Di suatu sudut ruang pameran, Elzara berdiri memandang sebuah gambar yang sangat menarik perhatiannya. Di renung dan tersenyum melihatnya. Gazni melakukan sport check kekemasan gambar-gambar yang akan di pamerkan esoknya.
Langkahnya terhenti apabila terlihat Elzara Sofia sedang berada di depannya memandang ke arah gambar sepasang kembar anak perempuan yang sungguh comel. Berdegup kencang jantung Gazni setiap kali terserempak dengan Elzara, lidahnya akan menjadi kelu, sekadar senyuman dan sedikit sapaan yang dapat diberikannya.
"Eh! itukan Elzara Sofia, oh! dia bersendirian, yes!...inilah masanya yang aku tunggu-tunggu, aku perlu berani, aku pasti dia dijadikan untukku....Ya Allah..kuatkan aku, lelaki perlu berani! yes!," Gazni mendekati Elzara, kini dia di sebelah Elzara.
"Assalamualaikum," Gazni memandang Elzara.
"Waalaikumussalam, eh! Encik Gazni," Terkejut Elzara.
"Kusyuk Elzara memandang gambar ni dari tadi, minat yer? Tanya Gazni.
"Yer Encik Gazni, saya minat sangat, comelkan, bila pandang gambar ni, saya rasa tenang dan..,"Elzara terhenti.
"Teringin?,"Gazni memotong kata-kata Elzara.
"Encik Gazni ni...,"Elzara ketawa lembut.
"Dari tadi?...hmm...dari tadi dia pandang aku ke? eee...malunya..." Bisik hati Elzara.
"Elzara teringinkan, saya akan doakan Elzara dapat macam dalam gambar tu," Gazni memandang ke arah Elzara.
"Thanks Encik Gazni," Elzara tersenyum.
"Tapi sebelum tu, boleh tak saya nak ambil gambar Elzara sekeping," Pinta Gazni.
"Gambar? tapi untuk apa yer Encik Gazni?," Elzara tercengang mendengar pertanyaan Gazni.
"Untuk tunjukkan kepada pelawat, yang bidadari syurga memang wujud," Gazni memandang gambar di depannya sambil mengukir senyuman.
"Eh! Encik Gazni ni, pandai yer bergurau...hmm, mana ada, bidadari tu lagi cantik lah!, no..no..no....tak boleh pamerkan gambar saya," Elzara tersenyum, ketawa hatinya.
"Betul tak boleh?," Gazni sengaja terlopong matanya ke arah Elzara.
"Iye..iye....tak boleh...no..no..no..hihi," Elzara Menunjukkan jari telunjuknya tanda tidak sambil ketawa kecil.
"Emm....kalau saya nak simpan bidadari ni dalam hati saya selamanya, boleh tak Elzara?," Gazni memandang tepat ke arah Elzara.
Elzara terkejut mendengar soalan yang selalu ditunggunya dari seorang lelaki. Dia tidak tahu siapa dan entah dimana di dunia ataupun di syurga. Dia yang selalu mendambakan cinta dan merinduinya.
Tertanya-tanya siapa dia? Hadirnya penuh tanya. Cinta yang akan memberi warna-warna baru dalam hidupnya. Menyinari hari-hari bersama. Seperti bunga mencintai keharumannya, seperti hujan mencintai titisan airnya, seperti bulan mencintai langit malamnya, seperti matahari menerangi alamnya.
Bahagia yang menyinari keindahan cinta memberikan semangat dalam setiap langkah hidup. Kini cinta datang tanpa di duga, mencuit hatinya, bergelora jiwanya. Elzara kelu tidak berkata-kata.
"Eh,! Encik Gazni ni bergurau ke?," Tertanya-tanya Elzara dan kata-kata Jannah Husna menerjah kotak fikirannya.
"Ini betul, bukan gurau-gurau Elzara, saya dah jatuh cinta pada Elzara sejak pertama kali kita jumpa di depan kafe dulu, tidur tak lena, mandi pun rasa tak basah, saya asyik teringatkan Elzara jer, kadang-kadang saya rasa seram sejuk, betul Elzara! saya rasa hati saya sayang sangat pada Elzara, ni first time saya rasa, saya rindukan Elzara" Gazni melembutkan nada suaranya dan memandang sayu ke arah Elzara.
Elzara ketawa kecil, bahagia rasanya mendengar luahan Gazni dan dikuatkan lagi dengan kata-kata Jannah Husna.
"Elzara...., kenapa Elzara ketawa, betul Elzara, percayalah?," Gazni bertanya dalam keadaan jantungnya berdegup laju.
"Saya malu la Encik Gazni..." Elzara malu lalu menutup mulutnya dan tersenyum sendiri, mukanya yang putih gebu tadi bertukar menjadi kemerahan.
"Elzara suka saya tak?," Gazni berdebar dan terasa gelisah di dadanya.
Elzara tersenyum malu, dia menganggukkan kepalanya tanda dia pun sukakan Encik Gazni.
"Alhamdulillah syukur, yes! yes!... terima kasih Elzara..terima kasih menerima cinta saya.... saya happy sangat hari ni....saya rasa bahagia sangat, bertuah saya hari ni..inilah saat yang saya tunggu..," Gazni tersenyum riang, di lihatnya ke wajah Elzara yang putih mulus gebu itu, tenang dan bahagia hati Gazni.
"Syukur..alhamdulillah, malunya..hihi.. macam tak percaya hari ni, cintaku telah di lamar teruna... Terima kasih Ya Allah kerana insan yang melamarku baik pekertinya," Bisik hati Elzara sambil memberi senyuman yang manja kepada Gazni.
...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...