Cuaca pagi sedikit mendung, selepas doktor bertugas memeriksa Elzara, Elzara di benarkan untuk pulang. Mata Elzara kelihatan bengkak kerana menangis.
"Sayang abang jangan menangis lagi yer, kita redha yer sayang, senyum sikit, tak nak lah masam-masam usyuk jer abang tengok, senyumlah...comel isteri abang kalau senyum," Gazni melebarkan senyumannya hingga juling matanya. Membuatkan Elzara tersenyum sedikit.
"Tapi abang..., sayang dah tak dapat nak bagi zuriat untuk abang, kalau tak ada anak, kita takkan bahagia abang..... sayang nak ada keluarga yang sempurna abang.. tapi sayang dah tak dapat nak mengandung lagi, satu jer jalan yang ada, abang ceraikan sayang! sayang tak kisah abang.....!! ceraikanlah sayang!!!, abang carilah pengganti sayang! mulakan hidup baru dengan keluarga baru...," Elzara menangis lagi.
"Dah habis dah sayang cakap? ke nak cakap lagi?! menangis lagi?!," Gazni memandang tajam ke arah Elzara.
"Ceraikan sayang!, sayang tak kisah!, abang pergilah!....jangan sebab nak jaga hati sayang, jiwa abang yang menderita," Elzara mengesat airmatanya.
"Baiklah Elzara Sofia Binti Khazin Tharwan....... abang harap lepas ni abang dah tak nak dengar lagi perkara mengarut ni, jangan lagi menangis, sayang fahamkan?! lepas berpantang kat rumah ibu Suri, kita balik terus ke Swiss," Gazni membulatkan matanya kepada Elzara sambil melipat baju-baju Elzara dan di masukkan ke dalam beg.
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...