Seorang gadis yang memakai dress singkat paras peha berwarna merah terang berjalan ke arah kami bersama Zahril. Rambut blonde perangnya sesekali dikuak ke belakang apabila angin memukulnya lembut. Dia terus-menerus tersenyum memandang kami. Kami pula terdiam melihat dia berjalan ke arah kami.
"Haa...ni lah orang yang Ril jumpa kat sana tu," kata Zahril dengan nada riang.
"Hai, auntie," sapa gadis itu. Dia terus memeluk bonda dan mencium kedua-dua belah pipi bonda.
"Fiona. Bila balik dari Jerman ni? Kenapa tak de bagitahu auntie pun?"
"Ala, auntie. Fiona saja nak buat surprise. Kalau bagitahu awal-awal. Tak bestlah kan," ucap gadis itu.
Ohh...dia nilah Fiona. Budak kecik yang selalu bergambar dengan Abang Ian tu. Haahla, muka dia sama... cuma nampak matang sikit dengan rambut blonde ikalnya tu. Kalau kat gambar, rambutnya lurus dan hitam.
"Wait a minute. Is it..." Fiona melihat ke arah Abang Ian yang berdiri di sebelahku. Dia melihat dari atas sampai bawah dan ke atas balik.
Dah kenapa dia ni? Nak telan Abang Ian ke apa?
"Oh my god. Is it you Ian?" Ucap Fiona teruja. Dia menekup mulut seakan tak percaya.
"Macam mana you boleh jadi hensem macam ni sekali. You know what, Ian. I really miss you," ucapnya dan terus memeluk tubuh Ian....di depanku. DI DEPANKU! Aku terkaku melihat tingkahnya.
Abang Ian segera meleraikan rangkulan gadis itu. Dia mendengus kuat.
"Stop it, Fiona! Apa kau buat ni?"
"What? I rindu you. Takkan you tak rindu I kot."
"Enough, Fiona." Abang Ian memeluk tubuh dan memandang ke lain.
"Auntie, kenapa Ian macam ni?" Fiona terus memeluk tangan bonda dan meletak kepala ke bahu bonda. Sha mencebik..menyampah. Dia terus memandang ke tempat lain. Abang Ian pula cuma berdehem perlahan, seakan tak selesa dengan kedatangan Fiona.
"Bonda, Ril masuk dalam dulu. Penatlah," Zahril sempat tersebgih sebelum masuk ke dalan rumah. Meninggalkan kami di hadapan pintu.
"Auntie....who is she?" Dia melihatku dari atas ke bawah. Aku membalasnya dengan senyuman.
"Ni Aisy. Bakal isteri Ian," jawab bonda.
"What? Bakal isteri?"
"Yes. She is my future wife. Aku akan berkahwin tak lama lagi," jawab Abang Ian bernada dingin.
Fiona terkejut besar melihatku. Tak cukup terkebil-kebil, dia merenung aku dari atas ke bawah dan atas balik. Dah kenapa pelik sangat? Aku ni nampak macam penduduk Uranus ke?
"Hai, Fiona. Saya Aisy," aku menghulur tangan, ingin bersalam.
"Hi, i'm Fiona," ucapnya sambil menyambut tanganku. Nadanya kedengaran dingin.
"I tak sangka you dah nak kahwin dah. Diam-diam je you ni," ucap Fiona tak puas hati. Tangannya sempat memukul dada Abang Ian.
"Kau yang menghilang. Sembilan tahun pergi. Tiba-tiba je balik," kata Abang Ian dengan nada dingin.
"Ian...." tegur bonda.
Abang Ian terus pergi meninggalkan kami masuk ke dalam rumah. Aku terkebil-kebil melihat sketsa di depan mata.
"Auntie... kenapa dengan Ian tu?" Rengek Fiona sambil menggoyang-goyangkan tangan bonda.
"Ian penatlah tu. Haaa...Fiona. Fiona dah lama kan tak rasa pavlova auntie. Jom, auntie buatkan," auntie menarik tangan Fiona masuk ke dalan rumah.
"Jom, Aisy," ucap bonda kepadaku pula. Aku cuma mengangguk dan tersenyum.
"Sha."
"Ye, kak."
"Kenapa dengan Abang Ian tu?"
"Haihhh, sakit hati, marah, menyampah."
"Kenapa?"
"Hurmmm...akak tanyalah sendiri. Sha malas nak masuk campur."
"Pelik."
"Tak de yang peliknya. Jom, kak. Masuk dalam. Kita buat pavlova sama-sama," Sha menarik tanganku.
"Ha, kejap eh. Akak nak jumpa Abang Ian kejap," ucapku. Sha cuma mengangguk.
.....................................................
"Dah sampai mana tu?" Tegurku dari belakang Abang Ian. Abang Ian yang berdiri di tepi tembok di taman menghadap ke hutan terkejut dan menoleh ke belakang. Aku tersengih. Haihhh, gitu pun terkejut. Tuhla, termenung jauh lagi.
"Sayang, abang ingatkan sape. Lain kali bagi salamlah dulu. Ketuk pintu ke, ape ke," bebel Abang Ian sambil memusing kembali, membelakangiku semula.
"Tuk, tuk, tuk. Assalamualaikum..." aku berlakon mengetuk pintu. Iyelah, kat sini mana ada pintu. Pintu mana pulak aku nak ketuk.
"Waalaikumussalam.." jawabnya sambil tersenyum. Aku ikut tersengih.
"Abang ingat kat sape tu? Saya jeles tahu tak," aku mula buat-buat marah sambil memeluk tubuh.
"Ingat kat sayanglah. Sape lagi."
"Tipu. Saya sah-sah ada kat sini. Abang jangan main-main. Saya ni cemburu buta tahu tak," aku mula buat nada mengugut. Ceh, saje je sebenarnya. Sebab aku nampak Sir Ian kesayangan aku ni muram sangat. Dan aku pulak tak tahu macam mana nak hiburkan dia.
Sir Ian bantai ketawa berdekah-dekah. Dalam hati, aku tersenyum senang. Yeah, berjaya!
"Kenapa ketawa?"
"Abang tak pernah dengar orang mengaku yang dia cemburu buta," dia sambung ketawa lagi.
"Saja jelah. Saya ni open minded sebenarnya," jawabku.
"Open minded pulak. Mana satu ni yang betul?"
"Tengok keadaan. Yang mana patut saya rasa perlu cemburu. Saya cemburulah. Kalau rasa tak patut rasa camtu, tak payahlah," jawabku. Punggung yang dari lama berlabuh disebelahnya aku betulkan sikit. Aku tarik baju yang terduduk.
"Sayang ni...ada-ada je," tawanya masih tersisa lagi.
"Tu ke Fiona? Yang kawan abang cakap tu?" Soalku.
Abang Ian berhenti ketawa. Dia menggosok-gosok rambutnya sedikit. Dia mengeluh kesal.
"Abang tak bermaksud nak tipu sayang. Maafkan abang," lirih suaranya. Aku tersenyum.
"Takpe, saya faham. Sir Ian saya ni mesti ada alasan sendiri kan. Sebab tu tak nak cite kat saya."
"Abang..."
"Dia tu sape sebenarnya? Kenapa abang berubah bila jumpa dia?"
"Dia tu...sepupu abang. Just sepupu."
"Abang tak suka dia?"
"Bukannya tak suka. Haihhh...."
"Abang pernah rapatkan dengan dia? Saya pernah tengok gambar-gambar abang dengan dia masa abang kecik."
"Sayang pernah tengok?"
"Ya."
10.50 a.m
Sabtu, 26/11/2016
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...