"Wah! penatnya hari ni, pagi naik flight, petang naik motor..hih hi..tapi bestlah! nasib ada motor sewa ni, kan!,"Fatin Medina melihat keindahan laut pada waktu malam, sesekali berkelip-kelip lampu bot nelayan.
"Fuhh! separuh Langkawi kita redah hari ni, ha!ha!ha!..merempit!," Ketawa Hanim Hezra bersama Fatin dan Elzara.
"Hmm..sejuknya bayu laut ni, seronok betul hari ni," Elzara menyandar di kerusi rehat di balkoni bilik hotel sambil memerhati ke arah pantai dan laut. Fikirannya terbayang wajah Gazni.
"Eh! El, group universiti kau tak nampak pun sejak datang Langkawi, diaorang tak datang ker?,"Tanya Fatin Medina.
"Oh! mereka dah balik ke Swiss hari ni, dah sebulan kat Malaysia, ada yang nak sambut birthday, nak habiskan thesis dan assignment!," Terang Elzara.
"Tuk! tuk! tuk!," Tiba-tiba daun pintu bilik di ketuk perlahan.
"Eh! siapa pula malam-malam ni, dah lewat ni, biar aku pergi tengok," Hanim Hezra menghampiri daun pintu dan membukanya sedikit, rantai kunci kedua masih belum dibuka untuk keselamatan.
"Assalamualaikum Hanim, aku ni, Wan," Zakwan Mirza memperkenalkan dirinya.
"Waalaikumussalam, hah! kau nak apa malam-malam buta ni, tiba-tiba saja datang ketuk pintu bilik orang?," Berdegup pantas juga jantung Hanim ketika melihat wajah Zakwan Mirza yang kacak mengenakan songkok, baru lepas tunaikan solat.
"Aku..aku..ermmm..,"Terketar-ketar Zakwan nak bercakap.
"Aku!..aku!..dah kenapa engkau ni Wan! kalau nak cakap, cakaplah betul-betul, jangan biar aku tertunggu-tunggu, penat!, " Terpaksa juga Hanim bercakap kasar dengan Zakwan walaupun hatinya berkata tidak sanggup.
"Aku nak ajak kau keluar esok, bo..bo.. boleh tak?," Zakwan tergagap-gagap sambil menundukkan kepalanya.
"Yer boleh! aku sorang jer ker?," Hanim Hezra tersenyum dan fikirannya teringat tengahhari tadi, Hamizan datang berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang Zakwan katakan mengenainya.
"Betul ni? yes! yes! ermm..pukul 8.30 pagi, bole tak?," Gembira Zakwan Mirza.
"Ermmm..ermmm..yer lah..ok!..aku tunggu kau dekat lobi hotel, jangan lambat tahu!,"Hanim Hezra sengaja melambatkan kata-katanya.
"Thank you Hanim, thank you!..ohh sebelum terlupa, ni Hamizan suruh bagi dekat Fatin, ok..baiii Hanim, selamat malam and assalamualaikum," Zakwan menghulurkan sekeping surat kepada Hanim Hezra dan kembali ke biliknya.
"Waalaikumussalam," Hanim Hezra kehairanan dan menutup semula pintu bilik.
"Fatin! ni untuk kau dari Hamizan Hazmin," Hanim tersenyum melihat kedua sahabatnya.
"Siapa tadi Hanim?," Tanya Elzara.
"Zakwan Mirza..hihi," Ketawa Hanim.
"Amboi! sejak bila lah pula kawan kita ni tersenyum ketawa mendengar nama tu?, hmmm..something wrong ni!," Elzara menunjukkan jari telunjuknya ke arah Hanim Hezra.
"Dia ajak aku keluar lah esok..hihi," Hanim Hezra gembira riang.
"Ala...aku dengan Fatin je lah esok keluar, tak cukup forum ni," Elzara mencebikkan mulutnya.
"Wait-wait, aku rasa...esok pun aku keluar juga la El... tengok ni, hih hi,"Fatin Medina menekup mukanya dan ketawa sambil menghulurkan surat dari Hamizan kepada Elzara dan Hanim.
Assalamualaikum,
Kehadapan gadis yang cantik dan comel yang telah mencuri hatiku.
Inginku berjumpa denganmu pagi esok jam 8.30 pagi di tepi pantai di bawah pohon rhu berdekatan hotel kita. Semoga engkau hadir juwita hatiku.
Yang menunggumu,
Hamizan Hazmin,
Assalamualaikum.
"Oh no! aku keseoranganlah esok, hmm...tak pelah..esok aku nak pergi rumah ibu dan abah, jumpa adik-adik aku, kalau ikutkan lusa tapi tak mengapalah," Elzara berwajah riang.
"Ooo...adik kau yang kembar tu yer, ok, sampaikan salam aku pada keluarga engkau yer El, sorry sangat tak dapat join sekali..hihi," Hanim tersenyum seribu makna.
"Sampaikan salam aku juga El..hihi," Fatin mencelah.
"Iyer..iyer..tengok wajah korang berdua pun dah tahu seribu makna...ha!ha!ha!," Berderai suara ketawa mereka bertiga.
Malam kian larut, namun tiga sahabat itu rancak berbual bercerita banyak perkara. Kadang-kadang berderai ketawa mereka memecah kesunyian malam.
...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...