SSR 41

1.8K 78 1
                                    

"Hmm...boringnya asyik terperap dalam bilik jer, lebih baik aku turun, lepak kat bawah," Detik hati Zaskia, dengan perlahan menuruni tangga.

"Eh!! hati-hati Zas, nanti bentan jahitan tu," Mak Cik Mar membantu Zaskia.

"Komplikasi ke Mak Cik Mar, hihihi," Zaskia ketawa kecil.

"Eh! ketawa pula dia, Mak Cik Mar takut, walau pun kecil jahitan tu tapi kena jaga elok-elok, terbuka jahitan, kang lagi besar parutnya, lagi kena toreh berdarah semula, susah nak cantum kalau tak toreh, nak sakit ke, nak sembuh, ha, pilih-pilih, tak comel lah ada parut besar-besar, dah gebu-gebu ni, macam omputih, kenalah jaga diri tu elok-elok, manalah tahu ada anak raja ke, anak tengku ke yang terbekenan, ha..., untung tu Zas, hihihi," Mak Cik Mar ketawa kecil.

"Baik Mak Cik Mar sayang, eishh...manalah ada anak raja ke anak tengku ke yang nak kan Zas ni, orang biasa-biasa jer yang Zas mampu, hihihi," Zaskia ketawa.

"Assalamualaikum.... ada! banyak anak raja, anak tengku yang kalau tengok kau, memang terus masuk meminang lah, takut kau jer yang jual mahal, hahaha," Tengku Mustakim masuk ke ruang tamu.

"Waalaikumussalam, amboi kau Takim, kalau ada, aku terima, tapi janganlah tua sangat, yang paling penting tak jahat, hihihihihi, duduklah," Zaskia ketawa kecil.

"Mak Cik Mar buat air kejap," Mak Cik Mar berlalu pergi ke dapur.

"Dah ok ke kau hari ni, a..aku... Ta..Takim," Tengku Mustakim tergagap-gagap untuk membahasakan dirinya.

"Heh! kau ni kenapa Takim... a..aku.. Ta..Takim... pelik pula aku tengok kau ni, tapi kan hari ni kau handsome lah, kau potong rambut yer, aku suka lah gaya rambut kau, mesti nak pergi jumpa awek ni, kan!..kan!," Zaskia tersengih namun hatinya berkata malu, segan, suka, gembira, semuanya ada.

"Aduh! malunya, tapi rasanya apa yang aku cakap tu hari tu, dia tak dengar kot, ahh! buat macam biasa jer lah," Detik hati Tengku Mustakim.

"Hihihi malu lah tu dengan aku, hari tu bahasakan diri kau Takim, hihihi, gelinya perut aku," Hati Zaskia berbunga.

"Macam biasa jer lah, a..aku memang akan potong bila tak kemas, nih! aku bawa buah untuk kau dengan Isy, yang ni kau nak tak?" Tengku Mustakim memberi bakul berisi sejambak bunga mawar dan membuka tupperware yang berisi buah anggur pelbagai warna.

"Wow, a bouquet of red roses and white roses, untuk aku ke?!,"Zaskia tesenyum lebar.

"Untuk siapa lagi, untuk permaisuri lah, hahaha," Tengku Mustakim ketawa.

"Wah!!! rezeki ni, bak sini, aku nak cuci," Darwisy yang turun dari tangga terus mengangkat tupperware

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah!!! rezeki ni, bak sini, aku nak cuci," Darwisy yang turun dari tangga terus mengangkat tupperware.

"Dah cuci lah Isy, kau ni, maid aku dah basuhkan tadi, kau makan jer terus," Tengku Mustakim memandang Darwisy.

"Bismillahirrohmaanirrahim...Hmm.... sedapnya," Darwisy terus memasukkan beberapa biji anggur ke dalam mulutnya.

"Eee...nak juga, Takim ambil kejap tupperware tu," Zaskia terliur.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now