehee, aku mampu tayang gigi je. Satu benda je seronok bila sakit ni. Bila ada orang hidang makanan pakej bersuap lagi. Pastu, kau mintak ajelah nak makan ape, semua akan ditunaikan. Hohoho...
"Rezeki, Farah. Takkan nak tolak. Lagipun aku lapar ni."
"Eh, tak makan lagi ke tadi?" Soalnya pelik.
"Dah. Tapi lapar lagi. Heeee..."
Aku tersengih lagi. Memang tadi dah makan dah waktu lunch. Alaaa... aku ni bukan amik pusing sangat sedap ke tak sedap ke. Janji benda tu bole telan masuk tekak, aku on je. Lagipun dah 3 jam golek2 atas katil, memang berkeroncongla perut aku. Dia cuma mampu menggelengkan kepala je. Bukan dia tak tahu, nafsu makan kawan dia ni besar.
"Bila mak kau nak datang?" soalnya sambil mencedukkan lauk ke dalam bekas nasi.
"Tak tau. Malam nanti kot. Mak aku nak jaga aku. Tapi aku je tak bagi. Malas nak susahkan mak aku tu," balasku sambil merenung setiap cedokan lauk. Bukan apa sebenarnya, aku risau kesihatan mak yang bukan sihat sangat tu. Mak merupakan pesakit diabetes. Jadi dia akan cepat letih bila buat kerja. Aku tak naklah dia sakit bila terpaksa jaga aku ni. Kakak pulak sibuk berkerja. Jadi memang jawab dia, aku jaga diri sendiri ajelah. Kalau setakat nak pegi tandas tu, ok je lagi. Kalau nak pergi solat kat surau pun bole bergerak lagi dengan bantuan tongkat, surau pun sebelah bilik aku ni je. Agak2 malas nak menapak, aku hampar jela sejadah kt lantai, dan sembahyang atas kerusi.
"Haah. Takpelah. Lagipun kau boleh gerak lagi ni. Bukan terbaring atas katil kan."
"Haah."
"Hurmm... nah. Bukak mulut. Aku suapkan," katanya sambil menyuakan sudu berisi makanan ke mulutku. Hehehe, aku tersengih sambil membuka mulut. Memang seronok kalau bermanja dengan Farah sorang ni. Sebab dia ni macam perangai ibu2. Hohoho...
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomansaAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...