SSR 19

2K 98 10
                                    

"Langkawi!.... aku datang!," Zakwan seakan separuh menjerit sambil mendepakan kedua tangannya sambil menuruni tangga kapal terbang.

"Haishh budak ni!, " mengeluh Jannah Husna.

"Itulah bukannya dia tahu malu, lalu-lalu...tepi sikit...orang nak lalu, dia berhenti, ingat kapal terbang ni dia yang punya kah!," Hanim Hezra menjeling ke arah Zakwan Mirza sambil menolak Zakwan ke tepi.

"Eh! eh! arghhhh...Hanim!," Zakwan menarik bahu Hanim separuh nak jatuh.

"Arghhh.... Wan!," Hanim memusing ke arah Zakwan, Zakwan memaut bahu dan pinggang Hanim Hezra, mereka masing-masing bertentang mata dan menahan daya agar tidak jatuh. Mereka berdua terdiam seketika, berdegup kencang jantung mereka berdua.

"Hanim! Ya Allah..," Elzara Sofia menahan belakang Hanim.

Hanim dan Zakwan terpinga-pinga terus kembali ke posisi menuruni anak tangga.

"Syukur kau tahan El, kalau tak! dah terjatuh aku dengan Zakwan," Hanim Hezra merendahkan suaranya, belum hilang degup jantungnya.

"Fuhh! cantik!," Zakwan memegang belakang lehernya dan membetulkan topinya, degup jantungnya masih kuat.

******************************

"Cantiknya Langkawi, pasir pantainya bersih, tengok tu El, ketam-ketam kecil berlari ke sana-sini," Hanim Hezra menunjukkan Elzara ke arah ketam-ketam tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantiknya Langkawi, pasir pantainya bersih, tengok tu El, ketam-ketam kecil berlari ke sana-sini," Hanim Hezra menunjukkan Elzara ke arah ketam-ketam tersebut.

"Comelkan...Ahhhh....segarnya udara angin pantai ni kan!," Elzara menyedut dan melepaskan udara perlahan-lahan sambil matanya di pejam.

"Kesian kau El, hayatilah puas-puas pantai ni sebelum kau balik ke Swiss," Fatin Medina meletakkan tangannya ke bahu Hanim dan Elzara.

Tiba-tiba Hanim berlari-lari ke persisir pantai dan diikuti Fatin dan Elzara. Mereka ketawa sambil bermain-main air laut, saling memercik.

Pergerakkan mereka di perhati oleh Zakwan dan Hamizan yang sedang minum air kelapa yang fresh di restoran hotel tempat mereka menginap.

"Tengoklah tu, bukan main seronok kalau dah jumpa pantai laut, bagai!," Zakwan memandang Hamizan sambil memandang ke arah Hanim, Fatin dan Elzara.

"Mahunya tak seronok, dah ditambah 1 malam lagi percutian, uishhh best la 3 hari 2 malam, free tu...dah lah jauh Langkawi ni, petang ni dengan esok aktiviti bebas, nak pergi mana pun boleh, lusa baru ziarah makam Mahsuri tu, dah flight kita ke KL pun malam, uishhh best tu...," Tersenyum Hamizan Hazmin terus minum air kelapa.

"Mizan! aku rasa aku dah gilalah!," Selamba Zakwan berkata.

"Hoi! kau ni dah kenapa Wan, jenoh nanti aku nak bawa kau ke Hospital Tanjung Rambut! eishhh mulut kau...," Terkejut Hamizan.

"Aku...aku... rasa macam dah jatuh cinta lah," Zakwan memandang ke arah pantai di mana Hanim bermain di gigi air.

"La...itu ker, eishh buat aku terkojot jer tadi, gila..gila..tak der perkataan lain ker, hmm... dengan siapa pula Wan kali ni?..hari tu kau 'tackle' minah Korea tu..tak dapat..ni siapa lah pula mangsa kau, insaflah Wan....dah nak grade dah kita ni, lepas ni kerja, lepas tu kahwin, ada anak, tua, last ke kubur juga, hmm...insaf-insaflah, ingat akhirat Wan, cari pahala, jangan tambah dosa?,"Melerek saja pertanyaan Hamizan. Dia dah masak dengan perangai Zakwan, playboy Kampung Telok. Mereka berkawan baik di kampung, dari zaman kanak-kanak lagi, walaupun berlainan universiti, tapi sering berjumpa di Kuala Lumpur.

"Panjangnya kau berceloteh, iyer...iyer..., aku betul-betul lah ni, bukan main-main! aku rasa aku dah jumpalah ibu untuk anak-anak aku nanti," Zakwan tersenyum sambil memandang Hanim.

"Hah! aku mimpi ke ni, Wan?," Terlopong mata dan mulut Hamizan mendengar ayat power Zakwan Mirza.

Zakwan mengangkat keningnya kepada Hamizan lalu tersenyum.

"Hanim Hezra," Terpancul nama Hanim di bibir Zakwan Mirza.

"Eh biar betul Wan, kan kau juga kata dia tu singalah, harimaulah, beruanglah!," Hamizan tercengang lagi.

"Tu beberapa minggu yang lepas, ni lainlah...aku belum pernah jumpa perempuan macam dia, dia baik hati, penyayang," Zakwan membayangkan wajah Hanim.

"Eh!, kau tahu mana Wan?," Hamizan tertanya-tanya.

"Adalah, rahsia aku!..betul! aku dah betul-betul dah jatuh cinta lah Mizan, rasa kencang degup jantung aku ni...aduh! terbayang-bayang wajah Hanim!," Zakwan Mirza menepuk-nepuk dadanya.

aduh! terbayang-bayang wajah Hanim!," Zakwan Mirza menepuk-nepuk dadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...........................................................
💗😘hope u all semua sudi2 vote and comment....hihihi😂😂💗

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now