"E...aron Ta...qiff..., Eif..fa Mar...dya... E...ry..na ... Fa...thi...ya... yes!!," Ellina Rosell terputus-putus menyebut nama anak kembar Zaskia dengan Tengku Mustakim dan anak Fiyya Mysara bersama Darwisy.
"Pandai cucu Tok Ummi," Senyum Puan Suria Dellina.
"Sayang.... nak sandwich tak? jangan lah ganggu baby tidur tu, come...," Panggil Emily Hamra mama Ellina Rosell.
"Tok Ummi, bila baby-baby ni nak besar, Ellina nak main dengan baby-baby comel ni," Ellina Rosell menggeselkan badannya ke sisi Puan Suria Dellina, mulut pinknya di muncungkan.
"Hai si gebu comel, ni cucu-cucu Mak Ngah El, kalau Ellina nak baby, nanti suruh mama beri Ellina baby yer, hihihi" Elzara Sofia ketawa kecil. Di usik anak saudaranya yang persis patung barbie.
"Ma...Mama!.... Mak Ngah El tak nak baby-baby tu main dengan Ellina...," Hidung Ellina Rosell kembang kuncup, air mata mula berputik, di peluk erat Emily Hamra.
"Eeeh...kamu ni Elzara, macam budak kecil usik Ellina, nanti terjaga pula baby-baby ni," Celah Puan Suria Dellina.
"Ellina, Mak Ngah El gurau jer lah, merajuk yer," Elzara Sofia memandang Ellina dengan dahi berkerut tapi senyuman terukir.
"Ellina tak nak kawan dengan Mak Ngah El, huh!!...," Ellina Rosell mencebik.
"Ellina! hati-hati nanti jatuh," Emily Hamra bimbang melihat anaknya berlari ke arah Zaskia untuk mengadu perihal Elzara Sofia.
"La, mengadu pula dia, hmm....," Elzara Sofia tercengang.
"Hmm... cepat betul merajuknya," Keluh Emily Hamra.
"Macam mama dia lah, hihihi," Celah Elmyza Yasmina.
"Hmm.... Eliya pun rasa macam tu, hii..," Eliya Raisya tersengih.
"Eee..... tak lah, mama dia kuat makan jer, " Emily Hamra menggigit sandwich di tangannya.
"Hmm... dah tidur yer Eryna Fathiya," Puan Suria Dellina mengukir senyuman kepada Fiyya Mysara.
"Yer Tok Ummi, lepas minum susu jer, terus mata layu, terus tidur," Fiyya Mysara membetulkan selimut anaknya.
"Fiyya, tinggallah Eryna, mama tengokkan ,kamu pergilah join dengan diaorang tu," Elzara Sofia menggangguk senyum.
"Thank you mama, Fiyya pergi dulu yer," Fiyya Mysara senyum dan terus berlari anak menuju ke arah keluarga besar yang sedang gembira bermain kritket. Riuh rendah dengan suara anak, menantu, cucu cicit Tuan Khazin Tharwan. Hari keluarga yang diadakan meriah dengan pelbagai acara.
"Abang Gaz mana Kak El, dari tadi Emir tak nampak," Tiba-tiba Emir Harraz bersuara.
"Abang Gaz ambil orang kat airport, urgent, dia terpaksa ambil sendiri, tetamu penting katanya," Jawab Elzara.
"Eh! Emir, kenapa kamu tak join diaorang tengah seronok main tu, rugi lah kamu ni," Celah Elmyza Yasmina.
"Ala..., lusa Emir ada test lah akak, tengok ni tebal buku Emir bawa," Emir Harraz mencebik.
"Hmm...kesiannya dia, ha... sambung study tu," Elzara Sofia tersenyum.
"Kak El! itu pun abang Gaz dah sampai, seronok lah tu Kak El, eh! tapi macam ramai jer," Elmyza Yasmina mengerut dahinya.
"Hmm... guest kot, mesti singgah kejap lah tu tengok baby-baby ni," Elzara Sofia tersenyum, di pandangnya ke arah belakang kelihatan Gazni sedang memakirkan mpv Toyota Alphard 3.5 berwarna putih.
Eliya Raisya kehairanan melihat beberapa orang sedang turun dari mpv. Hanya Eliya yang duduk menghadap ke arah jalan, yang lainnya duduk menghala ke arah padang dan asyik dengan apa yang sedang berlaku di padang. Kedengaran jelas ketawa ahli keluarga kerana ada perkara lucu yang berlaku. Pandangan Eliya tepat ke arah Gazni, Gazni meletakkan jari telunjuk tangan kanannya di bibir, Eliya memahaminya dan sedikit mengangguk.
YOU ARE READING
SESUCI SALJU RINDU
Romance#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah a...