SSR 29

2.2K 91 8
                                    

"Ha!ha!ha!, biar kau jatuh tergolek macam nangka busuk Elzara, kau yang cari nahas masuk dalam keluarga aku, ambik kau!, kejap lagi..ni..no..ni..nooo..van jenazah datang ambik kau...mampus kau.. ha!ha!ha!," Hati Geena Auliya telah di rasuk syaitan, sambil menuang minyak di depan lantai pintu bilik Elzara matanya meliar melihat kelibat orang.

"Biar aku ke bilik Elzara lah, dah pukul 8 ni, tidur balik agaknya, tadi subuh terang jer bilik dia, kesian pula kat baby-baby dalam perut tu tak makan, eishh budak ni, di biarnya perut tu kosong, ni lah orang zaman sekarang..hmm...," Ngomel hati Mak Yah sambil berjalan dari dapur ke ruang depan.

Geena Auliya rancak menuang minyak, kelihatan dia seperti ketawa tanpa suara.

"Ya Allah! apa Cik Geena buat tu, astaghfirullah hal 'azim!...setan! kau memang nak bunuh budak tu!... Ya Allah selamatkanlah Elzara!.... nak buat macam mana ni!... apa aku nak buat ni!.... haishhh lebih baik aku ambil mop sebelum Elzara keluar," Terkejut hati Mak Yah melihat Geena Auliya menuang sebotol kecil minyak di depan bilik Elzara, Mak Yah berlari ke stor sekuat hatinya untuk mengambil mop.

"Bukkkk!.....arghhhh!.....arghhhh!.... Mak Yah!..tolong Elzara!....Mak Yah!....tolong!...tolong!.., tolong....tolonggg....tolonggggggg....," Tiba-tiba Elzara jatuh terlentang di depan pintu biliknya, kepalanya terhantuk ke dinding, terasa kontraksi seperti hendak bersalin, nak terkeluar segala isinya, sakitnya tidak tertahan, nafasnya seperti sesak dan dadanya turun naik dengan laju, kelihatan darah mengalir dari betisnya bercampur dengan air ketuban yang banyak, penglihatan Elzara kian kabur dan suara jeritannya makin perlahan, hanya di dengari sayup-sayup suara Mak Yah.

" Ya Allah!, Elzara!....bangun Elzara! bangun! tolong! tolong! Elzara jatuh..tolong!....tolong!...," Mak Yah menjerit meminta tolong sekuat hatinya, airmata Mak Yah berhamburan sambil mengangkat kepala Elzara ke ribanya.

********************

"Ingat perjanjian kita Doktor Sonia! hari ni harinya!," Puan Seri Arni Bellita mengingatkan Doktor Sonia.

"Baiklah puan seri! tapi saya mahu lihat duitnya dahulu!," Kata Doktor Sonia.

"Ini duitnya Rm 100,000, separuh lagi lepas selesai semuanya, biar pecah di perut, Doktor Sonia! jangan pecah di mulut," Puan Seri Arni Bellita menunjukkan wang di dalam beg.

"Don't worry... Ok puan seri, i take this!," Doktor Sonia mengambilnya.

Sejam kemudian, segalanya telah selesai, dua bayi telah lahir ke dunia, kelihatan sungguh comel, putih kemerah- merahan, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Puan Seri Arni Bellita bergegas ke bilik Elzara selepas Elzara di letakkan di bilik persendirian vvip, dia masih belum sedarkan diri.

"Mak Yah! tengok kan Elzara, saya nak balik uruskan pengebumian bayi-bayi dia, Doktor Sonia tak dapat nak selamatkan bayi-bayi tu, mereka meninggal dalam perut masa dalam perjalanan ke sini, dah saya nak balik dulu, banyak kerja nak urus! letih saya!" Puan Seri Arni Bellita membebel lalu melangkah pergi.

SESUCI SALJU RINDUWhere stories live. Discover now