SSR 43

1.7K 70 1
                                    


"Bai Zas, aku balik dulu," Tengku Mustakim berjalan menuju ke arah rumahnya.

"Bai, eh! Takim kau jangan lupa pula petang ni, kang merajuk Hana dengan Fiyya," Zaskia mengingatkan Tengku Mustakim.

"Apa dia Cik Zas? ," Tengku Mustakim menoleh.

"Ha tu lah engkau, masa orang berjogging, kau sibuk dengan earphone, erhhh... sini!," Zaskia memanggil Tengku Mustakim. Tengku Mustakim berpatah balik dan menuju ke arah Zaskia.

"Tadi tu aku ingatkan kau orang semua berbincang hal perempuan, malaslah nak dengar, dah lah si Adam dengan Rafiq ikut family diaorang balik kampung, aku boring lah, layan lagu lah cik adik," Tengku Mustakim mengenyit mata kanannya kepada Zaskia.

"Eee...kau ni, petang ni.... pukul 5 datang ambik kita orang bertiga kat depan ni, ada fahemmm Tengku Mustakim, nak pergi main bowling, weekend kan hari ni," Zaskia membulatkan matanya.

"Oh! ya ya ya... last week kita dah bincangkan, hiiii...lupa pula, jangan marahlah ya Zaskia, nanti tak comel," Tengku Mustakim tersengih bergurau.

"Comel ke, tak comel ke, nasib baik aku ingatkan, kalau tak, hmm habis kulit kau kita orang cubit-cubit, dah! dah! kau pergi balik, usyuk lah bau peluh kau ni...eee," Zaskia menolak belakang Tengku Mustakim.

"Zaskia, burung layang-layang terbang melayang, marah tu tandanya sayang, hihihi," Tengku Mustakim menjelirkan lidahnya kepada Zaskia.

"Eeee....ha, ngada-ngada kau yer," Zaskia mencubit manja belakang Tengku Mustakim.

"Adoiii, " Tengku Mustakim tersengih dan berlari ke arah rumahnya.

"Uh! penat pula lama tak berjogging ni, berkarat semua sendi-sendi aku, jogging sikit pun dah penat, haiii, macam manalah kalau dapat program pertukaran kat Zurich tu, sejuk tu, agaknya berpeluh ke tidak badan aku ni," Detik hati Zaskia sambil membuka pagar rumahnya.

"Zaskia! ," Tiba-tiba suara Puan Seri Arni Bellita mengejutkan Zaskia dari pembahagi pagar rumah Puan Seri Arni Bellita dengan rumah Zaskia yang mempunyai lubang-lubang kecil yang berbentuk bujur menampakkan wajah Puan Seri Arni Bellita yang putih melepak walaupun telah di mamah usia.

"Oh! huhh! puan seri, terkejut Zas," Zaskia tersengih.

"Baru lepas berjogging ke Zaskia," Tegur Puan Seri Arni Bellita.

"Yer puan seri, dah lama tak berjogging, hari ni kan weekend, so kawan-kawan ajak berjogging kat jalan taman tasik," Terang Zaskia.

"Ooo...ermm saya tengok Zaskia dengan Tengku Mustakim tu rapat yer," Puan Seri Arni Bellita memandang Zaskia.

"Ermm dari kecil kita orang berkawan, dah terbiasa puan seri, gurau-gurau," Senyum Zaskia.

"Selalu ke keluar dengan Tengku Mustakim?!," Tanya Puan Seri Arni Bellita.

"Keluar ramai-ramai puan seri," Zaskia tersenyum.

"Saya tengok Tengku Mustakim tu baik orangnya kan," Puan Seri Arni Bellita memandang Zaskia.

"Dia memang baik puan seri, ramai yang suka berkawan dengan dia, rajin, ramah dan suka menolong orang," Zaskia ceria.

"Tapi Tengku Mustakim tu tak sesuai lah berkawan dengan orang-orang bawahan ni kan, dia kan tengku, lagi pun semua orang kenal dengan keluarga Tengku Muqri tu, kerabat di raja dan jutawan terkenal pula tu, Zaskia tak terfikir ke, macam mana dengan pandangan dan tanggapan orang bila dapat tahu Tengku Mustakim berkawan dengan orang-orang yang... ye macam Zaskia ni, ataupun Zaskia ada fikir tak perasaan malu keluarga Tengku Muqri, bila anak mereka bergaul, keluar dengan orang-orang kelas bawah ni, saya rasa lebih baik Zaskia biarkan Tengku Mustakim bergaul dengan orang-orang seperti dia," Puan Seri Arni Bellita senyum sinis.

