Jam menunjukkan pukul 1.00 petang, di ruang lobi muzium, Datin Tasha Aireen sedang menunggu anak kesayangannya iaitu Syed Rizman Tajdid selaku penolong pengarah di muzium negara untuk keluar lunch bersama. Kelihatan Puan Seri Arni Bellita bersama dua orang datin yang lain sedang menuju ke ruang lobi muzium.
"Hai..sorang jer Datin Tasha?, " Sapa Puan Seri Arni Bellita.
"Oh hai puan sri...hai Datin Sherry and Datin Mellissa...yer i sorang jer, tunggu Rizman, nak lunch sama-sama," Datin Tasha melihat riak muka dan reaksi mereka seperti acuh-tak acuh dengan sapaannya.
"Oh yer Datin Tasha, sorry i tak dapat datang ke majlis ....apa yer? oh i ingat..i ingat, kenduri kahwin Syed Rizman Tajdid dengan anak sapa yer?, Anak bos Restoran Minang, Seksyen 17 Petaling Jaya....ha!ha!ha!," Ketawa terbahak-bahak Puan Sri Arni Bellita bersama Datin Sherry dan Datin Mellissa menjadi perhatian pekerja-pekerja di kaunter reception.
"Puan Seri,...besan i tu orang berniaga, biasalah kalau dah jodoh, tak kemana juga, tak kira lah high profile or low profile, i tak memilih, i terima sesiapa pun jadi menantu i, yang penting anak-anak i bahagia, that all," Datin Tasha membidas kata-kata Puan Seri Arni Bellita.
Tiba-tiba sekumpulan pelawat yang telah melawat muzium sedang berjalan menuruni anak tangga dari tingkat satu untuk keluar ke pakir bas. Mereka berlalu sambil memerhati tingkah laku Puan Seri Arni Bellita dengan Datin Tasha Aireen. Ada yang kehairanan dan ada pula yang tersenyum-senyum.
"Oh my,my,my, you ingat i macam you, Datin Tasha? no!..no!..no!...i tak ada, and tak akan ada menantu anak tauke restoran or anything similiar, hah!...you tahukan!, menantu i yang sulung dari keluarga tan sri!, yang kedua pula anak datuk! and jodoh Gazni pun i dah aturkan dengan anak tan sri, and i will make sure, anak i yang dua orang lagi tu pun berjodoh dengan anak-anak tan sri dan anak datuk jer, kenalah berusaha untuk hidup senang, betul tak Datin Tasha?!," Puan Seri Arni Bellita tersenyum membanggakan dirinya sendiri.
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...