SSR 62

2K 71 5
                                    

Hujan salji yang memutih tiada tanda hendak berhenti sejak dari awal pagi, kelihatan semakin menimbun. Minggu yang sungguh memenatkan bagi Zaskia, letih untuk mengulangkaji, namun dia harus kuatkan hati untuk peperiksaan yang bakal tiba, Zaskia keluar dari perpustakaan Universiti Zurich dengan banyak buku di pinjamnya. Terasa berat, dia berhenti dan  membetulkan buku-buku tersebut. Kelihatan ramai berpayung, melindungi diri dari salji yang dingin. Kedinginan pagi itu mencucuk sampai ke tulang putih, membuatkan Zaskia mempercepatkan langkahnya ke kereta. Namun tiba-tiba langkahnya terhenti di atas tangga apabila seseorang menarik tangannya.

"Hey perempuan!, sini kau," Tiba-tiba Maya Khaleesha menarik tangan Zaskia, mereka berdua berada di tepi Perpustakaan Universiti Zurich.

"Eh! Maya.. lepaslah tangan Kak Zas, sakit lah!, kenapa ni?," Zaskia menarik tangannya dari genggaman Maya Khaleesha. Maya Khaleesha berpaling ke arah Zaskia, mukanya penuh kebencian.

"Pangg!!," Satu tamparan hinggap di muka Zaskia. Zaskia terkejut, buku yang di pegangnya terhempas ke lantai. Tangan kanannya memegang pipinya yang perit itu.

"Maya? erghhh....kau ni kenapa hah?... eeee...sakit lah," Zaskia geram, di kumpul tenaganya, di genggamnya tangan kanannya.

"Dushhh!!," Satu tumbukan hinggap ke muka Maya Khaleesha, terkebil-kebil mata Maya Khaleesha, kedua tangannya menekup wajahnya kerana menahan kesakitan di hidungnya.

"Tak guna punya perempuan, hey Zaskia! tergamak kau nak berkahwin dengan bakal tunang aku, kau ni perempuan jenis apa hah!," Lantang kedengaran suara  Maya Khaleesha. Di tariknya rambut Zaskia.

Zaskia tergamam, dia terkejut dengan kelakuan drastik Maya Khaleesha yang tiba-tiba menarik rambutnya. Tangan Zaskia pantas menarik kuat rambut Maya Khaleesha. Kedua-duanya menahan kesakitan yang teramat, bagaikan kulit kepala akan tercabut.

"Arghh!!," Maya Khaleesha menyentap tangannya, dan terlepas dari menarik rambut Zaskia. Zaskia juga begitu.

"Hmm...Maya..Maya..kau memang silap cari pasal dengan aku, kau tampar aku, aku senang jer, tumbuk jer yang aku tahu, kau main tarik-tarik rambut, aku pun boleh tarik, apa masalah kau hah!," Nak terkeluar biji mata Zaskia memandang Maya Khaleesha. Namun Maya mendekatkan wajahnya ke muka Zaskia sambil jari telunjuk kanannya di acu-acukan ke muka Zaskia namun tidak bersentuhan.

"Kau ni..erghh...," Maya Khaleesha geram.

"Aku ni tunang Takim, ni..kau tengok cincin ni, ni tandanya aku milik dia, cuba kau tengok betul-betul," Zaskia geram lalu menayangkan cincinnya di depan muka Maya Khaleesha.

"Kau..arghhh!!!... tak...tak... aku takkan percaya.. Tengku Mustakim tu bakal tunang aku! kau faham! semua orang dah tahu cerita aku dengan Abang Takim, so.. kami akan bertunang bila dia dah sedar, tapi sekarang ni... kau...hahh!!!.... bukan main seronok kau .. berkepit dengan abang Takim kat Zurich ni, kau ni memang jenis tak sedar diri kan, dalam instagram bukan main bergambar bagai, nak tempah baju sanding lah, nak buat majlis kenduri kat Zurich lah, hey! kalau kau ada hati nak rampas dia dari aku, aku tak akan lepas tangan macam tu jer, tahu!, aku akan dapatkan semula apa yang kau dah rampas dari aku, faham! kau ingat tu," Panjang lebar Maya Khaleesha melepaskan geram di hatinya.

"Hey perempuan syok sendiri.... bukan Abang Takim kena aniaya dengan kau ke? hah! ada hati nak bertunang, dah lunyai Takim kena belasah dengan papa dia, senang-senang kau cakap Takim tu milik kau...hey! kau tu yang kena sedar, fikir guna otak! perempuan tak tahu malu! sanggup kau tengok maruah dia tergadai, tubuh dia terseksa, hmm...Maya.. Maya.. memang budak-budak betul lah kau ni," Geram Zaskia, hatinya tidak tertahan lagi dengan perangai Maya Khaleesha.

"Hah!! memang arr..aku fikir guna otak bukan belas kasihan macam kau!.... ala kesiannya Abang Takim...sedih, sebak bagai, hey! kau ingat ekk! kalau kau tak undur diri.. aku tak akan sesekali lepaskan kau, faham!, kau tak kenal aku.. aku akan dapat apa yang aku nak..herghhh!!! ," Maya Khaleesha melemparkan sebuah ugutan kepada Zaskia mengakhiri perbualan mereka. Kesan tumbukan membuatkannya terasa sedikit pening. Dia segera meninggalkan Zaskia.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now