SSR 61

2.3K 76 4
                                    

"Matterhorn!!..," Adam Fayyadh menjerit.

"Eerrr kau ni, sopanlah sikit tempat orang, tengok tu pandang jer mat-mat saleh tu, eee...malu lah," Fiyya Mysara menggelengkan kepalanya. Haya Ibtisam ketawa.

"Lepaskan suara, dah berbelas jam dalam flight, hihihi, uihhh garangnya Cik Fiyya kita hari ni," Adam Fayyadh memujurkan mukanya kepada Fiyya Mysara.

"Terujanya aku nak main ski, snowboard, hiking ke, snow tubing ke...bestnyer....hihihi" Hana Insyirah berangan.

"Yang tu kita balik Zurich lusa kita main puas-puas, tapi kat sini walaupun kawasan ski yang tertinggi kat Eropah ni....dah lah tu dengan salji kat sini kekal 12 bulan, haa....365 hari kau, tapi kau kena batalkan hasrat tu yer Cik Hana... kita ke sini mencuci mata dan melihat keindahan ciptaan Illahi yang teragung.. aduh!! aku dah rasa loya, mual ni, pening sikit, berdengum pula telinga aku... ni kalau main ski mesti tertiarap, hahaha," Adam Fayyad ketawa sambil menelan air liurnya.

"Hahaha, aku pun dah rasa ni, tapi nekad bertahan," Hana Insyirah tersengih.

"Aku pun dah rasa loya ni, Adam, aku tengok baju kau ni dah macam angkasawan, kembung semacam jer, berapa lapis kau pakai tu," Fiyya tersenyum.

"Huh!!! sejuk wey, -7 degree celcius, dah ke negatif ni, mesti lah aku pakai tiga lapis, tapi tetap handsome kan sayang..hiiii," Adam Fayyadh mengangkat keningnya kepada Haya Ibtisam yang sedang mengurut-ngurut dahinya kerana terasa sedikit pening.

"Hmm...kalau ikut kan hati aku, bila suhu dah mencecah negatif ni... tempat yang paling menyeronokkan adalah di dalam bilik yang dipasang? hmm..mesti lah dengan pemanas...huh!!! dengan unggun api, bestnya... tapi sekarang ni sejuk nak membeku kaki aku...huhuhu..menggigil satu badan...," Hana memeluk tubuhnya.

"Hmm... dah masuk musim sejuk kat Zurich, rasanya aku boleh demam kalau tak serasi dengan cuaca sejuk ni," Fiyya mencelah sambil memandang permandangan yang indah dengan salji yang memutih di sepanjang perjalanan menerusi tingkap train. Wajah Fiyya Mysara seperti di rundung sesuatu. Kelihatan muram.

"Fiyya, moody jer aku tengok dari naik train tadi? kejap lagi nak naik cable car pula, kan dah nak sampai Matterhorn ni, ceria lah sikit, senyum-senyum," Hana mencuit manja pipi Fiyya Mysara.

"Hmm...ada seorang kawan aku tapi jarang lah berjumpa, dia nak ikut juga datang sini, dia suruh aku tunggu kat atas, dia dah sampai dah," Fiyya mengeluh.

"La, bagus lah, lagi ramai, lagi meriah, kau ni pun," Hana membetulkan sweater tebal Gucci nya.

"Orang mana Fiyya yang kau maksudkan tu?," Tanya Adam Fayyadh.

"Adik autie Elzara, dia memang baik, memang tak kekok lah kalau bersembang dengan dia, tapi aku seganlah, takut juga, kita ni tak lah semewah dia yang mewah tinggi menggunung tu, betul ke dia nak berkawan dengan kita ni? ermm.. setakat berborak tu biasalah, ok... tapi ni keluar bersama-sama....," Fiyya muram.

"Eishh.. jangan berfikir macam tu Fiyya, kau ni, setiap manusia bebas nak berkawan dengan sesiapa pun, cuma ada batasnya, kita tengok cara dia, kalau dia kerek sangat, good bye ler kita ucap, tapi kalau dia macam kita juga, silap-silap ada kawan kita yang melekat kat dia, hahaha," Ketawa Adam Fayyadh.

"Dah ada pun yang melekat dekat dia, hihihi," Fiyya tersenyum.

"Perempuan ke lelaki? Fiyya," Tanya Hana Insyirah hendakkan kepastian.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now