"Ya Bibik Min, ada apa kamu datang ," Puan Seri Durra Ameena mengukir senyumannya.
"Maaf Tengku dan puan seri, terus terang saya katakan, saya tidak mahu bersubahat, saya takut berdosa, Tengku Mustakim tidak bersalah, dia budak baik dan merendah diri, dia suka membantu orang," Bibik Min tunduk.
"Sudah, saya tak suka kamu memuji anak yang tak guna tu, saya tak mahu dengar ," Muka Tengku Muqri serius dan terhenti dari minum kopi o nya.
"Yer Bibik Min, teruskan, saya nak dengar," Kata Tengku Tiara Merliana dengan serius.
"Sebenarnya...sa..saya mahu kasi Tengku dan puan seri video ini, saya rekod perbualan majikan saya dengan telefon bimbit saya," Bibik Min menghulurkan telefonnya kepada Tengku Muqri, namun Tengku Muqri tidak memperdulikannya.
"Serahkan kepada saya," Tengku Tiara Merliana senyum, diambilnya telefon bimbit Bibik Min dan menguatkan volume telefon. Butang play di tekan di screen telefon. Kelihatan Puan Seri Arni Bellita, Maya Khaleesha dan Geena Auliya berada di ruang tamu rumah.
"Maya, Nek Wan nak Maya pakai baju ni malam birthday party Mak Long Aisy minggu depan," Puan Seri Arni Bellita memberi dress cream kepada Maya.
"Wow!! cantiknya tapi pendek sangat lah Nek Wan, rasa malu pula, hiiii," Maya Khaleesha tersengih.
"Pendek tu menggoda, nanti cairlah Tengku Mustakim tu, hahaha," Puan Seri Arni Bellita ketawa.
"Sekejap mama ke dapur," Geena Auliya menuju ke dapur. Dia kembali membawa sebilah gunting kecil.
"Amboi mama, nak buat apa tu dengan gunting tu, seram Maya tengok," Maya memujurkan mukanya.
"Bak sini baju tu," Geena mengambil baju dari tangan Maya.
"Krekk!!!," Geena Auliya memotong sedikit kain di bahagian leher dress cream tersebut.
"Eh!! mama, rosak lah baju Maya," Maya terkejut, dahinya berkerut.
"Lagi senang nanti kamu nak koyakkannya, sikit jer mama gunting, kamu ni... tutup jer lah dengan rambut kamu malam tu," Geena Auliya memberi semula dress tersebut kepada Maya Khaleesha.
"Bijaknya mama, sayang mama," Maya memeluk Geena Auliya.
"Yer lah untuk kesenangan anak mama juga," Geena Auliya tersenyum.
"Mesti kamu akan di kahwinkan dengan Tengku Mustakim, hahaha! nanti dah kamu jadi menantu kerabat di raja, jangan lah lupa Nek Wan pula," Puan Seri Arni Bellita tersenyum sinis memandang Geena Auliya.
"Eh! Nek Wan ni, mesti lah Maya ingat, ni kan idea Nek Wan.... cakap jer apa Nek Wan nak, Maya petik jari jer suruh Tengku Mustakim beli kan..hihihihi," Maya Khaleesha ketawa kecil.
"Nanti dah kahwin, pandai-pandailah kamu Maya, supaya Tengku Mustakim tu tunduk dengan segala kemahuan kamu," Puan Seri Arni Bellita senyum memandang Maya Khaleesha.
"Jangan bimbang mama, Geena ada kawan yang kenal seorang bomoh ni, memang menjadi bomoh ni, tip top dia buat, senang Maya nanti," Geena Auliya senyum.
"Puan seri," Tiba-tiba Zhafran Haikal pemandu peribadi Puan Seri Arni Bellita tercegat di depannya.
"Yer Zhafran ada apa?," Puan Seri Arni Bellita membelek majalah.
"Sa..saya nak cakap sesuatu dengan puan seri," Zhafran tunduk.
"Oh! ok, cakap lah Zhafran, saya dengar," Puan Seri Arni Bellita memandang Zhafran.
"Tapi..," Zafran memandang Geena Auliya dan Maya Khaleesha.
"Tak mengapa, cakap jer," Puan Seri Arni Bellita menunggu kata-kata Zhafran.
"Tahun ni saya nak mengejakan haji puan seri, saya nak ke Mekah," Zhafran memandang Puan Seri Arni Bellita.
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romantizm#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...