"Oh itu saya tak berapa pasti lah puan seri, sebab kami semua kat sini dari kecil lagi dah berkawan rapat," Zaskia tersengih.

"Kawan yang baik akan fikirkan kebaikan untuk kawannya, betul tak Zaskia," Puan Seri Arni Bellita memandang ke arah Zaskia.

"Ermm... yer puan seri," Zaskia tersenyum.

"Orang zaman sekarang ni banyak yang mata duitan, nak kahwin jer cari orang kaya, nak senang cepat, orang kaya pula nak jaga harta dan keturunan, ermm... saya rasa lah ibu bapa yang kaya raya ni perlu kawal anak-anak dari bergaul dengan orang-orang yang mata duitan ni, buruk akhlak betul lah kan orang yang bermata duitan ni..hmm..," Puan Seri Arni Bellita menggelengkan kepalanya.

"Kat dunia ni siapa yang tak nak duit puan seri, nak hidup, kalau hal mata duitan tu, bergantung kepada tuan punya badan lah, saya rasa kalau dah mata duitan tu, tak kiralah miskin ke, kaya ke, dah dia mata duitan, sama jer puan seri, tak semestinya yang bawahan ni mata duitan, ermm... saya masuk dulu puan seri, terasa panas terik pula," Zaskia senyum.

"Kau ingat aku tak tahu, kau suka dekat Tengku Mustakim tu, hah! sekilas ikan di air, dah tahulah jantan betinanya, aku takkan biarkan kau dapatkan Tengku Mustakim tu, hanya Maya layak untuk dia," Dengus hati Puan Seri Arni Bellita.

"A..aa..matahari pun dah naik Zaskia, saya pun nak masuk, nanti jadi gelap pula kulit ni," Puan Seri Arni Bellita melangkah nenuju ke pintu rumahnya dengan muka suram.

"Eeehh!!! apa hal singa tu, tiba-tiba jer tegur aku, dah lah tu kata aku ni orang bawahan, eeee....ikut suka hati aku lah nak kawan dengan anak tengku ke, anak sultan ke, anak raja ke, kau peduli apa, hah!!! menyampah, eee...duit mama dan ayah aku tinggalkan ni pun dah cukup mewah untuk aku lah, eeeee...... ," Zaskia menghempaskan badannya ke sofa empuk di ruang tamu.

Setelah mandi, Tengku Mustakim duduk di sofa di dalam biliknya, di capainya bingkai gambar kawan-kawannya, di renung dan kelihatan senyuman terukir di bibirnya, jarinya membelai gambar Zaskia.

"Zaskia, aku sayang kan kau Zaskia, terlalu dalam cinta aku pada kau dari dulu lagi, tapi aku takut nak bagi tahu kat kau, aku takut sangat terluka, hmm...kau suka tak kat aku, hah Zaskia? aduh macam manalah kalau kau tak suka kat aku, macam mana kalau kau tolak cinta aku, aku tak sanggup nak lalui perit tu, Ya Allah, semoga dia dijadikan untuk aku," Detik hati Tengku Mustakim, di kenakan earphone di telinganya, lagu yang di mainkan sewaktu Zaskia, Hana dan Fiyya tengah berbincang sewaktu jogging tadi. Di dengarnya lagu Kau Kesayanganku nyanyian Kumpulan Screen sambil memandang Zaskia.

Screen-Kau Kesayanganku
🎵🎶🎼
Tika kita bersua hati mula tergoda
Payah nak dilupakan walau seketika
Tidak pernah terduga cinta mula berputik
Bagaikan tak percaya aku jatuh hati
🎵💗🎶
Kaulah kekasih yang amat kusayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan, kerana cinta dah terbena
Yang pasti kini hanya kau saja bertahta di hati ini...
💗💗🎵🎶🎼
Kan ku sunting dirimu sayang
Kan ku bena istana cinta
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya...
🎶🎶🎵💗
Hati usah di duga hanya mengundah resah
Cinta dihati ini hanyalah untukmu
Kau kesayanganku, penyeri hidup ini
Haruman kasihmu melekat di jiwa...
💗🎵🎵🎶🎼

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now