SSR 50

2.4K 73 0
                                    

Keadaan Tengku Mustakim semakin stabil, namun dia tetap koma. Puan Seri Durra Ameena meninggalkan Tengku Mustakim untuk ke tandas.

"Zas, kau masuk dulu yer, aku nak tunggu mama dan papa aku, kejap lagi aku datang," Kata Fiyya Mysara.

"Abang aku dengan si Rafiq tu pun dah pergi surau, ermm...ok lah aku masuk dulu," Zaskia berjalan menuju ke arah unit rawatan rapi. Dia menekan butang hijau di tepi pintu, jururawat yang bertugas membuka pintu secara automatik dari kaunter bahagian dalam unit rawatan rapi. Zaskia masuk.

Kelihatan Maya Khaleesha telah masuk ke dalam unit rawatan rapi sebelum Zaskia, dia berjalan menuju ke arah Tengku Mustakim dan berdiri di sisi kanan Tengku Mustakim. Tiada sesiapa yang berada di sisi Tengku Mustakim.

"Abang Takim, maafkan Maya, Maya bersalah sangat, Maya tak ada niat nak menganiaya abang Takim malam tu, maafkan Maya, Maya sebenarnya sukakan abang Takim, " Maya Khaleesha tiba-tiba menangis, di pegangnya tangan Tengku Mustakim dan di letakkan di pipinya, airmatanya mengalir perlahan.

Zaskia memberi senyuman kepada jururawat yang bertugas.

"Assalamualaikum nurse, kat mana katil Tengku Mustakim?," Tanya Zaskia.

"Waalaikumussalam, yang bertirai kain hijau tu adik," Jururawat tersebut senyum.

"Terima kasih nurse," Zaskia senyum.

"Ya sama-sama," Balas jururawat.

Zaskia melangkah perlahan menuju ke arah tirai berwarna hijau tersebut, tiba-tiba kakinya kaku apabila terdengar perlahan suara seseorang yang amat di kenalinya. Di lihatnya Maya Khaleesha membelai lembut tangan Tengku Mustakim di sudut tirai yang tidak tertutup rapat. Dia mengamati kata-kata Maya Khaleesha walaupun kurang jelas.

"Maya tahu abang Takim tak suka Maya, walaupun abang Takim tak...nak sentuh Maya, Maya tak kisah, Maya nak jadi isteri abang, walau pun hati Maya menangis, Maya rela abang Takim..Maya rela menjadi isteri abang Takim walaupun hanya di atas kertas," Maya Khaleesha sebak.

"Nak sentuh Maya?, Maya tak kisah, Maya nak jadi isteri Takim?, walau pun hati Maya menangis? Maya rela jadi isteri Takim walaupun hanya di atas kertas???, apa ni?... jadi betul lah semua yang aku dengar! sanggup kau Takim! kau bermain-main dengan perasaan aku, kau lebih rela layan nafsu serakah kau, aku benci kau Takim!, aku benci kau!," Zaskia mengesat kasar air mata yang membasahi pipinya.

Hanya sebahagian kata-kata Maya Khaleesha yang di dengarinya, hatinya dengan terburu-buru menghukum Tengku Mustakim yang masih dalam keadaan koma tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.

"Abang Takim, nanti majlis kahwin kita, Nek Wan nak buat besar-besaran, mesti meriah kan!.... abang Takim bangunlah, Maya nak jadi isteri abang Takim, Maya nak dua orang baby, seorang lelaki, seorang lagi perempuan, mesti comel kan, sebab abang Takim handsome..... sangat, bangunlah abang Takim, Maya sayang sangat abang Takim," Maya Khaleesha mencium tangan Tengku Mustakim beberapa kali.

"Ya Allah, kenapa aku di perlihatkan dengan semua ni, sungguh ia menyakitkan hati aku, aku benci, aku benci," Zaskia menutup mulutnya dengan tangan sambil menyapu air mata. Zaskia berlindung di sebalik sudut dinding.

"Abang Takim, Maya pulang dulu, nanti Maya datang lagi yer, Maya sayang abang Takim," Maya Khaleesha bangun dan berlalu keluar dari unit rawatan rapi.

Zaskia menyelak tirai hijau tersebut, di lihatnya Tengku Mustakim terbaring kaku di atas katil dengan pelbagai jenis alatan mesin di hujung kepala, kiri dan kanan. Zaskia sebak melihat keadaan Tengku Mustakim.

"Takim! aku ni Zaskia," Zaskia meletakkan tangannya di atas dada Tengku Mustakim yang berlapik kain. Kelihatan nombor pada salah satu mesin meningkat dengan tiba-tiba. Terdapat tindak balas dari Tengku Mustakim.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now