CHAPTER 35 ~ SIKSA DANG SAKTI

624 30 6
                                    

Kami memasuki ke perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu. Abang Ian memarkir kereta di sebelah kereta mercedes ayahnya. Selepas itu,  aku dan dia beriringan masuk ke dalam rumah bersama.

Abang Ian membuka pintu utama dengan kunci. Selepas kami masuk, kelihatan Auntie Rozaina tertidur di sofa ruang tamu utama.

Kami menuju ke Auntie Rozaina. Abang Ian melutut di hadapan bondanya dan membelai rambut bondanya. Tampak jelas, matanya bengkak dan lebam. Mungkin kerana menangis.

"Uhhh..." Auntie Rozaina mula tersedar. Dia mengerdip-ngerdipkan mata seketika.

"Adrian?"

"Ya, bonda," jawab Abang Ian sambil tersenyum. Tangan bondanya dia capai lalu mencium penuh perasaan.

"Maafkan Ian, bonda," ucapnya. Ada sendu di suaranya. Dia mencium ubun-ubun bondanya pula.

"Ian pergi mana, sayang? Bonda ingat Ian dah tinggalkan bonda," tanya Auntie Rozaina sambil berusaha untuk bangun. Aku dan Abang Ian membantu dia untuk duduk.

"Ian pergi makan dengan Aisy tadi bonda."

"Aisy," Auntie Rozaina memeluk diriku. "Auntie minta maaf, Aisy. Auntie tak sangka uncle akan cakap macam tu pada Aisy. Maafkan kami ye, Aisy."

"Auntie, jangan cakap macam ni. Auntie tak salah apa-apa pun. Dato' pun tak salah apa-apa. Saya faham, auntie. Jangan risau, saya tak terasa pun," jawabku sambil memeluk dirinya. Aku hampir je nak menangis. Terharunya aku, auntie baik sangat dengan aku. Kalau aku berkeras untuk balik rumah atau tidur hotel, mesti aku akan menyesal. Menyesal sebab menyakitkan hatinya.

"Auntie ingat Aisy takkan balik rumah ni lagi."

"Tak auntie. Aisy balik ni," jawabku sambil tersenyum.

"Bonda, kenapa tidur sini? Kenapa tak tidur bilik?"

"Bonda tunggu kamu berdua balik. Bonda risau pasal kamu berdua," jawab auntie. Ya Allah, hatiku tersentuh sangat. Baiknya Auntie Rozaina.

"Bonda naik atas ya. Jom, Ian temankan. Sayang naik tidur ya," ucap Ian. Aku mengangguk.

Kami bertiga naik bersama.

...............................................................

Aku membuka pintu perlahan. Kelihatan Sha sedang nyenyak tidur di atas tilam. Hurmm... pergi mandi dululah. Baru segar sikit.

Setelah selesai mandi, aku menyarung baju t-shirt pendek dan seluar tidur. Aku mengelap rambut yang basah. Setelah itu, aku sangkut tuala di penyangkut baju dan berbaring di sebelah Sha. Dia tak sedar langsung. Haha... tidur mati budak ni.

Knock.

Satu bunyi ketukan kedengaran dari handphoneku. Aku mencapainya di atas meja sebelah katil.

"Gud night, sayang. Sweet dream. Love you."

Aku tersenyum. Lantas menaip sesuatu di skrin.

"Gud night, abang. Love you more."

Aku letak handphone di tepi dan terus memejam mata.

...........................................................

Aku melangkah masuk ke kawasan rumah yang berpagar itu. Beberapa pengawal yang sedang berdiri sambil memegang tombak langsung tak perasan aku masuk ke kawasan rumah itu melalui pintu belakang. Mana taknya, diorang tu berbual tak ingat dunia.

Aku menuju ke penjara itu. Aku melangkah perlahan dah penuh hati-hati. Seboleh- boleh aku menjaga langkahku agar tidak memijak apa-apa yang boleh mengeluarkan bunyi.

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now