SSR 45

1.9K 80 2
                                    

Tengku Mustakim merebahkan badannya ke sofa di dalam biliknya. Kedua tangannya di letakkan di bawah kepala. Wajah manja Zaskia terbayang di fikirannya.

"Kau dah nak ke Swiss esok, macam mana dengan aku, tentu aku sunyi tanpa gurau senda kau, tak sanggup hati aku nak berjauhan dari kau Zaskia, bukannya hari, bulan, tapi tahun, arghhh....aku mesti pujuk papa dan mama, aku nak belajar kat Swiss, aku mesti dekat dengan kau Zaskia, tapi sebelum tu, aku mesti luahkan isi hati aku kat kau dulu, hmm....tapi macam mana...aduh..," Tengku Mustakim mengeluh, di pejam matanya seketika.

Tiba-tiba dia bingkas bangun menuju ke almarinya, di ambil beg plastik dan di letakkan di atas meja sofa di dalam biliknya. Di keluarkan semua barang dari beg plastik tersebut.

"Hadiah dah beli, tapi dia nak ke, emas ni, Zaskia tu bukannya suka hadiah mahal-mahal macam ni, tapi aku nak perempuan milik aku pakai ni, aku tak kisah mahal janji untuk kekasih hati aku , hihihi, mesti kau terkejut nanti Zaskia, semoga kau terima cinta aku, aku sayang kau," Tengku Mustakim menggunting gambarnya dan gambar Zaskia, di letakkan ke dalam rantai loket berbentuk hati.

Di karang isi hatinya di atas sekeping kertas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di karang isi hatinya di atas sekeping kertas. Namun hasilnya banyak kertas yang di kepal bersepah di atas meja, ada yang tersilap tulis, ada yang tersilap ejaan, terasa gemuruh pula hati Tengku Mustakim.

"Akhirnya dapat juga aku mengarang isi hati aku yang panjang berjela-jela ni, huh!! macam karangan SPM pula, tapi ni khas hanya untuk kau Zaskia," Tengku Mustakim tersenyum, dia memasukkannya ke dalam sampul surat.

"Ok, glob salji teddy bear ni letak kiri dan kotak rantai loket ni letak kat kanan, sampul nota isi hati aku ni selit tepi, lepas ni balut pula, huh! nasib baik semua beli, pembalut, sellotape, arghh!!!," Tengku Mustakim sedaya upaya membalut hadiah untuk Zaskia walaupun sebelum ni tunjuk jari jer kat kedai, semua di balut pekerja kedai.

"Krekkk..," Daun pintu terkuak.

"Hai, anak mama nampak sibuk jer, dari balik tadi tak keluar-keluar bilik, buat aper tu, hmm... besar hadiah, untuk siapa tu?," Puan Seri Durra Ameena melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Ermm ni...hadiah ni...ermmm hadiah ni untuk kawan Takim mama, hihihi," Tengku Mustakim tersengih.

"Amboi rajin membalutnya sendiri, selalunya cik kat kedai yang membalut, hmm....ni mesti ada yang mama tak tahu ni, yerlah anak mama sekarang ni kan dah jadi teruna terlajak laris, banyaklah berahsia dengan mama yer," Puan Seri Durra Ameena membuka salah satu kertas yang di kepal.

"Eh! mama, jangan tengok, please..," Tak sempat Tengku Mustakim nak mengambilnya. Ia telah di buka.

"Sayangku Zaskia, hanya kau di hatiku, senyumanmu pengubat jiwaku, kau hadir dalm...," Puan Seri Durra Ameena membaca namun terhenti kerana kesalahan ejaan. Kelihatan senyuman terukir di bibir Puan Seri Durra Ameena.

"Mama....," Tengku Mustakim menelan air liurnya.

"Mama pun dah anggap Zaskia tu macam anak mama dari dulu lagi, mama sayang Zaskia, Takim kena cepat nanti takut di kebas orang pula," Puan Seri Ameena tersenyum memandang Tengku Mustakim.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now