SSR 3

8.5K 243 11
                                    

"Alhamdulillah..syukur sangat.. Terima kasih Ya Allah...terima kasih doktor ".Terkejut Gazni, memegang erat tangan isterinya, dicium dahi isterinya, tersipu malu Elzara di depan doktor Herna.

Elzara berlinangan air mata gembira saat melihat Gazni begitu gembira...

"Ya ...sama-sama. Lepas ni Elzara jaga diri yer, jangan buat kerja-kerja berat dan selalu datang klinik untuk pemeriksaan ye...." Terang doktor Herna sambil menyerahkan buku rekod kesihatan ibu kepada Elzara.

Ingatan Elzara terhadap kenangan lama tersentak kerana Gazni memanggilnya.

"Sayang!..sayang!... sayang!... "Gazni mencuit bahu Elzara.

"Ye abang ... sorry, sayang nak terlelap kejap tadi" tersipu Elzara menjawab.

"oh ye ke...abang saja nak tanya, sayang nak makan apa-apa tak? kalau sayang nak makan, abang nak singgah beli" Tanya Gazni.

"Sayang dah makan tadi, tapi kalau abang belum makan, jom sayang temankan" Lembut suara Elzara menjawab.

"Abang dah makan tadi dengan client dari Arab, ok kita terus ke hospital lah ye.." Gazni terus memandu dalam hujan masih renyai-renyai.

"Mama...so sweet....baby ni...comel sangat-sangat.." Elzara dengan lembut mendekatkan pipinya ke pipi anak adiknya.

"Syukur alhamdulillah...semuanya selamat, Allah kurniakan lagi cucu untuk mama, rezeki dariNya...bertambah besar dan meriah keluarga mama" Sebak Puan Suria berkata sambil menyentuh lembut pipi cucunya.

"Mama....maafkan El sbb tak dapat berikan mama cucu" berlinang airmata Elzara.

"El, itukan dah qada dan qadar... ujian dariNya....tengok ni, Allah dah beri mama sembilan orang cucu, dan yang penting anak manja mama ni sentiasa di sisi mama" Puan Suria memeluk sisi Elzara.

Mengalir air mata Elzara memandang mamanya sambil mengelap air matanya sendiri.

"Kak El.... ini pun... baby kat El juga, cantikkan... macam kak El...namanya Ellina Rosell." tersenyum Emily memberitahu nama anaknya..

" Sedapnya....nama baby comel ni.....Ellina Rosell... hmmm....kalaulah anak kembar Kak El ada sekarang ni, dah besar dah....agaknya dah umur 20 tahun dah.." Elzara mencuit pipi Ellina.

" Ye lah kak El... , masa kak El kahwin dulu tu pun, ..mama tengah mengandungkan Emirkan... Si Eliya tu pun belum wujud lagi,..Emy baru 11 tahun..,ni dah 29 umur Emy, anak mama yang keenam...hihihi..Kak El pun dah tua, 38 kan" mencelah Emy.

"Ye. .ye... kak El dah tua, tapi maintain tahu!, Emy tu yang kena jaga, sebab lebar semacam jer kak El tengok" Ketawa kecil Elzara menyakat adiknya.

" Yes...yes....dah import ubat dari Malaysia..jamu...jamu..mok cun!...hihihi." Gurau Emy.

"Eh, mama..Elmiza dengan Emraz tak balik tengok si comel ni....diaorangkan yang excited sangat sebelum ni... " tanya Elzara sambil membetulkan selimut Ellina.

"Elmiza tu kan sedang alah 2 bulan.... mama pun risau juga, dah bagi tahu tadi, gembira sangat dia nak datang tengok Ellina, tapi Raphael ada urusan di Davos. Emraz esok sampai lah dia.... tadi tengah bawa kereta nak ambil Thyra, kan sekolah hari ni....Thania pula bawa ayahnya Mr Diaz ke Hospital Basel, ziarah kawannya sakit asma...." Puan Suria menerangkan pada anak-anaknya...

"Hmm....sejuk kat St Morizt tu, kesian Elmiza .. dah lah alahnya teruk, Eiyad dengan Nelly datang tak mama?"tanya Elzara sebab rindu sangat dengan anak buahnya Ziedan dan Zuyyin.

"Ohhh..adik kamu tu tengah dalam perjalanan datang sini..memang diaorang nak datang sini, Ziedan dengan Zuyyin tu nak lari dari sejuk....merayu-rayu dekat Eiyad nak datang Zurich....Salji di Matterhorn tu kan selama 12 bulan...diaorg dalam train, 2 jam lagi sampai lah tu..." ujar Puan Suria.

" Semalam Emy ada call abang Eijaz, bagi tahu dia Emy dah kat hospital, dia cakap malam ni baru bertolak sebab Kak Heidi tunggu kawannya datang Lucerne semalam, riuh dengar Erika dan Ilarya tak sabar nak tengok Ellina, agaknya kejap lagi sampai lah tu.."Senyum Emily.

"Ha! dah bagi tahu si kembarnya, Eiman"Tanya Puan Suria.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now