SSR 63

2.1K 66 5
                                    

"One..one..one two..three, one..one..one two three," Jam loceng Maya Khaleesha berbunyi di tepi katilnya. Tiba-tiba dia terjaga, di tutupnya jam tersebut. Pucat lesi wajahnya kelihatan takut, terasa peluh meleleh di lehernya walaupun kedinginan cuaca yang sejuk. Terasa jantungnya berdegup kencang. Di pandangnya segenap ruang biliknya.

"Ya Allah, takutnya....sungguh aku takut, huh!! nasib baik mimpi, kecut perut aku, tak pernah aku mimpi Kak Zaskia, sakit betul tumbukan dia," Maya Khaleesha memegang wajahnya.

"Hah!," Tiba-tiba Maya Khaleesha teringat dia dirogol beramai-ramai, di tarik seluarnya. Di periksanya betul-betul.

"Huh!! lega....takut betullah mimpi ni, macam real aku rasa, seram bulu roma aku, huh!!!," Maya Khaleesha termenung di atas katil.

"Auchhh....auww... sakit..., huh! betullah tadi aku mimpi, sekarang ni aku bukan dalam mimpi lagi.. hmm... takutnya mimpi tu," Maya Khaleesha mencubit lengan dan pipinya. Jantungnya masih berdegup kencang. Terasa menggigil tubuhnya bila mimpi ngeri tersebut terlintas di fikirannya.

Badannya terasa lemah kerana pendaftaran di Universiti Zurich pagi tadi begitu meletihkannya. Maya Khaleesha bangun dan menuju ke arah bilik mandi.

Maya Khaleesha turun ke ruang tamu, kelihatan mama dan nek wannya dengan Aisy Wardah rancak bersembang di bahagian dapur. Dia membuka pintu, di tutupnya semula, dia berada di luar rumah mengambil angin luar, salji bertimbun, kelihatan beberapa penghuni menyodok salji di ruang pakir kereta mereka. Matahari terang namun salji yang bertimbun tidak sedikit pun cair. Udara yang sejuk di sedutnya terasa segar, Maya Khaleesha berjalan-jalan di pejalan kaki, dilihatnya beberapa orang kanak-kanak bermain-main dengan salji, Maya Khaleesha tersenyum.

"Ooo....no..no...miss...miss..arghh!!," Seseorang menjerit dari belakang Maya Khaleesha.

"Bushhh...bumm!!," Seorang lelaki yang berbasikal melanggar tubuh kecil Maya Khaleesha. Lelaki tersebut terhumban ke atas tubuh Maya Khaleesha di atas salji yang lembut. Mata mereka bertentangan seketika. Jantung Maya Khaleesha berdegup kencang.

"Awak?!! mat saleh ni lagi, aduh!!! tepi lah... bangun..beratnya, awak ni...eee," Maya Khaleesha berleter menolak tubuh lelaki tersebut. Telinga Maya Khaleesha tersentuh dada lelaki itu, terdengar bunyi degupan jantung yang amat kencang.

"So...sory...sa..saya...tak dapat nak kawal basikal tadi, sorry yer cik," Lelaki itu meminta maaf. Terlopong mata Maya Khaleesha.

"La...boleh cakap Bahasa Melayu rupanya mat saleh ni, eee...malu pula aku, nasib baik tak terkeluar ayat-ayat jahat, huh!," Detik hati Maya Khaleesha.

"Eh! awak!! yang dekat airport hari tu kan, ermm.. awak cedera tak, ada terluka kat mana-mana tak?," Lelaki tersebut tersenyum.

"Tak, saya masuk dulu, sejuk," Wajah Maya Khaleesha kelihatan moody, dia berlalu pergi, lelaki itu memandangnya hingga dia masuk ke dalam rumah. Maya Khaleesha menyelak langsir, di lihatnya lelaki itu mengayuh semula basikalnya sambil melambai tangan ke arahnya, dia senyum memandang Maya Khaleesha, dengan pantas Maya Khaleesha menutup langsir tingkap biliknya di tingkat atas, dan tersenyum. Buat pertama kali jantungnya berdegup sedemikian, dengan Tengku Mustakim tidak pula dia berasa begitu.

Dia kembali menyelak langsir, lelaki tersebut kelihatan jauh di hujung jalan. Terbayang-bayang kejadian di Airport Zurich beberapa hari yang lepas.

"Ermm...mama... Maya nak ke toilet kejap yer, tak tahan dah ni," Maya Khaleesha nak membuang air kecil.

"Yer lah.. cepat yer sayang, kejap lagi kawan papa dah nak sampai," Kata Geena Auliya.

Maya Khaleesha bergegas ke tandas wanita melalui satu lorong kecil yang bercabang. Di hujung cabang tidak lagi sempit, ruangnya luas. Kecil hanya di permulaan. Ke kanan toilet, ke kiri tempat troli penumpang di letakkan. Setelah selesai, Maya Khaleesha terasa lega. Di betulkan sweater Prada tebalnya. Dia keluar dari tandas. Seorang lelaki juga berjalan keluar dari tandas. Mereka berjalan di dahului Maya Khaleesha.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now