(Aisy Humaira ketika berumur 5 tahun)"Along, cepatlah ambil daun tu," kata aku pada along yang sedang menumbuk daun sireh.
"Aisylah pergi sana. Along tengah sibuk ni," mulut comel along berceloteh. Aku terus pergi mengambil daun pokok rambutan itu.
"Adik main apa ni?"
Tiba-tiba datang seorang perempuan berselendang datang menyapa aku. Aku mendongak melihat dia yang sedang tersengih itu.
"Kita dengan along main pondok-pondok. Kakak tolong ambilkan daun rambutan ni, boleh tak? Tak sampai," kataku padanya. Dia memetik daun itu satu-persatu dan memberikannya padaku.
"Terima kasih, kakak," ucapku sambil menyambut dedaun itu.
"Sama-sama. Kakak nak main sekali boleh tak?"
"Boleh. Kakak kena goreng ayam. Kita tak goreng ayam lagi," kataku dan menghulur kembali dedaunan itu. Aku menarik tangannya untuk duduk di pondok tempat permainan kami. Selepas itu, aku menghulur tempurung kelapa kepadanya.
"Ni, kak. Masak kat sini taw," kataku. "Ha, ni minyak. Guna minyak ni taw." Aku menghulur air putih yang aku ambil di paip tadi.
"Kakak ni siapa?" Tanya along pula.
"Nama kakak Dang. Kakak duduk kat hujung kampung sana," jawabnya sambil tersenyum.
"Kakak baru pindah eh? Tak oernah nampak pun," Tanya along lagi.
"Haah, dik. Kakak baru je pindah sebulan lepas."
"Kakak, ayam dah masak dah. Boleh angkat dah tu," aku mencelah.
"Along. Cepatlah masak sayur tu," kata aku lagi.
"Dah siap pun. Kakak, jom makan," jawab along.
Aku mengambil tiga tempurung kelapa dari rak. Kami berangan-angan sedang makan bersama. Pura-pura je ni, nak sakit perut makan daun?
"Adik suka main masak-masak eh?" Tanya kakak itu.
"Haah, suka. Tadi kita masak ikan goreng. Lepastu masak nasi goreng. Sedap, kak," kata aku. Kakak itu ketawa mendengar jawapanku.
"Lepas ni kakak nak main lagi dengan korang boleh tak?"
"Boleh. Esok, kakak datang waktu macam ni taw. Nanti kita main lagi," kata along. Aku mengangguk bersetuju.
"Ok, esok kakak datang lagi eh. Seronoknya main dengan korang."
"Kitorang pun seronok, kak," ucapku.
.............................................................
Assalamualaikum, hai korang. Sorry, chapter yang ni saya tulis sikit je. Sebab saya nak cerita sikit-sikit tentang Dang tu.
Saya memang terfikir nak buat cerita mengarut-ngarut sikit. Hehehe. Sorryla kalau korang rase "bende ape dia cite wei". Harap korang layan ajela cite ni, ok? Ke belum cukup mengarut lagi? Hehehe, nanti saya tambah kemengarutannya lagi.
Ok korang, nantikan next chapter ok.
Bye!
¤bow¤
4.45 p.m.
Selasa, 11/10/2016
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...