"Kamu gagal memberi saksi yang kukuh, dan kami cukup saksi yang melihat kamu berada di dalam keadaan yang aib,"Terang Encik Radhi walaupun sebak di dada, namun dia perlu akur tugasnya.
"Serahkan kad pengenalan diri kamu berdua! kamu perlu berkahwin malam ni juga atas kelakuan kamu dan gagal mendatangkan saksi,"Seorang pegawai menghampiri Encik Radhi.
Elzara memandang sayu Encik Radhi, air matanya membasahi pipi bagaikan hujan. Orang ramai di luar bilik hotel memerhati mereka dengan perasaan sinis dan ada yang menggelengkan kepala. Mereka di bawa ke pejabat agama Langkawi.
Pelbagai kekusutan bermain di fikiran Elzara.
"Aku masih muda... macam mana aku nak tempuh alam rumah tangga ni, study aku, kerjaya aku, famili aku, keluarga Gazni? Ya Allah, beratnya hati aku, aku kusut! aku kusut! aku cintakan Gazni, perlukah aku berkahwin atau menolak? aku terpaksakah? demi menjaga hati abah Radhi, abah! kesian abah! terpaksa menanggung malu kerana aku! apa kata kawan-kawan abah, sedangkan pasangan lain yang di tangkap telah dikahwinkan, Ya Allah, andai ini takhdir dan jodohku, aku redha menerimanya, aku pasrah, aku terima Gazni sebagai suami aku," Tersedu-sedu Elzara menangis memikirkan nasibnya.
Segalanya telah selesai, kini Elzara telah bergelar isteri orang. Hatinya kecut memikirkan mama dan papanya, semua saudaranya di Swiss, bagaimana dia hendak berdepan dengan mereka. Mamanya sedang hamil 8 bulan.
"Maafkan El mama, papa," Bisik hati Elzara tak sanggup melukakan hati mereka, berderai airmatanya.
"Sayang," Lembut Gazni memanggil Elzara, hatinya juga pilu dengan keadaan mereka.
"Maafkan Gaz! sebab tak mampu nak lindungi sayang dari semua ni," Gazni memegang lembut kepala isterinya yang bertudung selendang putih dan mengesat airmata Elzara.
"El redha dengan ketentuanNya Gaz!," Elzara memandang Gazni, airmatanya semakin laju.
Tiba-tiba Puan Suri Rosella bersama suaminya dan adik-adik kembar Elzara menghampiri Elzara dan Gazni.
"El sayang," Nada suara Puan Suri Rosella sebak dan memeluk Elzara erat.
"Ibu, El tak salah ibu!, El dianiaya ibu!, betul ibu!, El tak salah!," Elzara menangis bagaikan meraung di sisi bahu Puan Suri Rosella.
"Ibu tahu sayang!...ibu tahu!... suatu hari nanti orang yang aniayai El akan terima balasannya, sabar sayang! Allah itu maha adil, sabar El... sabar," Puan Suri Rosella mengurut lembut belakang Elzara.
Eiman Waldan dan Eijaz Wijdan bersalaman dengan Gazni. Begitu juga dengan Encik Radhi Petra.
"Encik! maafkan saya!,"Gazni sebak.
"Panggil abah, ni ibu," Encik Radhi memegang bahu Gazni dan menunjukkan ke arah Puan Suri Rosella.
"Gazni yer? kamu dah jadi suami isteri, jagalah Elzara baik-baik," Puan Suri Rosella tersenyum melihat Gazni.
"Yer ibu, Gazni akan jaga Elzara dengan penuh perhatian dan kasih sayang," Gazni meyakinkan Puan Suri Rosella.
"Baguslah begitu Gazni," Encik Radhi menepuk-nepuk bahu Gazni.
Jam telah menunjukkan pukul 4 pagi, Elzara dan Gazni kembali ke bilik hotel masing-masing.
Terkejut Fatin dan Hanim melihat Elzara, pelbagai persoalan di tanya kerana bimbangkan Elzara, nyaris-nyaris mereka hendak melaporkan kepada polis. Elzara menceritakan apa yang berlaku, pada mulanya Fatin dan Hanim tidak percaya, namun surat akuan nikah telah membuktikan segalanya. Mereka berpelukan dan simpati dengan keadaan Elzara.
...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...