Kelihatan Zaskia, Darwisy, Rafiq, Fiyya Mysara, Hanim Hezra dan Zakwan Mirza masuk ke balai perlepasan KLIA. Mama dan abah Rafiq Wajihan akan menyusul ke Zurich esoknya kerana hal keluarga di kampung. Hana Insyirah dan Adam Fayyadh telah pulang ke rumah.
"Isy! aku nak keluar kejap, nak beli coklat, kan kau tahu aku suka coklat, kau nak ikut tak?," Rafiq Wajihan mengajak Darwisy.
"Kau pergi lah, lagi setengah jam nak berlepas ni, cepat sikit, kang kena tinggal..hahaha," Darwisy mengusik.
"Jap jer," Rafiq bangun.
"Beli kan aku gula-gula sama, hiii..," Darwisy senyum ke arah Rafiq.
"Saya keluar kejap yer cik, kat depan tu jer," Rafiq memberitahu petugas wanita yang cantik anggun di depannya.
"Ok sir, 15 minutes only," Petugas wanita tersebut tersenyum.
"Thanks," Rafiq bergegas ke kedai makanan.
"Ok Rm 20 and fifty cent, sorry yer, ada ni, kejap i cari, fifty cent, ermmm.. manalah pulak, tadi ada," Eliya Raisya menyelongkar beg duitnya untuk membayar makanan yang di belinya. Akhirnya syiling berada di tangannya dan hendak di hulurnya kepada casher.
"Ktingg...ting...ting..ting," Syiling lima puluh sen Eliya Raisya tiba-tiba jatuh.
"Eh! eh! wait! wait!," Eliya mengejarnya.
"Tingg..," Syiling lima puluh sen betul-betul berhenti di tepi kasut Rafiq Wajihan. Namun Rafiq sedang asyik memilih majalah di rak buku.
"Ermm....mr! hello, hello.. ermmm encik, sorry," Eliya Raisya mendekati Rafiq Wajihan. Rafiq Wajihan masih memilih majalah.
Eliya Raisya terus tunduk dan mengambil syilingnya.
"Bukkk!!!," Tiba-tiba dagu Rafiq terhantuk dengan kepala Eliya ketika Rafiq tunduk untuk mengambil majalah dan Eliya bangun dari mengambil syilingnya.
"Aduh, auww..., ermm sorry..sorry encik, mr," Eliya memegang dahi dan kepalanya yang kuat terhentam ke dagu Rafiq.
"Aduh..oh! its ok, its ok..," Rafiq Wajihan memegang dagunya.
"Sa..saya nak ambil syiling saya, terjatuh masa nak bayar kat kaunter, sorry yer encik," Eliya mengukir senyuman. Matanya memandang Rafiq Wajihan.
Rafiq Wajihan terpaku melihat Eliya Raisya. Kecantikan wajah Eliya mendebarkan jantungnya. Sungguh sempurna.
"Oh! tak mengapa, saya ok," Rafiq senyum.
"Handsomenya mamat ni, mata dia, senyuman dia, aduh cair hati aku," Detik hati Eliya Raisya.
"Ermm saya ke kaunter, nak bayar," Eliya Raisya senyum dan melangkah setapak.
"Erghh, eh!," Gelang tangan Eliya Raisya tersangkut di butang lengan Sweater Rafiq Wajihan ketika kedua-duanya beralih, tangan mereka seperti bertembung.
"Eh! sorry!! sorry!! la.. terlekat pula," Rafiq Wajihan tersengih.
"Yer lah, saya pun tak perasan, sorry-sorry," Eliya cuba membuangnya namun benang terbelit ke celah -celah gelang Eliya.
Agak lama juga Eliya Raisya cuba membuang benang tersebut. Namun ia bertambah serabut.
"Aduh! lenguhnya tangan aku," Detik hati Rafiq yang menahan tangannya. Kelihatan Eliya Raisya juga seperti lenguh di bahagian lengannya.
"Biar saya cuba," Rafiq mendekatkan dirinya ke Elisya. Kepala mereka seakan hendak bertemu ketika Rafiq cuba meneliti benang di celah-celah gelang Eliya.
Eliya Raisya memandang sebelah rambut Rafiq di tepi dahi yang di sisip kemas, bau minyak rambut Rafiq menusuk hidung Eliya, di lihat wajah Rafiq, tiba-tiba mata mereka bertentangan. Eliya tersipu malu. Rafiq mengukir senyumannya. Eliya membalasnya.
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...