"Benda tu dah kacau kamu sejak kamu umur 5 tahun lagi. Dia selalu main dengan kamu dan along dekat pondok sebelah rumah. Abah tak pernah perasan kalau kamu main dengan benda tu, sebab abah sibuk kerja. Sampai satu saat, emak kamu perasan yang kamu cakap dan main sorang-sorang dekat pondok," terang abah panjang lebar. Aku khusyuk mendengar cerita abah.
"Ya, Aisy. Masa mak nampak kamu bercakap dan main sorang-sorang, mulanya, mak ingat kamu bermain dengan 'kawan imaginasi' kamu. Iyelah, bila along pergi sekolah, kamu main sorang-sorang. Mungkin kamu sunyi takde kawan bermain. Tapi bila kamu balik rumah, kamu selalu cerita pasal 'dia' kat mak. Seolah-olah 'dia' memang wujud. Mak berusaha tenangkan hati yang tu cuma dalam imaginasi kamu je. Tapi bila along pun cerita benda yang sama kat mak pasal Dang Sakti tu, mak mula rasa tak sedap hati. Takkanlah korang berdua kongsi 'kawan imaginasi' yang sama. Sampai satu hari, emak suruh abah beli kamera baru dan emak suruh along kamu tangkap gambar kamu dengan Dang Sakti tu. Bila kami nampak yang dia memang wujud dalam gambar, kami dah tahu yang kamu diganggu. Mak abah hantar kamu berubat. Bila kamu makin besar, mak abah bersyukur yang kamu tak ingat langsung pasal Dang Sakti tu. Jadi mak abah pun tak de ungkit lagi pasal dia," terang mak pula.
Aku terkebil-kebil mendengar penerangan dari mak. Yang peliknya, aku langsung tak ingat apa-apa pun pasal hal dulu tu. Seram sejuk mula menguasai tengkukku. Betul ke dulu aku main dengan.... hantu?
Jap, aku rasa kalau cakap 'jin', sedap sikit kot hati.
Betul ke dulu aku main dengan jin?
Ehh... lagi lain macam bila cakap macam ni!
"Mak dan abah pindah rumah lain masa tu, sebab tak nak benda tu datang rumah lagi. Alhamdulillah, benda tu dah hilang lepas kita pindah. Tapi waktu kamu umur 8 tahun, kamu kena kacau lagi. Benda tu bawak kamu ghaib berhari-hari. Waktu tu, tuhan je yang tahu perasaan mak. Mak dah hampir separuh gila mikirkan kamu yang hilang tu," sambung mak lagi.
"Dan sekarang, dia kacau kamu lagi. Abah ingat, semua ni dah habis. Allahu akbar..." abah mengeluh panjang. Telapak tangannya dibawa ke muka dan menyapu ke muka.
"Abang, saya rasa lebih baik kita bawak Aisy pergi berubat lagi. Lagipun, Aisy cakap, keluarga Adrian tu minggu depan nak hantar rombongan meminang dah. Saya tak nak apape berlaku bila diorang nak kahwin nanti. Apa kata abang?"
"Betul ke minggu depan keluarga Adrian nak hantar rombongan meminang?" Soal abah kepadaku. Aku tersipu malu. Sambil tunjuk peace, aku mengiyakan kata-kata abah.
"Baguslah macam tu. Mak ayah dia pun dah restu hubungan kamu berdua. Mak abah pun tak de halangan. Kamu pun dah besar panjang."
"Sebab tu kita kena ubat dia cepat-cepat, bang. Kalau boleh sebelum diorang ni kahwin, Aisy dah tak kena ganggu dengan benda tu lagi dah."
"Ha, iyelah. Abang ada kenal seorang ustaz ni. Ustaz Hashim namanya. Kata orang, dia ni teror bab-bab benda ghaib ni."
"Orang mana tu, bang?"
"Orang sini jugak. Dia baru pindah ke sini. Mengajar kat sekolah agama depan selekoh jalan tu. Abang kenal pun sebab selalu jumpa dia kat masjid."
Mak memandang aku. "Kita pergi berubat ye, nak?"
Aku tergugup-gugup. Nak kata aku terkena gangguan, aku tak pernah rasa benda-benda pelik. Sungguh!
Yang pelik, cuma mimpi aku. Cuma tu je.
Mak dan abah setia menanti jawapanku. Perlahan-lahan, aku mengangguk sekali dua.
........................
Farah menelefon aku mengajak aku menonton wayang. Dia kata, boring asyik kerja je. Macam tak de life dah.
