SSR 7

4.7K 170 0
                                    

Rumah agam yang tersergam indah di tepi tasik zurich itu telah menerima kedatangan seorang sahabat yang jauh iaitu Datin Linda dari Malaysia iaitu seorang professor di Universiti Malaya atas lawatan kerja di Switzerland. Berkenalan semasa program usahasama Universiti Geneva dengan Universiti Malaya, enam tahun yang lalu. Puan Suria Dellina telah bertemu secara tidak sengaja dengan Datin Linda ketika Puan Suria Dellina menjemput Tuan Khazin di Airport Zurich.

Setelah melihat Ellina Roselle, Puan Dellina menjemput Datin Linda untuk minum petang di taman kecil di bahagian balkoni yang luas di tingkat tiga rumah agam tersebut dan menghadap pemandangan Tasik Zurich , halaman hijau dan bunga-bunga yang mekar, sungguh indah bagaikan taman di dalam kisah dongeng cinderella.

"Dellin, i tengok keluarga you ni perfect lah, seronok i tengok, anak-anak you ni peramah, lemah lembut, hormat orang-orang veteren macam i ni, sejuk i tengok ,"Kata Datin Linda kepada Puan Suria Dellina.

" Alhamdulillah, terima kasih Linda, itulah, Khazin tu tegas dalam hal mendidik anak-anak, semua anak di hantar ke Malaysia seawal umur 13 tahun hingga 17 tahun untuk mempelajari agama dan nilai-nilai murni serta hidup berdikari sehingga masing-masing berjaya,"Terang Puan Dellina.

"I respect betul cara you berdua, berkorban masa dan jarak dengan anak-anak, tapi hasilnya memang tip top," Datin Linda memuji Puan Suria Dellina.

"Tidak juga Linda, setiap kali cuti semester sekolah di Malaysia, Khazin akan bawa pulang ke Swiss sebab i rindu sangat dengan anak-anak," Tersenyum Puan Suria Dellina.

"Wah, sanggupkan Khazin transit kapal terbang dan berbelas jam dalam pesawat," Terharu Datin Linda.

"Iya Linda, sebab kadang-kadang kerinduan tu lebih mengatasi dari segala-galanya," Ketawa Puan Suria Dellina.

"Di Swiss kan ramai pelajar dari Malaysia, kenapa you tak ambil guru untuk anak-anak you study kat sini, Malaysia kan jauh," Kata Datin Linda.

"Kenalah turutkan arwah papa, lagipun Gazni selalu sibuk dengan kerja, so itulah yang terbaik, i pun kerja, jadi tak ada masa, tapi sekarang syukur semua dah ada dekat sini, sakit demam, diaoranglah yang paling cepat sampai,"Senyum Puan Suria Dellina.

"I tengok semua pembantu rumah you dari Malaysia yer Dellin ? Tanya Datin Linda.

"Yer Linda sebab kitakan orang Malaysia...lagi pun arwah papa i yang cadangkan cucu-cucunya di hantar ke Malaysia untuk belajar agama dan bahasa melayu sebab ramai saudara mara di Malaysia, jadi papa i nak kuatkan ikatan silaturrahim, semasa papa masih ada, papa yang bawa semua datang bekerja di sini, ada yang dah berumur 45 tahun dan berkahwin dengan orang sini,"Terang Puan Suria Dellina.

"Oh begitu, tapi di Malaysia, anak-anak you di jaga oleh siapa yer?," Tanya Datin Linda.

" Adik i, Suri yang jaga, lagi pun dia tak ada anak sebab suami dia tak dapat nak berikan zuriat, tapi lagi kuat ikatan cinta diaorang," Terang Puan Suria Dellina.

"Eh , baiknya adik you....itulah tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal, jatuh cinta selamanya,"Senyum Datin Linda.

"Sekarang ni dan berstatus veteren masing-masing, tapi bahagia dengan lima orang anak yatim yang diaorang besarkan, dah berkahwin semuanya," Terang Puan Suria Dellina.

"Iya!,..bagusnya....besar pahalanya menjaga anak-anak yatim," Kata Datin Linda.

"Seorang lagi anak i yang last ada kat sana dengan diaorang, tahun depan SPM," Terang Puan Seri Dellina.

"Oh, yang gambar you tunjuk tadi tu, yang kecik gebu tu, dah 16 tahun yer," Tersenyum Datin Linda.

"Iya, yang last lah tu, tak sabar nak balik Swiss nak tengok si kecil Ellina cuti sem nanti," Ketawa kecil Puan Suria Dellina.

"Dah berpunya ke orangnya," Sambil tertawa Datin Linda bertanya.

"Youuuu.... muda lagi lah anak i tu...,"Puan Suria Dellina tertawa kecil sambil menunjuk tanda mencuit kepada Datin Linda.

,"Puan Suria Dellina tertawa kecil sambil menunjuk tanda mencuit kepada Datin Linda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now