Dedicated to amee0305
Aku masih terkejut dengan apa yang terjadi pagi tadi. Semenjak pagi, mak nampak diam dan kurang bercakap. Aku tak tahu kenapa mak jadi macam tu. Aku betul-betul tak faham.Aku pulak, dua kali diam dari mak. Terasa janggal pulak. Haishhh, benci aku dengan perasaan ni.
"Aisy, mak mintak maaf ya," cakap mak sewaktu mak sedang membasuh pinggan selepas lunch. Aku pulak waktu tu tengah mengemas pinggan mangkuk dari meja makan.
"Kenapa mak?"
"Mak bukan nak berahsia dengan Aisy. Tapi mak buat macam ni ada sebab. Mak nak jaga Aisy. Mak cuma sayang Aisy je, sayang," kata mak lembut dan perlahan. Aku rasa serba-salah pulak bila tengok mak macam tu.
"Kita yang patut mintak maaf dengan mak, bukan mak. Kita selalu buat mak risau tentang kita. Maafkan kita, mak," ucapku lalu memeluk mak dari sisi. Satu ciuman dari aku melekat di pipi mak.
Aku memang tak boleh tanya mak apa-apa. Aku tak nak buat mak pening kepala. Habis tu, siapa yang patut aku tanya?
Tiba-tiba satu panggilan kedengaran dari handphone aku. Aku terus menjenguk ke telefon. Heh, satu senyuman lebar aku layangkan.
"Assalamualaikum, dude."
"Waalaikumussalam. Weh...tengah apa tu? Mesti tengah duk posing depan cermin, pilih baju nak pergi dating kan?" Katanya. Ya Allah! Aku menepuk dahi. Gilalah! Aku lupa yang malam ni aku ada makan malam dengan Ian. Apekah aku ni!!
"Ya Allah, Farah. Aku lupa aku ada dinner dengan dia wei," kataku. Hurmm...aku pun dah terikut perkataan wei..wei.. dia tu.
"Wei, seriuslah wei. Kau biar betul? First date kot," jeritnya. Adoi, sakit telinga aku.
"Kot ye pun, tak yah jerit boleh tak Mak Jemah oi?"
"Dah kau tu teruk sangat. Cuai sangat. First date kot, tu pun boleh lupa," bidasnya. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Urmmm..cliche sangat ayat ni. Aku menggaru kepala yang bersih dari kelemumur. Aku rasa ingatan aku makin teruk lepas accident haritula. Adakah ini tanda-tanda aku akan mendapat penyakit Alzheimer? OMG!!
"Farah...masak aku. Aku tak cari baju lagi. Aku tak tahu nak pakai baju apa," jeritku cemas. Dia ketawa mengekek-ngekek. Aku menjenguk jam dinding yang sedang berputar cepat. Lagi 5 min nak pukul 6.30 petang. Seriuslah??!!!
Aku cepat-cepat menuju ke almari. Aduhhh, nak pakai baju apa ni oi? Aku tak de baju cantik-cantik pun.
"Farah...tolonglah aku."
"Kau nak aku tolong kau apa, wei?"
"Aku nak pakai baju apa? Aku tak tahu. Aku tak de bajulah," jelasku.
"Dia nak ajak kau pergi makan mana?"
"Mana aku tahu. Dia cuma pesan jangan pakai cardigan dengan tudung sarung. Tu je," jelasku. Dia ketawa lagi.
"Bukan tu ke uniform kau sehari-hari. Hahahah...pakai ajelah. Lantak dialah nak kata apa," tawanya masih tersisa.
"Alaa...janganlah camtu. First date aku ni kot," kataku. Tanganku masih menyelak baju-baju yang bergantungan di hadapan mata. Sesekali aku melirik ke jam.
"Pakai ajelah baju pink kau tu. Tu paling cantik."
"Tak nak. Tu kan aku dah pakai masa dia konon-konon propose aku haritu."
"Wei, kau pakai ajelah baju kurung pergi kuliah kau tu. Hahaha," si Mak Jemah ni ketawakan aku lagi. Hurmm...idea dia ni semua tak boleh haraplah.
"Farah, seriuslah wei. Takkanlah aku nak pakai baju kurung. Dia bukan nak ajak aku pergi majlis doa selamat. Ni nak pergi dinner. Aku ni dahlah tak ada baju. Aduhhh, takkanlah nak pakai kemeja pulak. Aduhhhh." Aku mula pening kepala. Aku merenung beberapa pasang baju kurung yang tergantung di almari. Ya, aku tak suka beli baju banyak-banyak. Bagi aku, pakai ajelah baju yang ada sampai baju tu tak ingin aku pakai dia lagi. Jadi aku memang tak banyak baju.
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...