CHAPTER 41~ PENJELASAN ABANG IAN

554 26 0
                                    

"Betulke abang dulu pernah bercinta dengan Fiona tu?"

"Hurmm...tu kan kesah lama, sayang. Buat apa nak cakap semula tentang tu."

"Saya cuma nak tahu je. Betul ke?"

"Sayang, semua tu dah lama lepas dah. Dah 9 tahun dah."

"Saya cuma tanya je kan. Betul ke tak?" Aku masih berkeras hendak tahu.

"Haihhh..." Abang Ian menggaru kepalanya. Rambut yang serabai disisir ke belakang.

"Kalau nak kata bercinta tu, lebih kepada cinta monyet. Masa tu abang masih sekolah menengah lagi."

"Baru sekolah menengah pun dah tahu bercinta," sindir aku perlahan sebelum membuang pandangan jauh dari dalam kereta. Tak tahu kenapa, hati aku bengkek sejak nampak Fiona peluk Abang Ian masa sampai rumah bonda tadi. Menyampah tahu tak. Selamat Abang Ian tolak tangan dia. Kalau dia diam, aku sekel-sekel kepala dia masa tu jugak!

"Ala... masa tu kan masih kecik sayang. Lagipun dah lama dah benda tu. Abang pun dah tak de apape dengan dia."

"Kenapa sekarang abang dah tak okey dengan dia? Bergaduh ke sebelum clash?"

"Bukan macam tulah, sayang...."

"Habis tu?"

Abang Ian membelok ke tepi jalan. Dia menarik brek tangan dan memandang ke arah aku yang tengah masam mencuka

"Haihhh... sayang ni kenapa? Tiba-tiba angin je? Sayang marah abang pasal apa sebenarnya?" Dia mula memujuk aku.

"Mana ada saya marah-marah," sangkalku sambil memeluk tubuh.

"Tengok muncung sedepa ni. Ni kalau abang ambil hanger, boleh buat sangkut baju," guraunya sambil ketawa. Hesyy, sempat dia buat lawak hambar. Aku tengah moody ni, boleh pulak dia buat lawak.

"Tak lawak ok."

"Ok, ok. Iyela, iyela," dia masih tersenyum senget. Tak terjejas langsung dengan angin monsun barat daya aku ni.

"Abang.... suka rahsia dengan saya kan? Semua benda abang nak rahsia. Pasal keluarga abang, pasal kerjaya sebenar abang, pasal masa silam abang. Kenapa? Saya tak penting ke?" Aku mula buat drama syahdu. Bukan drama, tapi memang rasa terasing sikit. Aku tak tahu apa-apa pasal dia. Pasal keluarga dia. Aku tak tahu pun dia anak orang kaya. Aku tak tahu langsung apape tentang dia dulu.

Aku....sangat-sangat baru mengenali dia.

"Abang minta maaf ya, sayang. Abang bukan nak berahsia dengan sayang. Cuma..." Abang Ian menunduk seketika.

"Cuma apa?"

"Tak de apa pun yang penting kan semua tu? Yang penting kan sekarang ni, abang sayang sayang. Sayang sayang abang. Betul tak?"

"Sekurangnya, bagitahulah keluarga abang tu macam mana. Saya orang biasa, bang. Lepas tu dengan hal Fiona tu. Tiba-tiba je peluk abang. Menyampah betul!"

Upss, terlepas cakap pulak. Sah kena bahan kejap lagi.

"Ooo... jadi sekarang ni, sayang jeleslah sebenarnya. Hahaha..." Abang Ian ketawa besar. Apa yang lawak sangat?

"Tuduh kita jeles pulak. Ingat lawak?"

"Sayang ni, comellah marah-marah macam ni. Muka merah macam tomato!" Dia sambung ketawa lagi. Aku tak fahamlah apa yang lawak sangat.

"Abang ni...ketawa pulak. Kita tanya betul-betul dengan dia. Dia boleh bantai gelak pulak."

"Tengok tu...sayang abang ni bukan setakat pandai cemburu, tapi pandai membebel pulak tu. Tak pelah, nanti lepas kita kahwin, abang sediakan kapas banyak-banyak. Bila sayang bebel je, abang sumbat kapas..."

