Aku menatap rantai emas milik Dang Sakti yang tiba-tiba sahaja ada padaku. Rantai itu aku angkat tinggi, sehingga cahayanya berkilau apabila dipanah oleh cahaya matahari pada loket delima merah itu.
Hurm...cantik, memang cantik!
Aku meneliti ukirannya pada loket itu. Batu delima diikat cantik. Ada hiasan bunga melur daripada emas pada atas batu delima itu. Ia memang nampak unik. Emas pula masih lagi terang bercahaya. Mungkin emas 999, iaitu 99.9% emas asli.
Cuma sekarang ni, yang peliknya, macam mana rantai ni boleh ada kat tangan aku? Semalam kan cuma mimpi. Bukan betul pun.
Tapi kalau Iskandar tu pun boleh keluar dari mimpi aku sebagai Abang Ian, takkanlah rantai emas ni tak boleh.
Heh, apa aku mengarut ni! Dah gila ke apa?
Aku mengetuk-ngetuk kepala ke tiang tempat aku bersandar yang aku rasa dah senget sikit ni. Hah, biar center sikit.
Adoii, sakitlah pulak. Keras betul tiang ni. Aku usap kepala yang sakit.
Hurmm, tiang memanglah keras. Lainlah kalau aku hentuk kat tilam, baru namanya lembut. Betullah dah senget otak aku ni.
"Apa yang dibebel lagi tadi tu, sayang," tiba-tiba Abang Ian menegur dari belakang. Ehh, aku tengah membebel ke lagi tadi? Ingatkan aku cakap dalam hati.
Ya Allah, selamatkan aku dari penyakit gila. Amin.
"Ahh, tak de apape," jawabku. Aku segera menyimpan rantai emas ke dalam poket seluar.
"Awal bangun harini?"
"Hahaha. Dah pukul 7 lebih dah kot. Takkan tak bangun lagi," jawabku. Abang Ian tergelak. Dia berjalan ke tepi kolam renang yang terdapat banyak bunga itu. Aku cuma melihat dari tempat dudukku sambil menggoyang kaki.
Hurmm, taman di tepi rumah ini memang cantik. Dari sini, aku boleh melihat pemandangan yang menghadap bandar di bahagian barat. Manakala di bahagian timur pula, terdapat banyak pokok-pokok hutan. Konsep outdoor yang mereka terapkan untuk rumah ini benar-benar cantik. Memang betul kata Abang Ian, suasana yang banyak oksigen dan udara segar ni benar-benar buat tubuh rasa sihat dan tenang.
Dia pergi ke tepi pokok bunga mawar dan memetik sekuntum bunga. Dia berjalan ke arahku sambil tersenyum-senyum.
"Nah, bunga untuk sayang," ucapnya lalu memberikan sekuntum bunga mawar merah untukku. Aku lantas menyambutnya.
"Eh, kejap-kejap."
"Kenapa?"
"Biar abang yang letak bunga ni kat atas kepala sayang," ucapnya.
"Nak letak kat mana?" Soalku kembali. Iyelah, akukan pakai tudung. Kalau tak, bolehlah selit kat tepi telinga ke, kat sanggul ke. Matanya melihat-lihat ke atas kepala aku.
"Hurmmm...letak kat tepi pin ni lah," ucapnya sambil menyelit bunga mawar di pin yang aku letak di tepi selendang. Hahaha, aku ketawa.
"Haa, nampaklah seri sikit macam ni," ayatnya sambil tersengih lebar. Aku mencebik nyampah. Kenapa? Selama ni aku tak berseri ke?
"Terima kasih."
"Sayang fikir apa lagi tadi?"
"Ha? Tak de apa-apa."
"Sayang risau tentang ayah?"
"Hurmmm...." aku tak mampu membalas kata-kata Abang Ian. Memang risaulah bang oi. Aku tak tahu nak buat macam mana. Dan sekarang, aku masih stay kat rumah ni. Aku tak tahu nak buat macam mana kalau aku terserempak dengan ayahnya.
"Tak pelah, sayang. Kejap lagi kita balik ye. Lepas breakfast. Boleh?"
"Maknanya akan jumpa ayah abang lagi ke? Saya bukan tak nak jumpa. Tapi ayah abang tak suka saya," jawabku sambil menunduk.
"Kalau macam tu, abang suruh Mak Kalsum hantar makanan ke bilik, ok?"