Dia tak tahu, lagi boring duduk rumah ni. Aku dah rasa macam penganggur terhormat. Apa je yang boleh buat kat rumah? Melainkan menternak lemak berkilo-kilo. Kau ingat sonok ternak lemak? Hari-hari bila makan, rasa insecure je. Tak memasal, tak muat pintu bila nak keluqr rumah nanti.
Aku mengiyakan sahaja ajakannya. Sebab aku pun dah boring tahap nak mati dah ni. Sampai kadang tengok siling dengan dinding rumah, dah rasa naik muntah dah.
Dua hari lepas, aku dah pergi dah berubat ke rumah Ustaz Hashim. Tapi, tak da apa-apa pun yang aku rasa pelik semasa ruqyah. Ustaz Hashim pun kata, tak ada apa-apa yang mengganggu aku. Tapi dia suruh aku ulang berubat juga selepas mendengar cerita abah padanya.
Aku tak kesah. Apa-apa yang mak abah rasa baik untuk aku, aku ikutkan je.
Tapi, sebelah malamnya, aku takut untuk tidur. Aku takut untuk bermimpi. Macam mana kalau aku bermimpi Dang Sakti lagi? Macam malam tadi. Haihhh....
Farah sudah sampai di depan rumah dengan kereta Axia silver yang dia pinjam dari kakaknya. Aku yang sedang duduk termenung di buaian depan rumah terkejut apabila Farah membunyikan hon kereta sekali lantas membuat isyarat tangan, suruh cepat naik kereta.
Aku terus menyalam tangan mak yang sedang sibuk memberi makan ikan peliharaannya di kolam depan rumah.
"Mak, kita pergi dulu," ucapku.
"Ha, hati-hati. Jangan balik malam sangat. Kamu tu anak dara, tak baik balik malam-malam," macam biasa, mak bersyarah seketika. Aku cuma tersengih dan mengangguk sahaja.
"Makcik, saya pergi dulu ya," ucap Farah sambil menyalam tangan mak.
"Ha, iyelah. Hati-hati bawak kereta tu. Jangan bawak laju-laju, bahaya," pesan mak pada Farah. Sama macam aku, Farah cuma tersengih dan mengangguk.
Tapi mak tak tahu, Farah ni gila sikit. Selagi tak lebih 100 km/sejam, memang taklah dia nak puas. Dia kata, kalau bawak laju, lagilah fokus ketika memandu berbanding bawak santai je. Bawak santai, otak tak berjalan! Menerawang je nanti. Ceh!
"Macam mana semalam?" Farah memulakan perbualan setelah kereta mula meninggalkan perkarangan rumah. Dia membuka signal kanan dan mula membelok ke kanan.
"Macam mana apa? Aku pergi berubat je."
"Kau histeria tak?"
Aku menepuk lengannya. Histeria pulak.
"Histeria benda pulak. Mana ada. Aku ok je. Aku pun tak tahulah kenapa mak abah aku hantar pergi berubat bagai," jawabku lalu mengurut kepala. Pusing!
"Gila tak. Kalau aku, aku dah hantar kau pergi psikiatri."
Sekali lagi aku menepuk lengannya. Kali ni lebih kuat.
"Choyy la kau ni. Kau ingat aku gila?"
Kengkadang bercakap dengan dia ni, buat kecik hati sendiri je.
"Aku tak kata kau gila. Kau ingat, orang gila je pergi psikiatri?" Terangnya. Aku mencebik masam.
"Aku ok je. Tak histeria, tak mental. Sihat-sihat je."
"Tapi ada ketika kau mental jugak," ucapnya selamba sambil membelok ke kanan. Mulutnya dikemam, menahan ketawa dari keluar. Buat aku melihatnya kecik besar, kecik besar.
"Banyaklah mental kau! Kau tu yang skizo."
"Hahaha...." dia gelak sakan.
"Farah..."
"Hurm.."
"Malam tadi, aku mimpi pelik lagi," aku mula membuka cerita.
"Mimpi apa lagi? Pasal Dang Sakti tu lagi ke?" Soalnya. Dua keningnya diangkat serentak. Tawa mulutnya terhenti dan dia jadi serius.
"Haah."
"Ha, kau mimpi apa lagi? Ceritalah."
Aku menarik nafas panjang sebelum menghembus nafas perlahan.
♡♡♡♡♡
Haaaa.... tengah-tengah malam buta ni, saya nak double update ok. Sebab lama sangat dah tak meng-update. Hahaha... naik berhabuk dah wattpad ni saya tinggalkan lama. Ngeee~~~
12.24 a.m.
21/12/2016
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomantizmAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...