Kereta Mercedes-Benz SLR McLaren berwarna putih kepunyaan Gazni Daiyyan Daryoz meluncur laju dalam hujan renyai-renyai, sesekali kilat bagaikan aliran elektrik membelah ruang langit bandar Zurich, Switzerland.
Elzara Sofia resah menunggu Gazni, suami yang amat dicintainya. Mundar mandir berjalan di ruang tamu rumah agam yang mewah tersergam indah terletak di Seestrasse 180 8700 Küsnacht Switzerland dengan tingkap besar, kolam renang dan balkoni yang besar dengan pemandangan indah menghadap Tasik Zurich. Tuan Khazin memilih untuk menetap di kawasan eksklusif itu kerana terpaut dengan keindahan tasik yang nyaman dan tenang.
Selain itu memudahkan Tuan Khazin untuk berulang alik dari rumah ke pejabatnya kerana terletak kira-kira 20 minit dari Zurich. Ramai jutawan-jutawan lain turut memilih menetap di kawasan eksklusif itu.
Elzara dan Gazni tinggal bersama Tuan Khazin dan Puan Suria Dellina, anak-anak Tuan Khazin yang lain mempunyai rumah agam mereka sendiri , ada yang menetap di sekitar kawasan berdekatan rumah Tuan Khazin, dan ada yang menetap di kota-kota Swiss yang lain seperti di Geneva, Bern, St. Moritz, Lausanne, Basel, Zermatt,dan Lucerne. Masing-masing mengusahakan muzium, resort ski dan hotel.
Kedengaran bunyi deruman kereta Gazni memasuki rumah agam tepi tasik itu... jam menunjukkan pukul 14.24 petang. Elzara segera berlari ke arah Gazni...
Tidak sempat untuk Gazni membuka pintu kereta, Elzara telah membukanya terlebih dahulu.
"Abang.. cepat lah, tadi mama dah call, Emily dah bersalin...sayang tak sabar ni nak tengok anak saudara ni... please....," Rayu Elzara.
" Ya..ya..nanti kita pergi, dah masuk waktu asar ni, biar abang solat dulu... sayang dah solat? tanya Gazni.
Waktu solat di Zurich berubah mengikut pertukaran musim disebabkan perbezaan kadar siang dan malam. Tidak hairanlah, di Zurich waktu asarnya pada pukul 2.24 ptg. Perubahan ini disebabkan oleh faktor geografi, bentuk bumi, kecondongan paksi bumi dan peredaran bumi dalam orbitnya yang berbentuk elips.
"Ya, sayang dah solat sebelum call abg tadi," Elzara mengikut suaminya ke dalam rumah.
Elzara tidak sabar untuk melihat anak saudaranya yang kesembilan, kelihatan gelisah dia berada di dalam kereta.
"Yang...kenapa ni...setiap kali ada yang nak bersalin, sayang yang gelisah... takut yer," Sedih Gazni melihat isteri kesayangannya.
"Eh..abg ni, sayangkan suka tengok baby, comel sangat, wangi bau syurga..tahu,"Melirik senyuman Elzara kepada Gazni...
Namun tiba-tiba, bertakung airmata Gazni, sambil memandu, di lap airmatanya, sebak mengenangkan isterinya tidak dapat lagi mengandung. Rahim Elzara terpaksa di buang kerana ada komplikasi. Gazni sangat bersyukur, kerana mempunyai anak kembar lelaki dan perempuan walaupun mereka telah pergi bertemu Illahi ketika kelahiran.
"Tunggu papa dan mama ya anak-anakku, walaupun papa dan mama tidak sempat melihat wajah kamu berdua, kami sangat menyayangi kamu berdua, semoga kita bertemu di sana," Bisik hati Gazni dengan sebak.
" Abang! abang selsema ke? Elzara melihat suaminya mengelap hingus.
"Tak lah, mungkin tadi abang cuci muka, tersedut air, itu yang berhingus sikit," Pandai Gazni menyembunyikan kesedihannya.
Elzara memandang ke arah perutnya dan mengusap-ngusap perutnya, ingatannya jelas merasa saat dia mengandungkan anak kembarnya, gembira hatinya tidak dapat digambarkan.
"Tahniah Elzara, awak hamil 3 bulan... " Tersenyum doktor Herna mengkhabarkan berita gembira kepada Elzara dan Gazni.
"Syukur alhamdulillah..," Tersenyum riang Elzara.
"Alhamdulillah...."Gembiranya Gazni lalu memegang tangan isterinya.
"Emmm...saya ada satu lagi berita, pasti kamu terkejut,"Tiba-tiba doktor Herna bersuara.
"Kenapa doktor, ada yang tak kena ke?," Risau Gazni.
"Tahniah lagi sekali!, sebab... isteri encik ni mengandung anak kembar dua..,"Terang doktor Herna.
................................................................
😘Terlupa pula sis nak tulis commet and vote, hihihi...terlalu asyik mengarang... hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...