"Tak naklah. Nanti keluarga abang kata saya mengada-ngada."
"Hahaha..pulak," Abang Ian ketawa melihatku.
"Kat sini rupanya Abang Ian dengan Kak Aisy. Ingat kat mana," tegur Sha yang berdiri di pintu kayu. Dia berlari kepada kami yang sedang duduk digazebo putih.
"Eh, awalnya adik abang bangun. Tak pernah-pernah macam ni," tegur Abang Ian sambil menggosok-gosok kepala adiknya. Aku tersengih melihat adiknya menampar tangan abangnya.
"Hish, abang ni. Rosaklah rambut Sha," marah Sha.
"Ala..ala... meh sini abang betulkan," Abang Ian merapikan kembali rambut adiknya.
"Tak naklah! Dahlah, pergi duduk sebelah Kak Aisy diam-diam," kata Sha sambil menepis tangan Abang Ian. Kami tergelak melihatnya.
"Kak Aisy..."
"Ye, Sha?"
"Kak Aisy nangis teruk ye malam tadi? Mata akak lebam sangat ni," ucapnya simpati. Aku menonyoh-nonyoh mata. Ehh, nampak sangat ke?
"Tak delah. Ni ha, malam tadi akak mimpi bergaduh dengan orang. Lepastu orang tu tumbuk mata akak. Tak sangka pulak betul-betul terjadi," aku mula bukak temberang. Sha membeliakkan mata mendengar temberangku.
"Eh, iyeke sayang? Boleh jadi macam tu ke?"
"Hahaha...gurau ajelah. Pleaselaaa...mohon jangan percaya," ucapku sambil ketawa. Sha ikut ketawa. Abang Ian pula buat muka masam mencuka.
"Akak ni. Time-time gini pun nak bergurau lagi."
"Hehehe..."
"Akak... akak jangan terasa dengan ayah ye," ucap Sha sambil menggenggam tanganku. Dia duduk di kananku.
"Tak delah. Akak ok je," dalihku sambil tersenyum kelat. Abang Ian duduk di sebelah kiriku sambil tersenyum.
"Sha nampak, akak nangis malam semalam. Tapi kalau Sha pun, Sha terasa jugak kalau orang cakap macam tu kat Sha."
"Tak pelah, Sha. Akak sedar diri akak. Akak cuma orang biase je. Tak pe, akak faham."
"Sayang, apa cakap macam ni."
"Haahlah, kak. Janganlah cakap macam ni."
"Tapi akak berterima kasih sangat dengan Sha dan Auntie Rozaina. Sha dengan auntie baik sangat dengan akak. Terima kasih ye, Sha," kataku sambil menggenggam erat tangan Sha.
"Hahaha. Kitorang dah anggap akak macam keluarga kitorang sendiri. Sha pun seronok ada akak, sebab Sha kan tak de kakak. Iyelah, ada abang pun, dua-dua kaki buli. Menyampah Sha. Nasib baik ada kakak," ucapnya sambil memeluk sisi aku. Aku ketawa mendengarnya."Amboi, dah sayang Kak Aisy nampak," tegur Abang Ian di sebelahku. Dia mula tayang muka jeles.
"Mestilah!"
"Ehh..tak aci ni. Abang pun nak peluk jugaklah." Abang Ian mula hendak memeluk kami.
"Ehh, ehh. Tak boleh, tak boleh!" Ucapku. Eh, pervert pulak dia.
"Haah, abang pergi jauh sikit. Sibuk je nak peluk sekali."
"Hahaha. Abang gurau ajelah. Dahlah, nak masuk. Peluklah korang sampai esok," ucapnya setelah menggosok-gosok kepala adiknya. Dia masuk ke dalam rumah dan tinggalkan kami berdua di taman. Dah bunyi macam pantun dua kerat pulak.
"Akak kenapa muka risau aje ni?" Tegur Sha. Aku tersenyum.
"Hurm? Tak delah. Biase je."
"Jangan risau. Ayah keluar awal pagi tadi. Ada hal penting."
"Ohh..iyeke?"
"Dan malam ni mungkin tak balik. Akak tidur sini lagi ye?"
"Huhuhu. Tengoklah cemane nanti ye."
"Iyela, kak. Jom kak, masuk dalam."
Kami masuk ke dalam rumah bersama.
7.10 a.m.
Isnin, 14/11/2016
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...