"Ramainya orang yang datang melawat pameran ni kan Elzara," Hanim Hezra rasa terpegun.
"Ya lah, ramai sungguh!, kira berjayalah pameran ni kan, hari pertama pun dah sesak macam ni," Terlihat perasaan terharu di mata Elzara Sofia.
"Bukan senang nak tengok gambar-gambar serata dunia, dengan adanya pameran macam ni lah boleh kembangkan lagi ilmu pengetahuan ," Hamizan Hazmin mencelah.
"Betul tu Mizan, cuba korang semua pandang ke arah budak-budak sekolah kat sana tu, semuanya excited dengan gambar-gambar kat sana tu,"Fatin Medina menunjukkan tangannya ke arah sekumpulan pelajar.
"Oh di situ mereka!," Jannah Husna melangkah menuju ke arah rakan-rakan Elzara.
"Hah! curi tulang yer kamu semua! ni ada surat dari ofis untuk peserta exhibition, yang lain saya dah beri," Jannah Husna menghulurkan surat mengikut nama masing-masing sambil tersenyum.
"Wow! hak ni yang di tunggu-tunggu nih!"Terkejut Zakwan Mirza.
"Wah! bestnya! bestnya!," Hanim Hezra mengangkat kedua tangannya tanda gembira.
"Alhamdulillah, boleh lah aku jumpa adik kesayangan aku, Eiman Waldan dan Eijaz Wijdan, rindunya...," Detik hati Elzara sambil tersenyum.
"Percutian 2 hari 1 malam jer, ala.. tak sempat nak buat apa-apa," Hamizan kemurungan.
"Eh! kamu ni Hamizan, tiket flight pun di sponsor, tak bersyukur lagi..hmm...," Jannah Husna menepuk bahu Hamizan Hazmin.
"Tak sabarlah nak ke Pulau Langkawi tu, pulau lagenda....hihihihi," Zakwan Mirza dengan matanya terbeliak dengan tangannya hendak menerkam ke arah Hamizan.
"Amboi! Wan! lagenda Mahsurilah, bukannya cerita hantu...hmm...itulah kalau ilmu tak cukup..hih hi..," Hanim Hezra mencebik mulutnya kepada Zakwan.
"Hih hi! suka dia," Zakwan Mirza memuncungkan mulutnya ke arah Hanim Hezra.
"Iyerlah....aku pun teringin nak ke Langkawi, nak tengok pusaranya, hmm minum air telaga mahsuri!, mesti awet muda...hahaha,"Ketawa Fatin Medina.
"Tak minum pun, dah comel, Fatin," Hamizan melebarkan senyumannya kepada Fatin Medina.
Fatin Medina membalas senyuman Hamizan Hazmin.
"Agaknya Gazni pergi ke tak?,"Tertanya-tanya hati Elzara.
*****************************
Elzara menunggu Hanim Hezra di depan pintu pejabat sementara Hanim kembali dari menghantar fail kepada Syed Rizman Tajdid di pejabat utama di tingkat lima.
"Assalamualaikum sayang," Gazni menghulurkan sejambak bunga mawar dan coklat kepada Elzara.
"Waalaikumussalam, eh! Gaz, terkejut El, wah! cantiknya rose ni," Elzara menyedut aroma bunga mawar dan tersenyum gembira.
Elzara melihat kad yang di selit ke dalam jambak bunga mawar. Dibukanya perlahan.
Sayangku Elzara!
Cintaku padamu seluas alam semesta,
Sentiasa mekar hingga hayatku,
Untukmu sayang,
Aku sangat mencintaimu.Cinta hatimu...Gazni.
Elzara tersenyum gembira, di pandangnya wajah Gazni.
"Thanks Gaz, El suka sangat kata-kata ni and chocolate," Di simpannya kad tersebut di dalam fail peribadinya.
"Sayang nak balik? jom Gaz hantarkan,"Pelawa Gazni kepada kekasih hatinya.
"Emm...El tunggu Hanim, x pa lah, lagipun nanti Hanim nak singgah jumpa sepupu dia, El dah janji temankan Hanim,"Terang Elzara.
"Oh ya! ok... emm sayang ikut lawatan ke Langkawi ke? Gazni sedikit terkilan kerana tak dapat menghantar Elzara pulang.
"El pergi, tak sabar nak pergi hujung minggu ni, Gaz join tak," Elzara excited nak dengar jawapan Gazni.
"Gaz ada kerja perlu di selesaikan kat sini, tak pa lah, sayangkan pergi dengan kawan-kawan, mesti best!," Gazni melihat reaksi Elzara.
"Ooo...Gaz tak pergilah,hmm..nanti El dah nak balik Swiss, tak dapat nak jumpa Gaz," Sedikit kemurungan jelas di riak wajah Elzara.
"Nanti Gaz ke Geneva, jumpa sayang," Gazni memandang sayu wajah putih gebu itu.
"Betul kerr? happynyer!" Riak wajah Elzara berubah ceria.
"Iyer betul, kerana sayang, Gaz sanggup ke sana, lagipun Gaz dah selalu ke sana atas urusan muzium,..k..sayang Gaz pulang dulu yer, i love you sayang, take care, baiii," Gazni memberi senyuman kepada Elzara sambil melihat jam di tangannya dan berlalu pergi.
"I love you too sayang," Bisik hati Elzara sambil mengukir senyuman.
"Baii...Gaz, hati-hati drive nanti," Elzara memandang Gazni sambil memberi senyuman yang manis.
"Aduh! dia panggil aku sayang-sayang, tapi aku nak bahasakan diri aku sayang pun aku malu..haishhh...," Elzara memeluk bunga mawar pemberian Gazni dan menghidu aromanya.
Tiba-tiba Hanim Hezra menepuk bahu Elzara Sofia dari belakang.
"Wow! rose, coklat? dari mana kau dapat rose ni Elzara, oh! my! terkejut aku.... hah! ni mesti secret admirer lah nih!.. betul tak? huishh bestnya," Hanim Hezra mengambil sejambak bunga mawar tersebut dari tangan Elzara Sofia.
"Adalah....rahsia..rahsia..hihi," Sengaja Elzara berselindung.
"Siapa El, bagi tahulah kat aku," Muka Hanim Hezra merundung muram.
"Iyer nanti-nanti,..jom-jom kita gerak dulu yer Cik Hanim Hezra, nanti teksi sukar nak dapat waktu-waktu macam ni," Elzara menarik tangan Hanim untuk pulang.
...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...