SSR 56

1.7K 70 1
                                    

"Jalan! herghh!!!! cepat sikit!," Mia Selena dan dua orang yang berbangsa German menolak Habib Hud dan Zaskia di dalam salji yang tebal menuju ke bukit yang terletak di bahagian belakang log cabin house. Kelihatan deretan pokok alpine yang tinggi.

"Aduh!," Zaskia terlanggar tunggul kayu yang terbenam dek salji yang turun. Angin sejuk terasa hingga ke tulang. Kelihatan muka Zaskia dan Habib Hud pucat lesi.

"Hey! bangun! bangun!, takut nak mati ke, hahaha," Mia Selena ketawa.

"Kau nak bawa kami berdua ke mana? Mia!," Tanya Habib Hud.

"Hemmm..... aku nak bawa dia ke lembah maut, kau ingat tak? kecil-kecil dulu kau nyaris nak terjatuh ke bawah tu, hahaha," Mia Selena ketawa, matanya tajam memandang Zaskia.

"Kau nak buat apa Mia?," Habib Hud menggigil kesejukan.

"Aku nak kau tengok, buah hati kesayangan kau ni, ambilkan aku sesuatu, hahaha.... tentu babak tu sedih kan...huhuhu, cepat! jalan! lembab macam siput," Mia Selena mencebik.

"Ambil sesuatu?," Detik hati Habib Hud.

Setelah setengah jam berjalan di dalam salji, mereka tiba di suatu tempat iaitu tebing tinggi, dan kelihatan sebatang pokok yang tidak berdaun, dan condong ke arah lembah maut, hanya salji membaluti. Di depan mata, luas terbentang gunung yang di selaputi salji tebal, jauh di bawah pula sungai yang membeku. Angin sejuk menerpa lembut wajah mereka.

"Hey! Zaskia, aku nak kau ambil kain yang berada dekat hujung ranting tu, atau aku suruh bodyguard aku campak Hud ke bawah, pilih lah?," Mia Selena memandang Habib Hud.

"Mia, sudah lah..," Habib Hud merayu.

"Kau tahu kan, selendang tu bermakna untuk aku, masa kita kat Malaysia, kau hadiah kan untuk aku, kau kata aku cantik bila pakai selendang tu," Mia Selena sebak.

"Kita beli yang lain yer, tolong lah Mia, lepaskan Zaskia, tolong lah," Pinta Habib Hud.

"Tak! aku nak tengok sedalam mana cinta perempuan ni kat kau, dulu masa selendang tu ditiup angin, tersangkut kat pokok ni, aku sanggup ambil sebab aku cintakan kau, so...now her turn!!, aku tak peduli," Mia Selena tetap berkeras.

"Mia, sekarang tak sesuai, musim sejuk, dahan tu rapuh, tolonglah Mia...," Rayu Habib Hud.

"No!!!! hey!! perempuan, kau nak ambil tak? atau Hud aku campak ke bawah!!," Keras suara Mia Selena.

"Jangan apa-apa kan Hud, tolonglah Mia, ok, aku ambil, aku ambil," Zaskia dengan perlahan menapak di atas dahan yang condong ke bawah.

"Krekk...krekkk..," Kedengaran bunyi dahan pokok tersebut, semakin Zaskia ke depan, semakin ia ke bawah.

"Ya Allah,selamatkan aku, tolonglah aku," Zaskia menghulurkan tangannya ke hujung dahan, namun selendang tersebut di ikat mati. Dia kelihatan tidak stabil.

"Zas, jangan, bahaya!," Habib Hud resah.

"Arghhh! Ya Allah," Tiba-tiba kaki Zaskia tergelincir dari dahan pokok, nasib menyebelahinya, dia dapat mencapai dahan tersebut dengan kedua belah tangannya, kini dia tergantung.

"Zaskia!!!," Habib Hud separuh menjerit, dia meronta-ronta untuk melepaskan diri, namun cengkaman kuat bodyguard Mia Selena mematahkan hasratnya, dia lemah.

Zaskia kecut memandang ke bawah, tingginya bagaikan berada di puncak Menara Petronas. Terasa menggigil kerana salji mulai turun semula.

"Krekkkk!!!," Dahan pokok tiba-tiba terpatah sedikit kerana rapuh, Zaskia memandang sayu ke arah Habib Hud. Namun masih bertahan.

"Zaskia!!!, Mia! tolong! tolong Zas Mia... aku merayu, tolong lah tarik Zas ke atas, aku ikut cakap kau, tolonglah... aku merayu," Habib Hud terduduk di dalam salji.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now