SSR 16

2.4K 91 0
                                    

"Kak Jannah, Encik Gazni tu nampak tegas la, tapi friendly..hihi,"Tanya Zakwan Mirza selaku peserta dari Universiti Teknologi Malaysia.

"Iyer Wan, tegas tapi baik, rajin tolong orang, memang peramah, ramai yang suka dekat dia," Kata Jannah Husna sambil membantu groupnya meletakkan gambar dan menghiaskan ruang pameran dengan artifak dan arca.

"Wah! bagus betullah Encik Gazni tu kan kak Jannah!," Hamizan Hazmin mencelah.

"Ha! korang pun cubalah jadikan Encik Gazni tu sebagai idola, manalah tahu ada mak-mak datin terbekenan nak jadikan kamu menantu..hihihi," Gurau Hanim Hezra.

Misake Toda, Preechaya Cakrii, Sued Taz dan Li Jun hanya memerhati gelagat mereka bersembang, sesekali mereka tersenyum, ada yang tahu dan ada yang langsung tidak memahami Bahasa Melayu.

"Tak jadi menantu mak datin pun tak apa Hanim, yang kat depan mata ni pun dah cukup, sedap mata memandang, boleh jadikan calon isteri, ha!ha!ha!," Ketawa Zakwan Mirza.

"Eee..kau ni! baru tiga minggu kenal, tak sayang mulut ke hah?! " Hanim Hezra menayangkan penumbuk kepada Zakwan Mirza.

"Tapikan Kak Jannah, selama tiga minggu ni, saya tak pernah nampak pula perempuan datang or cari Encik Gazni, lunch or masa datang or pulang," Tanya Hamizan untuk mendapat kepastian.

"Betullah, isteri dia mesti baik sangatkan, tak datang cari suami pun kat pejabat, kalau orang lainlah, agaknya tiap-tiap hari datang sebab handsome sangat Encik Gazni tu, takut di kebas orang, hihihi," Fatin Medina mencelah sambil membantu Dominik Afonos meletakkan gambar di dinding.

Elzara ketawa kecil mendengar rakan-rakan barunya bersembang.

"Eishh..kamu semua ni memandai jer yer, Encik Gazni tu belum berkahwin, belum berpunya, tak ada kekasih pun!,... hah! terbeliak biji mata kamu Wan," Tersenyum lebar Jannah Husna melihat Zakwan terbeliak biji mata mendengar kata-kata Jannah Husna. Yang lain pun terkejut.

"Eh! biaww betul-betul kak Jannah, eishh! tak percayalah saya,"Zakwan memandang Jannah Husna.

"Hmmm...betul lah, akak ni dah letih kenalkan ramai perempuan kat dia, satu pun tak di layannya,"Jannah Husna mengeluh sambil menghulurkan bingkai gambar kepada Begawan Dan Yuuya Endo.

"Eh! peliknya, kalau kak Jannah kenalkan pada saya....fuhhh!!....best giler!...ha!ha!ha!,"Gurau Zakwan Mirza.

"Eee..engkau ni Zakwan! kaki perempuan ke! aku harap tak ada perempuan pandang kau lepas nih!...hmm lelaki..lelaki...!," Dengus Hanim Hezra sambil membantu Zyva Zyola mengangkat arca kecil.

"Yerlah sebab lepas ni, kau jer yang akan pandang aku, ha!ha!ha!," Berderai ketawa Zakwan Mirza.

"Hanim, kami sama spesis, tapi hati lain-lain, aku lain Hanim, jenis setia...,"Kata Hamizan Hazmin sambil memandang Fatin Medina.

"Katanya Encik Gazni, cinta tu akan datang sendiri, kalau dah terpikat, tak kemanalah, kalau dah jodoh, bersatu jua, cuma masa dan tempatnya tak tahu, akak pun tertunggu-tunggu juga siapalah gadis bertuah tu, haishh....letih nunggunya," Ketawa Jannah Husna sambil memerhati William, Shigeki dan Audrey meletakkan artifak berkaca di sebelah bawah gambar berlandskap dari China.

"Wow! bertuahkan perempuan tu yang bersuamikan Encik Gazni, susah nak cari lelaki setia macam tu, tambah-tambah zaman sekarang ni, mainkan cinta jer banyaknya," Hanim Hezra menjeling ke arah Zakwan Mirza.

"Main banyak tak pa, cinta sejati, untuk isteri, hanya satu jer cik Hanim..hihihi," Zakwan membidas kata-kata Hanim.

"Dah-dah...jom ke dewan makan, tengok semua group lain dah gerak ke dewan makan, nanti kamu kebulur, lapar..lapar... kerja pun tak siap," Jannah Husna memerhati Hamizan melekatkan gambar ke dinding.

"Ok everybody, take a break an hour, let's go to lunch," Jannah Husna mengajak group yang diketuainya untuk makan tengahhari iaitu group gambar landskap gabungan universiti yang terlibat.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now