"Anak-anak kita akan tunggu kita di sana sayang, dah sempurna bagi abang memiliki anak lelaki dan perempuan, abang bersyukur sangat...jangan bersedih lagi sayang...," Sebak Gazni memujuk isterinya.
"Abang dah berikrar dengan diri abang sejak anak-anak kita dijemputNya, abang akan tetap berada disisi sayang sehingga ke akhir hayat abang, cinta abang akan terus mengharumkan jiwa sayang, isteri abang hanya satu, hanya sayang... abang tetap cintakan sayang dari saat abang jatuh cinta dengan sayang selama-lamanya... jangan sesekali perkara ni diungkit lagi...," Menitis airmata Gazni mengenangkan saat Elzara bersalin, dia ditugaskan ke satu persidangan yang penting di Istanbul, Elzara terpaksa menanggungnya sendirian di Malaysia.
"Ya Allah... aku sangat sayangkannya, Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah memberiku seorang suami yang baik dan sanggup mengorbankan hatinya untukku, engkau tinggikanlah darjatnya di sisimu,"Bisik hati kecil Elzara.
"Abang....," Lembut suara Elzara sambil tangannya mengelap airmata Gazni.
"Hmm...lepas ni jangan disebut-sebut lagi hal tu yer sayang abang, janji dengan abang!," Gazni memeluk Elzara.
"Sayang janji abang, sayang takkan ungkit lagi cerita tu,"Elzara memberi senyuman kepada Gazni, mereka bertentangan mata.
"Cantik...isteri abang ni," Gazni senyum sambil menyelak rambut di dahi Elzara.
...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...