"Kat mana? Kat mulut saya?" Aku mencelah.

"Taklah. Kat telinga abanglah," dia tersenyum lagi. Mula-mula aku menjeling geram. Tapi lama-lama cair tengok lesung pipit dia tu. Comel sangat! Aku pun ikut tersenyum nipis.

"Ha, kan comel macam ni. Ni tak, muka macam cemberut je."

"Abang ni... suka taw sakat saya," automatik tas tangan kecil di tanganku aku ketuk ke lengannya. Dia mengaduh sakit.

"Eh, pukul abang pulak. Tak baik taw pukul bakal suami."

"Tak pelah, belum jadi suami betul," jawabku tak nak kalah. Dia ketawa sambil menyambung perjalanan.

"Ha, abang tak jawab lagi soalan saya."

"Tak habis lagi?"

"Macam mana kisah abang dulu dengan dia?"

"Abang kan sepupu dengan dia. Kitorang kawan sejak kecillah. Lagipun, umur kitorang pun sama. Main sama-sama. Pergi sekolah sama-sama. Sampai satu ketika, abang keliru sama ada perasaan ni, perasaan sayang sebagai sepupu atau kekasih. Lagipun masa tu abang masih sekolah menengah. Bila satu ketika, Fiona ada orang lain... abang baru faham yang memang perasaan ni, cuma sebagai sepupu je. Lepas tu dia pindah luar negara, kitorang dah tak de apape dah lepas tu," terangnya panjang lebar. Aku cuma mengangguk sahaja mendengar ceritanya.

"Tak de apapun yang menarik. Sebab tu abang tak pernah cerita kat sayang. Tak tahu pulak yang dia dah balik Malaysia," sambungnya lagi.

"Habis tu, kenapa abang macam pernah gaduh je dengan dia?"

"Dia bercouple dengan orang lain masa dia masih dengan abang dulu. Jadi, masih adalah rasa sakit hati tu. Cuma tu je," terangnya lagi. Aku mengangguk lagi.

"Oh..."

"Ha, marah lagi tak ni?"

"Mana ada marah. Sorry, abang..."ucapku. Rasa serba salah pulak bila buat perangai kejap tadi. Hurmm...lagipun, tak boleh nak merajuk lama-lama dengan dia ni. Senyuman dia tu, dari dulu sampai sekarang mencairkan aku.

"Takpe, abang pun salah. Rahsiakan sayang macam-macam," ucapnya pula. Aku tersenyum.

"Minggu depan, kita nak bertunang dah. Nanti ada masa, kita cari barang sama-sama ye?"

"Ok," jawabku pendek.

...................................

Aku menghempas tubuh ke katil. Hurmm...penat betul dalam perjalanan tadi. Berjam- jam! Boleh pulak jammed waktu tu. Aku balik lepas asar. Sampai dah pukul 2 pagi. Gila lama perjalanan tadi! Haihhh....penat betul.

Selepas sahaja mandi dan bersiap-siap untuk tidur, aku membuka tas tangan yang aku letak di sebelah atas keja kecil di sebelah katil. Aku mencari rantai milik Dang Sakti itu di celah-celah poket di dalam tas tanganku.

Ha, jumpa pun!

Apa patut aku buat dengan rantai ni? Simpan atau buang? Aku takut nak simpan, dan kalau buang, kenapa nak buang pulak? Bukannya rantai ni ada bahaya pun.

Cuma, kehadiran rantai ni....buat aku rasa seram sejuk!

Iyela, tiba-tiba je ada kat tangan! Gila tak seram.

Tiba-tiba, aku terhidu satu haruman bunga yang kuat. Bau ni, ni haruman bunga melati yang ada kat depan rumah Dang Sakti tu kan?

Jangan cakap dia datang sebab nak mintak balik rantai ni.

Tolong kita makkkk!!!!

Aku memandang ke arah jam. Pukul 2.30 pagi. Perut aku tiba-tiba mengecut hebat.



11.36 p.m
Sabtu, 3/12/2016

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now