"Aduh, macam manalah aku boleh terlelap ni, eishh... nasib baik terjaga, huh!! dah pukul 1.35 pagi, ni kena laju ni, kalau tidak terlepas lah flight aku," Tengku Mustakim memijak pedal minyak, kereta BMW Audi A4 1.8 TSFI berwarna merah itu meluncur dengan laju.
Lagu Sedalam-dalam rindu nyanyian Tajul berkumandang di radio Sinar fm.
"Rindunya kat kau Zaskia, mesti kau pun rindu kan aku, tak sabarnya nak jumpa dengan kau, ..dah sebulan.... mesti kau dah buka hadiah aku, orang tua-tua kata kalau diam tandanya suka..hihihi.. hmm.. aku sayang sangat kat kau Zaskia.... rindunya.... 🎼Sungguh ku terasa pilu dan sayu....bila kau berjauhan dariku...🎵," Tengku Mustakim menyanyi mengikut alunan lagu di radio. Dia tersenyum.
Sedalam-dalam rindu-Tajul
🎼🎶💗
Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku
🎼🎶🎼
Biarpun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu
💗🎶🎼
Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
🎶🎵💗
Jangan kau pergi meninggalkan diriku
Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu
🎼🎶🎼
Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati
💗🎵🎼
Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku
💗🎼🎶
Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu
🎼💗🎶
Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati
🎶💗🎼🎵😍😍😘Sebuah MPV Toyota Avanza berwarna putih memecut di lorong kanan, ke kiri ke kanan, mpv tersebut tidak stabil. Tengku Mustakim melihat cermin sisi belakang. Kini mpv tersebut berada di sisi kanannya. Keadaan jalan yang basah amat berbahaya, Tengku Mustakim memperlahankan keretanya agar mpv tersebut tidak seiringan dengannya.
"Eishhh..bahaya tu, mabuk ke mengantuk?," Rungut Tengku Mustakim sambil melihat meternya mencecah 110km/h.
Keadaan yang berkabus menghadkan jarak penglihatan. Lebuhraya Elite yang basah juga membahayakan pemandu.
Tiba-tiba mpv yang laju itu membrek kejut, kerana di depannya terdapat lori barang yang agak panjang di lorong kanan yang sedang memotong sebuah kereta Proton Persona berwarna putih.
"Krekk!!!! krekkk!!!!, dumm!!! dumm!!!, bemmm!!!! krekkkkkkk!!!," Dengan sekelip mata, mpv tersebut terbabas, bergolek beberapa kali dan melambung tinggi di atas kereta Tengku Mustakim apabila cuba untuk memotong lori panjang itu namun ia tersentuh bucu lori tersebut.
Pemandu mpv tersebut terpelanting keluar dan mengenai tiang lampu di kiri jalan. Kepala mangsa berkecai. Kelihatan isi otaknya terburai dan bertamburan di jalan raya. Darah membuak-buak keluar, mangsa meninggal serta merta di tempat kejadian.
"Ya Allah...Allahu akhbar!!!!! arghhhhh!!!!...Allah!!!!...," Tengku Mustakim menjerit dan membrek keretanya yang akan merempuh lori panjang di depannya yang tidak stabil akibat membrek setelah di langgar dari belakang oleh mpv.
Keadaan laju, kereta Tengku Mustakim berputar-putar dan tergolek beberapa kali akibat pelanggaran dengan lori panjang tersebut. Akhirnya kereta Tengku Mustakim merempuh pagar pembahagi jalan ke arah yang bertentangan dan menghentam sebuah trak muatan berat Scania yang lalu. Kereta Tengku Mustakim berpusing beberapa kali dan terhenti di bawah trak tersebut.
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...